CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8491|Reply: 107

Wardina mengaku jumpa Nik Aziz

 Close [Copy link]
Post time 19-2-2010 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Wardina mengaku jumpa Nik AzizOleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

Wardina Saffiyyah

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyyah,31, mengaku berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat di Kota Bharu kelmarin.
Bagaimanapun, Wardina menegaskan, perjumpaan itu bukan atas dasarpolitik sebaliknya atas jemputan Kerajaan Negeri Kelantan yangmengundang beliau sebagai salah seorang panel dalam program HariHiburan Islam yang berlangsung di Kota Bharu Mall (KB Mall) pada 14Februari lalu.
Menurutnya, tiada isu yang harus ditimbulkan berhubung pertemuanbeliau dengan Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada tengahhari kelmarin sebelum berlangsungnya program tersebut pada sebelahpetang.
"Memang betul saya ke Kelantan dan ada berjumpa dengan Nik Aziztetapi bukan tentang hal politik. Saya ke sana atas undangan kerajaannegeri dan itu bukanlah kali pertama saya terlibat dalam majlis ilmu diKelantan," katanya ketika dihubungi semalam.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

......................................

aku xpaham ini pon nak jadi isu..kan siti pon penah jupe...ramai g yg penah jupe.. itu pon nak kecoh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2010 08:55 AM | Show all posts
nih maharaja blog ni..nyampah


WARDINA ANASIR PAS DI TV3  
Wednesday, February 17, 2010
Tidaklahheran jika seorang yang telah merasa bersalah dengan kehidopan masalalu,tidak dapat mengimbangi pandangannya ketika hendak mengubahkehidopannya atau hendak memperlihatkan identiti barunya.


Inilahyang berlaku dengan pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyyahyang telah berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul AzizNik Mat baru baru ini dan menapikan pertemuannya itu ada kaitan denganpolitik.


Memang pertemuan itu tidak ada kaitan denganpolitik tetapi memberikan moral politik kepada Pas oleh kerana Wardinatelah membuat kenyataan yang tidak secara langsung menapikan bahawakerajaan BN selama ini telah pun menggiatkan hiburan yang berbentukIslam.

Wardina telah menjelaskan bahawa perjumpaannya itu adalahatas jemputan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengundang beliau sebagaisalah seorang panel dalam program Hari Hiburan Islam yang berlangsungdi Kota Baharu Mall.


Disamping itu beliau menyeru negerinegeri lain mengikuti jejak kerajaan Kelantan mengaNjurkan MajisHiburan Islam itu kerana ,katanya, hiburan dengan batasan agama mampumenarik minat orang jika kena dengan gayanya.

Ini memberikangambaran Wardina tidak lagi dapat mengimbagi pemikirannya. Memangselama ini di luar Kelantan malah termasuk TV3 sendiri telah sekianlama mempromosikan hiburan yang berbentuk Islam dan juga berbentukumum. Tetapi tentunya TV3 dan lain lain TV stesen tidak boleh hanyamengadakan semua program hiburannya berbentuk Islam dalam sebuahmasyarakat yang berbilang agama dan demokratik.Demikian juga kegiatanhiburan lain tetapi semuanya adalah terkawal menurut batas kesusilaanMalaysia walaupun tidak ditegaskan sebagai Islam.

Kenyataanpengacara TV3 itu adalah membenarkan anggapan sesetengah pihak bahawakerajaan BN tidak Islamic. Ini membantu mempromo pemikiran Pas itusendiri dan memperkecilkan kerajaan kerajaan negeri dan persekutuan.

Dipandangsekali lalu Wardina tidak mempunyai pengaruh politik tetapi sebagaicelebrity dia mempunyai pengaruh dan pengikut yang tersendiri yangdengan kenyataannhya itu akan boleh menutop mata mereka terhadap apayang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini dalam membangunkan syiarIslam menerusi hiburan. Malah dalam hal ini kerajaan negeri Johoradalah jauh kehadapan dari Kelantan sendiri.

Wardina adalahcontoh musuh dalam selimut yang tidak kelihatan merbahaya tetapi tidakakan dapat membantu dalam usaha mencetuskan pemikiran pemikiran yangdinamik dan progresif yang dapat menyuburkan inpirasi kerajaan malahakan merosakannya .Tanpa sedar Wardina mengembangkan pemikiran yangsempit dan tidak mendidik masyarakat melihat permasalahan secararasional dan terbuka.

