CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25587|Reply: 124

Siapakah 2 'susuk' berjubah putih itu??

[Copy link]
Post time 27-7-2010 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua.. aku nak kongsi pengalaman dan nak tanya pendapat otai-otai di sini tentang apa yang telah terjadi kepada arwah nenek aku beberapa tahun lepas.. mungkin korang dapat kongsikan buah fikiran korang di sini bagi membantu aku menyelesaikan teka teku yang sedang bermain di minda aku... persoalan nya ialah:
Siapakah 2 'susuk' berjubah putih itu??



Alkisah nya beberapa tahun lalu (setahun sebelum nenek aku meninggal) di pagi hari raya pertama, selesai nenek aku solat subuh dia membaca Al-Quran di dalam biliknya.. sedang dia asyik membaca Al-Quran tiba-tiba dia datang rasa yang mengantuk amat sangat... lain dari yang lain dia cakap... tapi dia still terjaga tak tertidur.... tiba-tiba secara tiba-tiba datang 2 'susuk' lelaki berpakaian serba putih (seperti orang alim) datang kepada nenek aku... mereka beri salam kepada nenek aku dan bersalaman... Ya, bersalaman... Bersentuhan tangan.. dan mereka bercakap-cakap dengan nenek aku (mungkin mereka memberi pesanan- aku tak ambil tau sangat pasal ni dulu apa yang telah dipesankan kepada nenek aku).. dan kebetulan pada pagi raya tu aku pulang ke kg aku tu dan sedikit kecoh tentang perkara ini... nenek aku cerita panjang lebar tapi aku buat derk je sebab tak rasa nak tahu sangat pasal ni ..tapi sekarang aku digerakkan untuk mencari balik tentang hikmah di sebalik dengan peristiwa ini.. ade sebab-sebabnya yang tak sesuai aku kongsikan terbuka di sini..




timbul persoalan di minda aku nih:
-Sekiranya mereka manusia biasa, macam mana mereka boleh muncul tiba-tiba dalam bilik nenek aku, sedangkan semua pintu terkunci rapat dan mereka tidak masuk ke bilik nenek aku seperti orang biasa masuk- luar adat....
-apa tujuan mereka jumpa, salam dan bagi pesan kepada nenek aku??
-sekiranya jin/malaikat adakah apabila mereka muncul ke alam kita, mereka berjasad seperti manusia biasa? maksud aku jasad mereka kita dapat rasai dengan tangan kita.. setau aku kalau jin ni (tak kisah la islam atau kafir) mereka kebiasaannya hanya menampakkan diri dan tidak ada jasad yang nyata macam kita apabila muncul di alam kita.. pasal ni aku minta mereka yang arif explainkan...


aku ada teori lain yang lebih meyakinkan tapi biarlah aku simpan dahulu teori aku tu.. sekarang mari kita bincangkan:

Siapakah 2 'susuk' berjubah putih itu??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2010 02:40 PM | Show all posts
W'salam TT...

Tunggu komen kengkawan laen yg LEBIH ARIF berkenaan perkara ini ya...

Cuma nak tanya.... Citer ttg cemana 2 susuk tubuh tue muncul jumpa arwah nenek ko tue... diceritakan semula oleh arwah ke atau ko berada skali ngan nenek ko?kot2 tido skali ngan arwah ke...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2010 02:46 PM | Show all posts
Reply 2# BabeYSHa


kejadian berlaku pada subuh hari raya pertama.. dan kebetulan pada pagi tu juga aku balik ke kg untuk sambut raya bersama nenek... dan pagi masa aku sampai tu sedikit kecoh la sebab masing-masing terkejut dengar cerita nenek.. nenek ade cerita panjang tapi aku buat tak ambil tau sngat.. setakat yg aku cerita tu je yg aku dpt tau... nenek ckp dia tergamam masa 2 'susuk' lelaki tu datang.... yang menjadi persoalannya mereka bersalaman...... kalau setakat nampak kelibat tu aku tak pelik la, sebab biasa je.. setau aku kalau makhluk tu ialah makhluk yang beriman dan patuh pada perintah Allah, mereka takkan sentuh tangan bukan mahram mereka.... ni pakai macam orang alim dan membawa pesanan..... pastu bersentuhan tangan (bersalam).... adakah??
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 06:16 PM | Show all posts
ok bang morpheus... mengikut pengamatan saya yang dhaif ilmu ini.... apa yang datang itu bukanlah JIN atau jua MALAIKAT.....

tetapi WALI..... penerangan bagaimana seseorang itu diangkat menjadi WALI sangatlah panjang... dan cerita bang Morpheus itu pernah juga terjadi kepada keluarga hamba.....

