CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Perkenalan Di WeChat Membawa Ke Pertemuan Sulit

2-1-2015 06:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18845| Komen: 100

Description: Tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dapat dicekup 33 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Operasi Tahun Baharu bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi di sekitar bandaraya Alor Setar, ...
Perkenalan Di WeChat Membawa Ke Pertemuan Sulit

Gambar hiasan


ALOR SETAR - Perkenalan di aplikasi sosial WeChat membawa kepada pertemuan sulit sekumpulan remaja di sebuah hotel pada malam tahun baharu, semalam.

Tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dapat dicekup 33 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Operasi Tahun Baharu bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, tujuh remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu dipercayai menyewa sebuah bilik hotel sama.

Difahamkan, mereka juga  membawa tilam tambahan dipercayai untuk tujuan maksiat.

Menurutnya, empat daripada mereka adalah lelaki manakala selebihnya wanita.

"Hasil soal siasat mendapati sebilangan mereka memiliki rekod buruk.

"Salah seorang daripada mereka merupakan bekas penghuni pusat pemulihan akhlak. Dia yang berusia 17 tahun mendakwa sudah bekerja di sebuah pusat snuker dan telah dibuang keluarga," katanya.

Syeikh Mohd berkata, ada di antara mereka sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan dua daripada mereka didapati sudah tidak bersekolah.

"Seorang remaja perempuan pula mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki bukan Islam.

"Ada juga yang mengakui sudah melakukan hubungan seks sebanyak berbelas kali," katanya.

Dalam kejadian berasingan, dua remaja perempuan turut ditahan bersama seorang remaja lelaki yang sedang tidur dalam serbuan di sebuah hotel.

Ketika diserbu, seorang remaja perempuan mendakwa berkongsi bilik beramai-ramai dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988, manakala remaja berkenaan dilepaskan dengan jaminan.

16

Bagus
13

Marah
27

Terkejut
13

Sedih
23

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 2-1-2015 04:12 PM
aku rasa...wechat dah boleh diharamkan
Quote Mary_jane 2-1-2015 04:17 PM
Wechat reunion la ni ye? Nnt dh kena std baru dik non sekalian mggelupur. Teruskan usaha!
Quote gekkou 2-1-2015 04:35 PM
siap bawak tilam tu
cmn dihangkutnya ke hotel tu gamaknya
Quote mast3rshad0w 2-1-2015 04:35 PM
[youtube]TN__Q29xVQM[/youtube]

heheheh
Quote spiderman80 2-1-2015 04:38 PM
Kelas ko dik!! Baru sekali berkenalan di WeChat terus berakhir di atas ranjang...... Spidey masa zaman remaja dulu terpaksa  main IRC dan Friendster bertahun-tahun dengan Cik Botakchinpeng baru merasa tubuhnya.:
Quote Modngengade 2-1-2015 04:38 PM
Mcm tracksuit pasar mlm jer
Quote prettyuglybabe 2-1-2015 04:42 PM
ala-ala slumber party la ni
Quote AbukRokok 2-1-2015 04:50 PM
pandai betul mereka menggunakan wechat
saya sampai skrg failed wechat

i hate wechat
Quote GhostWalking 2-1-2015 04:50 PM

hahahaha khennnn fefeeling gitew
Quote jazaa 2-1-2015 04:51 PM
Takutnya bebudak skrg....

Quote BelitaBela 2-1-2015 04:52 PM

kihkihkih......
people nearby tuhh....
Quote dewi 2-1-2015 04:55 PM
AbukRokok replied at 2-1-2015 04:50 PM
pandai betul mereka menggunakan wechat
saya sampai skrg failed wechat

i pun sampai sekarang tak tau nak update status cam ne kat wechat ..
hehehe button dia celah mana tak tau


Quote mast3rshad0w 2-1-2015 05:02 PM
BelitaBela replied at 2-1-2015 04:52 PM
kihkihkih......
people nearby tuhh....

orgtua pon reti wechat oooo...
Quote Knowlee 2-1-2015 05:05 PM
Ai dah lama tinggalkan WeChat ni. Byk yg merepek drpd eloknya. Kawan ai sorg kenal dgn sorg lelaki thru WeChat, bercouple konon lelaki tu sayang sgt kat dia. Sampai jd bodoh belikan kereta la, byrkan tiket flight dtg KL la, bulan2 kasi duit kat mak laki tu. Sampai habis gaji. Dah tak dapek nak ditolong dah.
Quote Decaffeinated 2-1-2015 05:09 PM
standardlah kalau dah tujuan memang nak ngesek sekali contact cukup....

buat apa nak buang masa tenaga berbulan2 mengayat...

Quote Lolalala 2-1-2015 05:34 PM
X minat aku dgn wechat ni. Kejap je install utk video call pastu aku uninstall dah
Quote cheida_mymee18 2-1-2015 05:50 PM
makin moden zaman.. makin x bertamadun manusia...
hilang adab2 dan maruah diri as a muslim..
ya allah.. x tahu la zaman anak2 aku nnt mcm mna bila dah besar..
ssh nk bendung.. kita kawal didepan diblakang mcm2 hal
Quote rosasa 2-1-2015 05:59 PM
4 lelaki.. 3 perempuan la ye..yg sorg lagi lelaki tu buat apa?
Quote imthegirl 2-1-2015 06:03 PM
Gigih nya ngankut tilam tambahan.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-7-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055448 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top