CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4285|Reply: 1

[Kedah] 'Lorong Tekak Basah' bertukar ceria

[Copy link]
Post time 3-4-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA orang ramai yang berkunjung ke lorong 'Basah Tekak' di Jalan Petani, Sungai Petani. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sungai Petani: Suasana lorong gelap dan suram Jalan Petani di sini, kini bertukar ceria apabila dinding premis sekitarnya dihiasi lukisan mural selain dijadikan lokasi perniagaan sepanjang Ramadan ini.

Laluan sepi yang tidak dipedulikan sejak puluhan tahun lalu itu, kembali meriah apabila menjadi tumpuan orang ramai membeli barangan seperti pakaian, perhiasan, bunga hidup dan makanan yang ditawarkan 40 usahawan muda.

Pengasas program naik taraf Jalan Petani, Ainol Zulkarnian, 39, berkata idea menaik taraf lorong itu sebagai pusat kegiatan ekonomi tercetus apabila ia bersebelahan dengan premis kopi miliknya di jalan berkenaan.

"Lorong ini terbiar dan suram selain saya difahamkan sering berlaku jenayah. Namun, apabila saya mula berniaga di premis ini pada 2021, kami lihat Jalan Petani mempunyai potensi untuk dijadikan tempat berniaga.

"Mulanya kami sekadar jalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan, namun awal Februari lalu, kami bekerjasama melukis mural dinding dan membersihkan tempat ini supaya lebih ramai anak muda dapat berniaga secara serius," katanya ketika ditemui.

Ainol berkata, kawasan itu yang kini dinamakan sebagai Lorong Tekak Basah bertukar menjadi bersih dan dihiasi pelbagai dekorasi bertemakan 'vintage' yang menarik perhatian golongan muda untuk bersantai dan bergambar.

"Nama Lorong Tekak Basah ini diambil sempena perkataan orang lama bermaksud mahu atau sering minum kopi untuk hilangkan dahaga.

"Saya berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) kerana memberi peluang untuk kami bersama menjadikan lorong ini sebagai daya tarikan baharu ke daerah ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asah-bertukar-ceria

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2023 07:33 AM | Show all posts
tahniah enon. heols & circle sungai petani memang kreatif.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058587 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list