CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3155|Reply: 9

[Politik] Bekas setiausaha politik ketua pembangkang didakwa terima rasuah tender PDRM

[Copy link]
Post time 23-5-2024 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkaypoh at 23-5-2024 11:01 PM

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah RM350,000 bagi membantu syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
"Faham (pertuduhan), mohon dibicarakan," katanya.

Mengikut pertuduhan, bekas Setiausaha Politik kepada Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri itu didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM350,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Mohamed Yusof.

Ia sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan serta pembekalan alat ganti untuk peralatan infrastruktur, server, perisian serta radio pengguna sistem RMPNET PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, Solaris Dutamas, di sini, jam 4 petang, 4 Disember 2020 dan 3.30 petang 16 Disember tahun sama.

Pendakwaan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zander Lim Wai Keong, mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

"Syarat tambahan pasport diserahkan untuk simpanan mahkamah hingga kes selesai, dihalang mengganggu mana-mana saksi pendakwaan khususnya Wan Azhar dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan," katanya.

BH

PN, PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2024 11:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya dia, kurang dari 0.1% jer dia amik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 01:57 AM | Show all posts
Bersih nyeeeee   
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 07:43 AM | Show all posts
Ulama PAS x nak ulas geng sendiri menyakauuuuuuuuuuuuuuuuuuu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 09:02 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 23-5-2024 11:38 PM
Baiknya dia, kurang dari 0.1% jer dia amik.

ni initial ja kot....
kalau dapat tender tu, bulan2 mesti ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2024 09:36 AM | Show all posts
Hamzah sebelum nie menteri yg jaga KDN kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 09:42 AM | Show all posts
anak beranak kaki sakau.Speechless!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2024 05:27 PM | Show all posts
s@s@ replied at 24-5-2024 09:02 AM
ni initial ja kot....
kalau dapat tender tu, bulan2 mesti ada

Possible jugak tu. Duit cengkeram.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 07:18 PM | Show all posts

The former political secretary of the opposition leader has been charged with accepting bribes related to police tenders from the Royal Malaysia Police (PDRM). This case raises concerns about corruption within the political and law enforcement sectors. KFC menu prices
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.245187 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list