WALI boleh jadi lelaki atau perempuan... diangkat istimewa di sisi ALLAH S.W.t.... malah kita sesama manusia pon tak boleh membezakan itu adalah WALI ataupun TIDAK...

-------------------------------------------------

ok,

kenapa saya kata bukan JIN.... kerana JIN tak akan bersalam dan memberikan kata2 nasihat.... paling tidak JIN akan suruh buat satu perjanjian.... sikit2 perjanjian, sikit2 perjanjian... itu lah cara nak kenal yang mana satu JIN

kenapa pula saya kata ianya bukan dikalangan MALAIKAT.... kerana MALAIKAT hanya terima perintah ALLAH S.W.t... tidak terima perintah dari sebarang makhluk hatta manusia sekalipun.... malah bukan kerjanya MALAIKAT dtg bersalam dengan manusia dan beri nasihat... biasanya RASUL utusan sahaja yang biasa didatangi MALAIKAT menyampaikan WAHYU atau seumpama dengannya...

Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2010 08:00 PM | Show all posts
Reply 4# edy137

Terima kasih bro edy atas pendapat saudara... ya, jawapan  bro sama seperti teori aku yg aku tak bgtau di first post tu.... iaitu WALI... kemungkinan dari family sy sendiri juga sebab 'susuk' tu bersalaman / jadi bersentuhan tgn.. mestilah kalau takde pertalian darah mereka tidak sentuh perempuan yg bukan mahram mereka.... sy pernah bertanya kepada beberapa ahli sufi, dan mereka katakan itu adalah RIJATUL GHAIB..

kalau bro edy tau serba sedikit tntg rijatul ghaib ni maybe boleh kongsikan di sini.. sama-sama kita berkongsi ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 08:57 PM | Show all posts
Rijatul Ghaib nihh perlukan penerangan yang mendalam kerana ianya juga melibatkan ALAM GHAIB..... ada yang menyebutnya RIJALUL GHAIB..... insyaallah, kalau takde aral saya huraikan apa itu RIJATUL GHAIB nihh.... sebab ianya sebenarnya nak terangkan kat forum umum mcm nihh kurang SESUAI dengan kefahaman yang berbeza-beza.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2010 09:03 PM | Show all posts
tumpang baca
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 09:18 PM | Show all posts
menarik. suka baca cerita org2 yg pernah berjumpa dgn wali2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2010 09:36 PM | Show all posts
Reply 6# edy137

ya.. kalau nak bincang pasal rijalul ghaib secara terbuka mcm ni maybe agak kurang sesuai... maybe bleh timbul salah faham kepada sesetengah orang.. kita kongsikan mana-mana yang ssuai dikongsikan secara terbuka mcm ni... edy cite plak kisah keluarga edy... aku tau ramai yg nak tau kisah mcm2 ni termasuklah aku sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 09:38 PM | Show all posts
susah nak berbicara tentang WALI kerana kita diberi sedikit pengetahuan mengenainya.... bila kita kata kita jumpa WALI.... orang tak akan percaya.... bila kita kata WALI tuhh wujud pun orang tak akan percaya... dan ada pulak yang minta dalil... heheh...

kita kena ingat... selain kita sebagai manusia khalifah di muka bumi nihh... kita masih lagi berkongsi DUNIA nihh ngn lain2 bangsa... termasuk JIN, MALAIKAT, HAIWAN, WALI, TUMBUHAN, dan lain2 lagi jika ada...

perlu diingat juga dunia ini penuh dengan RAHSIA nya.... dan salah satu nama ALLAH ialah MAHA PEMEGANG SEGALA RAHSIA!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 09:40 PM | Show all posts
Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
Surah Al-A'Rad Ayat:33


dalam surah ini sahaja menerangkan segalanya mengenai perihal manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2010 09:49 PM | Show all posts
biasa yg org kenal wali 7 di malaysia ini antaranya Habib Noh, Tok Kenali, Tok Ku Paloh dll... tapi sebenarnya wali allah sentiasa ada sepanjang zaman.... dan wali tu pon ada pangkat2 mereka tersendiri.. contohnya wali quthub- ketua para wali... setiap zaman akan ada seorang, dan akan diganti jika mereka meninggal.... mereka juga dikurniaakan kasyaf/ karamah tertentu contohnya lipat bumi (org putih tiru dgn filem jumper )... dan bnyk lagi kisah-kisah luar adat yg lain... sekadar perkongsian dari aku yang tidak seberapa.. kalau ada salah dan silap boleh betulkan.. sama-sama lah kita berkongsi ilmu... ambil sebagai pengetahuan je, tak percaya pon takpe..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 10:02 PM | Show all posts
WALI yang kat dunia digelar WALI dengan WALI yang disisi ALLAH S.W.t amatlah berbeza diantara keduanya....

contoh WALI SONGO.... itu gelaran mereka... sama ada di sisi ALLAH mereka bertaraf WALI itu hanya ALLAH sahaja yang MENGETAHUINYA....

ok,

mungkin ada yang bertanya mcm ini.....

