Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, suspek berusia lewat 20-an memberi alasan dan memujuk mangsa kononnya mahu dibawa pulang ke rumah untuk dipertemukan dengan ahli keluarganya. Menurut sumber, mangsa dikatakan baru berkenalan dengan suspek sejak tiga minggu lalu melalui media sosial ‘WeeChat’ sebelum membuat temu janji. “Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya bertemu dengan lelaki terbabit berhampiran kawasan perumahannya di Serdang, Selangor. “Mereka kemudian berbual seketika sebelum suspek mengajak mangsa pulang ke rumahnya dengan alasan untuk diperkenalkan kepada ibu bapa,” katanya. Katanya, mangsa yang teruja dengan dakwaan itu bersetuju mengikut teman lelaki baru dikenalinya itu. Sumber itu berkata, mangsa yang tiba ke rumah suspek bagaimanapun terkejut apabila mendapati rumah itu tidak berpenghuni sebelum meminta supaya dihantar pulang. “Bagaimanapun, suspek menarik tangan mangsa masuk ke dalam biliknya sebelum merogol remaja itu Mangsa cuba melawan dari diperkosa namun dipukul berulang kali oleh suspek. “Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah selepas merogol mangsa,” katanya. Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, berhubung kejadian itu. “Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan pihak polis yakin lelaki terbabit akan ditahan dalam masa terdekat,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
|
12
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok posted on 14-4-2014 08:14 AM
senang senang je dorang dpt melalui wechat....aku punya weechat haram semua sombong sombong...PUIHHH ...
twins posted on 14-4-2014 09:41 AM
hisshhhh... baru kenal 3 minggu kat wechat jer pun... takkan la dah nak kenalkan pada keluarga.. tak ...
tongkatwaran75 posted on 14-4-2014 09:29 AM
takde yg nak kata ;
pelajar pompuan nie mesti tak cantik?
AbukRokok posted on 14-4-2014 08:14 AM
senang senang je dorang dpt melalui wechat....aku punya weechat haram semua sombong sombong...PUIHHH ...
tongkatwaran75 posted on 14-4-2014 09:48 AM
Dikehendaki ahli keluarga.. kerana dipercayai tlh membawa ank perempuan shgga xblik rumah..lokas ...
ADVERTISEMENT