CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6345|Reply: 0

[Kelantan] Nelayan dikhuatiri lemas semasa angkat bubu di Sungai Kelantan

[Copy link]
Post time 8-5-2024 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Anak kepada Saidi, Saidatul Nur Hanisa, 18, menunjukkan lokasi kejadian bot bapanya terbalik di Sungai Kelantan dekat Kampung Kutan Sungai, Wakaf Bharu di Tumpat hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

TUMPAT – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh bot dari botnya semasa sedang mengangkat bubu di Sungai Kelantan di Kampung Kutan Sungai, Wakaf Bharu, di sini, hari ini.

Mangsa, Saidi Che Hasan,51, hilang kira-kira pukul 10.17 pagi tadi selepas turun seorang diri menaiki botnya ke sungai tersebut.

Isteri mangsa, Zuhaidah Mohamad Salleh, 44, berkata, dia melihat terdapat kesan darah di bahagian dalam bot dan beranggapan ada anggota badan suaminya terkena hentakan komponen pada enjin bot tersebut yang sudah rosak.

Menurutnya, suaminya ada memaklumkan bahawa enjin bot tersebut mengalami kerosakan tiga hari lalu.

“Saya mengetahui suami hilang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika sedang bersiap untuk berniaga menjual pisang goreng. Saya terus bergegas ke lokasi dan melihat bot yang dinaiki suami sudah dibawa ke jeti Kampung Kutan Sungai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.17 pagi apabila bot yang dinaiki mangsa dipercayai terbalik.

Menurutnya, seramai 13 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Tumpat bergegas ke lokasi.

“Setakat ini, mangsa masih belum ditemui. Operasi mencari dan menyelemat mangsa sedang giat dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan di Tunjong, Kota Bharu hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -sungai-kelantan-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057588 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list