Anasir anasir seumpama ini mesti dipantaudan jangan dibiarkan berleluasa meracuni pemikiran rakyat tanpa merekasendiri menyedarinya kerana lebih didrongkan oleh keghairahan untukmembasoh dosa zaman lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 08:58 AM | Show all posts
Siti pernah jumpa Nik Aziz atau CT jadi wakil BN?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 08:59 AM | Show all posts
ak ek naa.......kes gini pun nak jadi issue..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:00 AM | Show all posts
wajib sokong BN ke? ler.komunis punya blogger
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2010 09:00 AM | Show all posts
Siti Nurhaliza akhirnya temui Nik Aziz
Apr 2, 09 7:52pm        
Ketika seluruh negara tertumpu ke tiga pilihanraya kecil dan Istana Negara, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini membuat satu kejutan - bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penyanyi nombor satu itu membuat kunjungan hormat ke atas menteri besar Kelantan selepas "sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut", lapor Harakahdaily.net.

Selepas kunjungan bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, beliau dilaporkan menzahirkan rasa syukur kerana hasratnya menjadi kenyataan.

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa," beliau dipetik berkata.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi."

Siti Nurhaliza menambah, mursyidul am PAS seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Menurut laporan akhbar rasmi parti itu, pertemuan di pejabat menteri besar di Kota Bharu berlangsung kira-kira setengah jam.

Penyanyi manis ini - lebih mesra dengan panggilan Siti - mengambil peluang bertemu Nik Abdul Aziz selepas diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.

Sempena kunjungan itu, Siti Nurhaliza dan tokoh PAS itu bertukar-tukar cenderahati.

Kakitangan pejabat menteri besar dan pejabat berdekatan di Kota Darul Naim turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar, lapor laman web itu lagi.

http://malaysiakini.com/news/101559
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2010 09:01 AM | Show all posts
Wardina mengaku jumpa Nik AzizOleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

Wardina Saffiyyah

KUALA LUMPUR - Pelakon dan peng ...

aku xpaham ini pon nak jadi isu..kan siti pon penah jupe...ramai g yg penah jupe.. itu pon nak kecoh..

tinie_purple Post at 19-2-2010 08:54


aku lagi xpaham, kenapa kau tempek kat CI..?

masuk kat gossip le...


pelik sangat ke kalau jumpa nik aziz...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:01 AM | Show all posts
entah pe2 ntah la....
org bt baik pn dijdkkan gosip...
dasar busuk hati betul penulis blog yg bodoh dungu 2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2010 09:04 AM | Show all posts
motipnya.... ada affair ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:06 AM | Show all posts
Wardina mengaku jumpa Nik AzizOleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

Wardina Saffiyyah

KUALA LUMPUR - Pelakon dan peng ...
tinie_purple Post at 19-2-2010 08:54

Apa hal nih sampaikan jumpa TGNA pun x leh kena bagi tunjuk sebab plak...apa nak jadi dengan negara ku Malaysia nih...
macam sudah dicengkammmmmm......x der kebebasan plak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2010 09:08 AM | Show all posts
aku lagi xpaham, kenapa kau tempek kat CI..?

masuk kat gossip le...


pelik sangat ke kalau jumpa nik aziz...
kirawang Post at 19-2-2010 09:01


kalo kat kosmo online pon dia letak kat bhgn Negara..dia xletak kat bhgn Hiburan or gosip.. aku xrasa ni kisah gosip2.. yg xtentu benarnye lg tuh.. :-"
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:09 AM | Show all posts
apa masalahnya kat sini...nk jumpa sapa2 pun kira politik gak erk....sempit punya pemikiran
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:10 AM | Show all posts
nih maharaja blog ni..nyampah


WARDINA ANASIR PAS DI TV3                                                                                     Wednesday, February 17, 2010                                                              ...
tinie_purple Post at 19-2-2010 08:55


pemikiran kelas ke 3 totok UMNGOK..

Yg pelik Ziana Zain jumpa Najib boleh la pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:10 AM | Show all posts
Wardina mengaku jumpa Nik AzizOleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

Wardina Saffiyyah

KUALA LUMPUR - Pelakon dan peng ...
tinie_purple Post at 19-2-2010 08:54


Aku pon penah jumpa Nik Aziz....     

Salah ke Wardina g jumpa Nik Aziz?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:13 AM | Show all posts
sesama islam x leh jumpa ke :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:17 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2010 09:25 AM | Show all posts
makin cantik wardina sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:28 AM | Show all posts
pemikiran kelas ke 3 totok UMNGOK..

Yg pelik Ziana Zain jumpa Najib boleh la pulak..
a_gen2 Post at 19-2-2010 09:10


bila die jumpe...tak tau pun?...citer la sket....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:31 AM | Show all posts
aku rasa tak patut la benda cam ni pun nak jadi isu....tak baik nak label orang tak tentu hala, dapat dosa kering buta jer....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:33 AM | Show all posts
pemikiran kelas ke 3 totok UMNGOK..

Yg pelik Ziana Zain jumpa Najib boleh la pulak..
a_gen2 Post at 2010-2-19 09:10 AM


Pelik kan buat pe jena jeng tu jumpa pak bijaN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.175319 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list