CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13870|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Proses sebenar bukan ‘ditidurkan’ tetapi diintubasi – Dr. Malar

[Copy link]
Post time 6-1-2024 01:27 PM | Show all posts |Read mode

Tangkar layar video Dr. Malar yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

PETALING JAYA – Penggunaan perkataan ‘ditidurkan’ sebelum pemergian pelawak dan ahli kumpulan Senario, Allahyarham Ahmad Hamdan Mohamed Ramli adalah tidak tepat.

Menjelaskan perkara ini, pempengaruh media sosial dan doktor perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan berkata, proses sebenar yang dilakukan oleh pihak hospital adalah dinamakan sebagai ‘intubasi’.

Katanya yang lebih mesra disapa Dr. Malar , proses ini merupakan satu bentuk bantuan pernafasan yang diberikan kepada pesakit yang terlampau lemah atau tidak mampu bernafas.

“Bantuan ini juga diberikan jika pesakit dah tak bernafas tapi nadi masih ada. Bantuan oksigen diberikan dengan cara memasukkan tiub ke pangkal pernafasan pesakit.

“Tiub tu akan dimasukkan terus ke pangkal trakea di belakang peti suara atau ‘vocal cord’. Lepas itu kita sambungkan ‘beri oksigen’. Biasanya kita akan pam dahulu.

“Kalau kita nampak dada dia naik turun dengan baik, tiub tu dah diletakkan di tempat yang betul, maka kita akan sambungkan kepada mesin,” jelasnya dalam satu hantaran di Instagram.

Tambah Dr. Malar, tiub yang dipasangkan pada mesin itu kemudiannya akan membantu pesakit yang sudah berada dalam keadaan kritikal untuk bernafas normal.

Ujarnya, banyak kes meninggal dunia terjadi adalah kerana kebanyakan pesakit sudah berada dalam keadaan yang kritikal.

“Doktor-doktor akan cuba sehingga ke garisan akhir sehabis baik. Ini sebenarnya adalah bantuan pernafasan ‘level’ paling tertinggi atau ‘kayangan’ sekali dalam banyak-banyak bantuan yang lain.

“Sebab pesakit diberikan bantuan intubasi dan dipantau di Unit Rawatan Rapi, maksudnya diberikan ‘highest standard of care’.

“Jadi saya minta sangat dah masuk tahun 2024 ini jangan guna perkataan ‘ditidurkan’, kita bukan dodoikan atau tidurkan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Malar juga menerangkan tiga lagi bantuan pernafasan yang pihak hospital akan berikan bergantung kepada keadaan pesakit.

Katanya, jenis bantuan paling ringan adalah tiub dimasukkan ke hidung atau ‘face mask’ kemudian barulah ‘high flow mask’ yang mempunyai satu beg oksigen.

“Kalau sampai ‘high flow mask’, pesakit masih tak dapat ‘oxygenation’ yang bagus, doktor akan ‘step up level’ seterusnya iaitu Non Invasive Ventilation (NIV).

“Maksudnya kita beri bantuan pernafasan menggunakan mesin, ia masih dipakai menggunakan sebuah topeng di permukaan muka.

“Bantuan ini hanya boleh diberikan kalau pesakit masih sedar, masih boleh terima arahan, tak meracau-racau, boleh duduk barulah kita boleh bagi NIV,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... iintubasi-dr-malar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.614379 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list