CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11619|Reply: 44

[Tempatan] Merisik di kedai makan, netizen puji sempoi tapi bermakna

  [Copy link]
Post time 24-5-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Merisik di kedai makan, netizen puji sempoi tapi bermakna
Oleh
AISYAH BASARUDDIN
24 Mei 2024 07:10am


Tangkap layar hantaran dimuatnaik Nur Diana Atikah di Tiktok pada Rabu memaparkan dirinya dirisik keluarga bakal tunang sambil disaksikan bapanya.

SHAH ALAM - Seorang gadis tidak menyangka apabila video yang dimuat naik di Tiktok memaparkan dirinya dirisik keluarga bakal tunang di kedai makan tular sehingga mendapat perhatian warganet.

Rata-rata pengguna platform media sosial memuji tindakan kedua-dua belah keluarga itu yang tidak keberatan untuk mengadakan majlis merisik serba ringkas dan sempoi, namun penuh bermakna.


Peniaga, Nur Diana Atikah Zahrain, 23, berkata, video berkenaan sudah lama tersimpan sejak Februari lepas kerana mahu merahsiakannya terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu ini.

Menurut gadis tersebut, pada mulanya dia mahu mengadakan majlis yang lebih teratur, tetapi berlaku kekangan masa kerana bapanya perlu menguruskan kedai makan setiap hari.

idea supaya kedua-dua belah keluarga bertemu dan makan malam bersama di kedai makan kami di tepi jalan ini, saya okay sahaja.

“Apabila video ini tular, saya gembira dan teruja sangat sebab ramai yang suka tengok majlis sederhana kami.

“Keluarga bakal tunang, Muhammad Haziq Kamarulzaman, 23, datang dari Seremban, Negeri Sembilan ke Sungai Buloh untuk berkenalan dan menyarung cincin merisik,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Video yang memperoleh 17 ribu tanda suka dan 227 ribu tontonan itu difahamkan dimuat naik sebagai memperingati momen terindah sebelum bergelar tunang dan isteri tidak lama lagi.

Mengintai di ruangan komen, pengguna Tiktok, Eemyeera Azam berkata, perkara yang mudah tidak perlu disusahkan hanya kerana adat dan turut mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Sempoi sambil kenal sambil makan dan minum, tahu-tahu ada orang sarungkan cincin... Santai tak perlu buat majlis besar sebagai tanda dimiliki... Kan senang,” ujar Pa’adinhana.

“Bestnya, sempoi saja. Santai janji bahagia. Bahagia kita yang pilih dan cipta sendiri,” ulas Cik Sue AR pula.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2024 02:54 PM | Show all posts
Mohon acik-acik forum share pengalaman apabila keluarga suami datang merisik..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 02:55 PM | Show all posts
cantik budak ni iras2 ameerazaini
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-5-2024 02:54 PM
Mohon acik-acik forum share pengalaman apabila keluarga suami datang merisik..

Nak buat ilham merisik ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm nak promote kdi makan jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 24-5-2024 04:34 PM

Aiols baru kenal husband masa tu.. aiols datang la bertandang ke rumah husband lepas beberapa bulan couple...  

Selang 2 minggu parents husband datang nak berjalan2 kat area meols.... ai ingatkan depa nak berjalan2 tengok pantai...

Diorang bermalam kat resort aiols lah.. deme bayor...

Skali malam tu lepas solat isya, deme berkumpul laa meriah borak2...   keluarga mertua adik i pun ada lepak bersama...  tup2 in laws i, duk berborak dgn ayah aiols and bawak keluar cincin....

Terus set tarikh nikah... aiols pakai jubah hitam je masa tu, baru lepas isya.. adik ipar i pun...  ayah aiols cam biasa laaa hari2 berbaju melayu kain pelikat lepas solat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2024 03:01 PM | Show all posts
nape la thread CI ni content merepek, aku dah terlalu tua nak hadam. not my level
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
songket_merah replied at 24-5-2024 03:01 PM
nape la thread CI ni content merepek, aku dah terlalu tua nak hadam. not my level

Bosan la asik bergasak hal politik la tee em jay la.. boring
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2024 03:10 PM | Show all posts
green~tea replied at 24-5-2024 03:03 PM
Bosan la asik bergasak hal politik la tee em jay la.. boring

ko imagine semua content ambil dari media sosial then buat thread dekat CI, pastu isu
kandungan lebih pada umur bawah 25 tahun. forumers yang selalu bagi pandangan
berilmiah pun dah takde. u see, ni lah level cari CI sekarang. mengarut
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 03:17 PM | Show all posts
mil i dengan husband datang rumah i masa tu i tengah final exam..bapak i masak deyollss  puji sedap..tapi tu la mil i sekali je la dpat jumpa bapak i sebab x lama tu bapak i meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
songket_merah replied at 24-5-2024 03:10 PM
ko imagine semua content ambil dari media sosial then buat thread dekat CI, pastu isu
kandungan l ...


Takleh buat apo dah sbb momod pun dah takde kuasa apa sangat..  


Pastu reporter merepek2 tempek thread..

Forumer bijak2 byk experience pun malas nak bg komen, sbb ramai yang shallow pemikiran sempit kalo tak setuju angin, personal attack

Sampai acik2 bod gosip pun masuk CI.. so can u imagine  their level of thinking
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 04:01 PM | Show all posts
bakal iols belah sana dah bisik2 nk hantar rombongan..iols tak ready ok. bukan nk peram anak budak tu apa pun tak reti lagi skrg dah keje duk negeri lain pandai dah dia hidup sdri masak mcm2 jugak dia hantar gambar. cumanya aku nk dia rilek lu dah ada cukup simpanan harta sikit baru kawen. takanla nk tolak belah sana tu bukan kaleng2 ooo..tapi humble je diorg. anak iols tu diorg dan anggap mcm anak sdri siap maknya budak tu ajak bermalam gi makan sama2. tapi syukurlah..anak iols tu tetap hatinya pada maknya sendiri jga bertakhta.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 04:33 PM | Show all posts
cantik muka dia, manis je.. nampak sedap mata memandang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2024 05:16 PM | Show all posts
green~tea replied at 24-5-2024 03:19 PM
Takleh buat apo dah sbb momod pun dah takde kuasa apa sangat..  

Reporter cari pun sama.

Daripada duk melayan thread ustazah ekstremis tu baik buka thread yg santai tak serabut otak.

Saya boleh create thread topik berat tapi siapa peduli dan thread akan tenggelam juga. Objektif forum cari ni wujud pun sekadar nak dapatkan click aje. Bila ada orang click, dia load sekali iklan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 05:20 PM | Show all posts
songket_merah replied at 24-5-2024 03:01 PM
nape la thread CI ni content merepek, aku dah terlalu tua nak hadam. not my level

andartu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo. Muda lg, igtkan dh 30an
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-5-2024 05:16 PM
Reporter cari pun sama.

Daripada duk melayan thread ustazah ekstremis tu baik buka thread y ...

Install brave... acik forum kepam terkehadapan
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kedai makan sendiri, mcm rumah gak la.. ni pun jadi berita ke aiiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 05:55 PM | Show all posts

sudah lama berumahtangga, mempunyai seorang suami dan 3 orang anak
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 24-5-2024 03:17 PM
mil i dengan husband datang rumah i masa tu i tengah final exam..bapak i masak deyollss  puji sedap. ...

Sedihla pulak kehilangan bapak tercinta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068414 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list