CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6147|Reply: 0

[Kedah] Bekas Adun Bukit Kayu Hitam meninggal dunia

[Copy link]
Post time 1-4-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Bekas Adun Bukit Kayu Hitam meninggal dunia


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my





ALLAHYARHAM Datuk Ahmad Zaini Japar




Alor Setar: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Perkara itu dikongsi oleh anak Allahyarham, Ahmad Qusyairi di laman Facebook miliknya.

Menurut Ahmad Qusyairi, jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

"Abah pergi di bulan Ramadan yang penuh mulia. Abah saya, Datuk Ahmad Zaini Japar@Zaini Japar telah kembali ke Rahmatullah.

"Solat jenazah dan penghormatan terakhir untuknya akan diadakan di rumah Allahyarham di Jalan Suasana Indah, Jitra, Kedah dan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Changloon selepas selesai urusan di hospital PPUM.

"Mohon disedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Ahmad Zaini yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu menjadi wakil rakyat di DUN Bukit Kayu Hitam sejak 2008 sebelum tewas kepada Datuk Halimaton Shaadiah Saad pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.




Disiarkan pada: April 1, 2023 @ 9:41am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.127703 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list