CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23545|Reply: 37

[Tempatan] Malaysian Vapers Alliance (MVA) kata vape memainkan peranan penting untuk membantu perokok mengurangkan atau berhenti daripada tabiat tersebut.Anda tak setuju?

  [Copy link]
Post time 24-5-2024 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Malaysian Vapers Alliance (MVA) menggesa kerajaan melaksanakan peraturan yang wajar untuk menggalakkan perokok beralih kepada penggunaan rokok elektronik atau vape sebagai alternatif mengurangkan populasi perokok di Malaysia.



Presiden MVA, Khairil Azizi Khairuddin berkata, laporan Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023 jelas menunjukkan vape memainkan peranan penting untuk membantu perokok mengurangkan atau berhenti daripada tabiat tersebut.

“Peningkatan jumlah penghisap vape dan kepelbagaian produk berperisa buah-buahan menunjukkan keperluan untuk wujudkan peraturan yang boleh menyokong perubahan (perokok kepada vape) dan bukannya menghalang trend positif ini.

Kami menggesa kerajaan mengiktiraf vape sebagai alternatif mengurangkan bahaya merokok dan melaksanakan dasar yang memberi keutamaan serta keperluan penggunaan rokok elektronik,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu GATS 2023 mendedahkan jumlah perokok di negara ini menurun daripada 23 peratus pada 2011 kepada 19 peratus tahun lalu, selain bilangan penghisap vape turut meningkat kepada 5.8 peratus (2023) daripada 0.8 peratus (2011).

Tinjauan tersebut turut mendapati vape merupakan alat kedua paling disukai perokok sebagai alternatif untuk berhenti daripada tabiat tersebut.

Dalam pada itu Khairil Azizi menjelaskan, MVA bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan lain bagi membangunkan peraturan yang boleh melindungi kesihatan awam di samping menyokong perokok untuk berhenti dari tabiat itu.

“(Dengan) Peraturan vape yang wajar dan disesuaikan dengan tingkah laku serta pilihan pengguna, amat penting untuk mengekalkan trend positif berkenaan ke arah mengurangkan penggunaan tembakau di Malaysia,” ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Vape lebih bahaya daripada rokok, nokkk!

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik isap Rokok biasa je.. Vape ni lg bahaya bang oi
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Isap vape pastu hembus2 konon sebab bau buah
Zizik Wei
Ada sekali.tu kat kedai..berhembus2 semua
Iols lalu je pastu iols tekan pepper spray iols..
Nasib lah Kau...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupa nak taip kedai Makan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai orang melayu terlibat dengan bisnes vape ni. Kita tengok sejauh mana kerajaan mampu basteras industri ni. Memandangkan kita di Malaysia,akhirnya akan jadi isu perkauman jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa perlu hisap vape ini untuk henti merokok... Ada nicotine patch and pills... Tetapi tidak pasti ber kesan atau tidak. Prolly habit susah di buang selain nicotine addiction

Aku bukan smoker saja comment... Alternative lain dari vape ini
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana hasil kajian cer bentang sini nk tgk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 12:33 PM | Show all posts
yup it's a match



the vape & the looks
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 12:50 PM | Show all posts
maybe kalau ikut kasta, isap vape lebih stylo dan urban berbanding rokok biasa. Tapi diorang ni biadab iya main hembus je depan orang kalau vape tu. Common sense takda ke? Memang bau harum, tapi tu bukan lesen untuk chuols main hembus kat muka orang yach. Semoga dilaknat Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lorr isap vape pun nikotin jugak bau je wangi.

alaaa mmg taknak brenti tu saje la cari mcm2 cara janji blh isap asap.
koserr nak gomen iktiraf vape blablabla
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 27-5-2024 12:52 PM
lorr isap vape pun nikotin jugak bau je wangi.

alaaa mmg taknak brenti tu saje la cari mcm2 cara ja ...

Nikotin ni sangat addictive. Ada orang kononnya beralih ke vape utk berhenti merokok. Aku pernah try la e-cig utk quit. Ada jenis yg ada nikotin dan tanpa nikotin. Tapi sejujurnya tak berkesan pun. Tak puas berbanding asap tembakau asli. Aku berjaya quit cold turkey. Sudah lebih 10 tahun aku tak smoke atau vape.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 27-5-2024 12:50 PM
maybe kalau ikut kasta, isap vape lebih stylo dan urban berbanding rokok biasa. Tapi diorang ni biad ...

Mcm noh ludah.


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang hisap vape kerana nak berhenti merokok sampai sekarang tak henti2 hisap vape. Sungguh ironi sekali
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 27-5-2024 01:27 PM
Nikotin ni sangat addictive. Ada orang kononnya beralih ke vape utk berhenti merokok. Aku pernah t ...

Wei. Tak jantan la kalau tak hisap rokok.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 27-5-2024 01:27 PM
Nikotin ni sangat addictive. Ada orang kononnya beralih ke vape utk berhenti merokok. Aku pernah t ...

Macamana kau lawan perasaan ketagihan semasa berhenti cold turkey itu? Dan berapa lama ketagihan itu hilang?

Aku dulu perokok, kemudian beralih kepada vape sebagai alternatif berhenti merokok. Aku cuba untuk berhenti terus vaping tapi sampai sekarang tak berjaya lawan ketagihan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 02:01 PM | Show all posts
org lain elok ja berhenti rokok terus tak perlu vape2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 02:20 PM | Show all posts
aku setuju memang betul boleh membantu untuk berhenti merokok

... cuma kena ingat, nak berhenti rokok atau vape ini mesti ada keinginan. Jika tiada keinginan nak berhenti, just go with the flow maka tak akan berhentilah.

Nak berhenti vape lebih senang dari berhenti merokok, tetapi mesti ada keinginan dan bersedia untuk fight. tanpa ada kedua perkara ini susah, mesti ada walaupun sedikit.

Caranya ialah kurangkan nikotin secara perlahan-lahan sehingga 0. Selepas beberapa lama vape tanpa nikotin ni akan rasa membosankan, sedikit fight sepatutnya dah boleh berhenti


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
adik aku tak pernah merokok sebelum ni tiba2 hisap vape pulak

adoi tak tahu nak kata apa la
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 02:35 PM | Show all posts
insulin replied at 27-5-2024 01:53 PM
Yang hisap vape kerana nak berhenti merokok sampai sekarang tak henti2 hisap vape. Sungguh ironi sek ...




sbg perokok, wak kasi setuju vape mampu "divert" smokers ke vape. which is still unhealthy if not worse.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.087112 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list