View: 1645|Reply: 8
|
"Tahu Pasal Sedikit Sejarah, Cukuplah" - Maryam Nak Anak Jadi Melayu
[Copy link]
|
|
Pempengaruh juga pelakon, Maryam Youranae, 31, berhasrat membesarkan anaknya Rina, 2, sebagai anak Melayu sejati meskipun dia sendiri berdarah Korea asli.
Maryam yang berkahwin dengan pempengaruh Ryzal Ibrahim atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 31, berkata dia cuma mahu anaknya tahu sedikit pasal budaya negara asalnya.
IG
"Saya nak dia membesar sebagai Melayu sebab dia lahir di Malaysia dan dia memang orang sinilah. Kalau budaya Korea, sekurang-kurangnya dia tahulah.
"Tahu pasal sedikit sejarah, cukuplah. Tapi saya memang nak dia lebih menjadi Melayu," katanya.
Bagaimanapun, Maryam tetap mendedahkan Rina dengan bahasa Korea bahkan selesa bertutur bahasa itu dalam berkomunikasi lebih efektif kepada anaknya.
"Saya cakap Melayu dan Korea juga dengan dia. Tapi kebanyakan masa saya akan cakap Korea sebab bila cakap bahasa ibunda sendiri, saya dapat ekspresikan sayang itu dengan lebih lagi.
"Kalau cakap Inggeris atau bahasa Melayu, rasa tak sampai sangat," katanya.
Dalam pada itu, Maryam yang bakal tampil membintangi filem sulungnya berjudul Mat Tudung Begins tidak ambil hati bila ada pihak mendakwa Ryzal mempergunakan dia demi mengaut keuntungan.
IG
"Tak apa. Ramai orang cakap Ryzal gunakan saya. Tapi saya cuma penjual roti sebelum ini dan bila jumpa Ryzal, dia yang mengajar saya buat 'content'.
"Saya yang selalu minta Ryzal bawa saya ke Malaysia. Bawa saya keluar dari kesusahan hidup saya (di Korea) dan dia buat. Jadi, saya pun gunakan dia juga.
"Sudah memang jodoh kami, jadi kami saling melengkapi sesama sendiri. Kami jadi popular pun sebab rezeki dan ada bakat. Janganlah fikir saya dipergunakan suami," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
sesuailah... anak kau pun bukan muka mix sangat, ikut cetak muka laki katik poyo kau tu je... mata je sepet..ramai je 'melayu' mata sepet mata kecik macam orang jawa banjar tu semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak kena jadi Melayu? Kenapa taknak raikan ke-mixed-an anak tu? Find a balance for both cultures. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada betulnya jugak sheols punya statement. Kalau tak sebab suami sheols yang laparkan attention and suka buat content bodoh takde la sheols pun hidup senang sekarang. Sah2 masih di Korea duk jual roti. Win-win kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 14-7-2023 01:20 PM
Ada betulnya jugak sheols punya statement. Kalau tak sebab suami sheols yang laparkan attention and ...
Kan, bagus statement dia. Menyatakan yang sebenarnya tanpa berselindung dan meroyan. Bersyukur seadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia ni sayang laki. |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 14-7-2023 01:20 PM
Ada betulnya jugak sheols punya statement. Kalau tak sebab suami sheols yang laparkan attention and ...
Tiber teringat influencer laparasian sedihhh sangat tahu dia dah putus dengan tunang dia |
|
|
|
|
|
|
|
ha??? ye ke? dia dgn bf canadian dia tu bukan sgt lovey dovey ke??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|