'kalau ko pon tak tau itu WALI dan ko kata WALI tuhh hanya urusan ALLAH S.W.t..  macamana ko tau cerita saudara Morpheus tuhh yang dtg itu adalah WALI'

jawapan aku...

pertama sekali... kita mmg tak tahu menahu langsung mengenai WALI atau MALAIKAT... dalam Al-Quran juga ada menyebutkan kita diberikan sedikit pengetahuan mengenai MALAIKAT...

tetapi,

ALLAH S.W.t tak pernah menghalang hambaNYA nak mengkaji perihal ALAM MALAIKAT atau WALI... tak pernah pun termaktub larangan itu...

jadi jawapan hamba tentang perihal cerita bang Morpheus itu adalah dari hasil cetusan pemikiran aku sahaja... nak percaya tak percaya itu terpulang.... sebab ada perkara dalam dunia nihh kita tak dapat buktikan pon dengan kata-kata, penulisan atau perbahasan....

ianya kekal RAHSIA.... hinggalah tersingkap pada akhir zaman nanti.... dan ada perkara yang kita alami tapi hanya kita ajer yang memahaminya... kalau cerita pasil timbulnya SYAK....

sekian wassalam....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 10:02 PM | Show all posts
yg jadik wali tu pun bukan semua nya Tok2 Guru & Alim Ulama
ada gak dikalangan org biasa yg kita tak terfikir pun dorang tu dah sampai tahap wali
even dorang pun kadang2 tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 10:05 PM | Show all posts
yg jadik wali tu pun bukan semua nya Tok2 Guru & Alim Ulama
ada gak dikalangan org biasa yg kita tak terfikir pun dorang tu dah sampai tahap wali
even dorang pun kadang2 tak tau
starcity Post at 27-7-2010 22:02


yups... tepat dan padat.... thank you for your info....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2010 10:08 PM | Show all posts
setuju dgn edy.... gelaran wali yg diberikan oleh org tidak bermakna dia adalah wali di sisi allah.. wali sebenar-benar wali.... wali 7 itu hanya gelaran yg diberi oleh orang kerana ilmu mereka dan beberapa perkara tertentu yg di luar adat manusia biasa....

biasanya hanya WALI kenal WALI...

apa pon semua ini adalah rahsia Allah.. dan tidak semua perkara sesuai diceritakan sebab untuk elak timbul fitnah dan syak wasangka yang kurang enak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2010 10:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by morpheus at 27-7-2010 22:16




org putih nak tiru karamah yg ada pada wali ini, mereka buat cite Jumper ni... kalau kite dikenali dgn lipat bumi.... pernah dgar tntg tok kenali yg solat di mekah dlm satu mlm then kembali blik ke rumahnya di kelantan.. begitu juga dengan kisah tok ku pulau manis yg bawa durian dari terengganu ke mekah dlm sekelip mata... ini hanya kisah yg diperturunkan dari mulut ke mulut jadi kebenarannya tak dpt dipastikan dgn bukti bertulis atau saksi sebab dah lama dah semua ni... tapi semuanya tak mustahil bgi Allah untuk menjadikan atua menganugerahkan keistimewaan kepada insan yang dekat dgnNya...

Wallhualam..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 10:15 PM | Show all posts
Pernah terbaca yg Putri Gunung Ledang pon sebenarnya diangkat jadi wali kerana doa atau di panggil sesuatu tapi lupa pulak  dari suami  pati Unus aka  Pangeran Sabrang dan anak2  beliau yg syahid masa menentang Portugis di Melaka ... dan dikatakan  PGL  aka Puteri Ratu Mas Nyawa tu masih hidup lagi

ada sesiapa yg tahu dgn lebih lanjut....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2010 10:18 PM | Show all posts
Reply 18# ea208964

tidak mustahil tu.. sebab ada juga wali di kalangan wanita.... mungkin PTL termasuk dalam rijalul ghaib... sekadar pandangan hamba yg dhaif ini je...  Allah maha mengetahui segala RAHSIA nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2010 10:20 PM | Show all posts
kalau wali iblis yang dipercayai masih lagi hidup antaranya Sabdo Palon dan Syekh Siti Jenar.... dajal tu pon same la... wali iblis jgak tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.070818 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list