CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19565|Reply: 15

[Tempatan] Kilang pau terkemuka diserbu, sijil halal tamat tempoh sejak dua tahun lalu

  [Copy link]
Post time 10-5-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Anggota penguatkuasa KPDN ketika melakukan serbuan di kilang pau berkenaan. - Foto KPDN Perak

MUALLIM: Tidak mengendahkan nasihat untuk memperbaharui sijil halal yang sudah tamat tempoh sejak dua tahun lalu dan masih meneruskan perusahaan kilang pau dan kopi.

Akibat masih berdegil, sebuah kilang pau terkemuka yang sudah beroperasi lebih dari 50 tahun di Tanjung Malim serta mempunyai empat cawangan, akhirnya diserbu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan oleh KPDN Cawangan Tapah bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Khamis.


"Didapati kilang itu telah menggunakan sijil halal yang telah tamat tempoh pada September 2022.
"Operasi bersepadu ini dilaksanakan hasil semakan ke atas pemegang-pemegang sijil halal yang masih menggunakan logo halal walaupun telah tamat tempoh sah.

"Pengusaha pau itu telah dinasihati oleh pihak JAIPk tiga bulan lalu untuk memperbaharui permohonan sijil halal, namun tidak diendahkan.

"Susulan itu, KPDN telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik kilang serta merakam keterangan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, katanya, satu tindakan kes diambil Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan bertindak menyita pau dan kopi yang menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berwibawa iaitu JAIPk.

Ujar Kamalludin, nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM30,000.
"Kes disiasat di bawah Perintah 8 (a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Disebabkan jenama tidak didedahkan, kita buat macam tak ada apa-apa berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:33 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 10-5-2024 08:43 PM

Pau Suri berulat dijual nenek hantu tersenyum sinisss

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pau fames kt tanjung malim..iols pun pernah makan sbb anak blajar sana..tapi student2 byk je beli kat area kedai cendol dekat dgn kedai arwah mamat khalid..pakcik makcik yg buat murah rasa ok la
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tak perbaharui sijil halal, just erase aje la chop halal jakim utk elak kena ambush . Adoi itu pun nk kena ajar ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yik mun ler tuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pau sekarang beli kat 7e yg inti black sesame. Inti lain yek.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik dah tak makan pau. Eh kalau nak sorok jenama baik tak yah cerita. Dah nak kena google
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Teropongcctv replied at 10-5-2024 09:46 PM
Nasib baik dah tak makan pau. Eh kalau nak sorok jenama baik tak yah cerita. Dah nak kena google

Dah ada forumer mentioned atas tu.  Kalau tg malim ni sejak azali femes pau tu je.. Kopitiam yg sedap mee hailam. Kalau kedai melayu rasanya tak de naik citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-5-2024 09:49 PM
Dah ada forumer mentioned atas tu.  Kalau tg malim ni sejak azali femes pau tu je.. Kopitiam yg se ...

Y1k mun ye.. Dia ada kilang ek? Ingat kedai je. Jangan ada yg ambil jual atas jenama lain dah le
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
I mkn pau kampung yg liat2 tu je
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:04 AM | Show all posts
Makan pau melayu jee.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 10-5-2024 08:42 PM
kalau tak perbaharui sijil halal, just erase aje la chop halal jakim utk elak kena ambush . Adoi itu ...

Sb dia tau customers dia ramai melayu sb tu still degil.
Blh tgk skrg ni sapa yg bergantung pd sapa
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
boikot pau!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 11:29 AM | Show all posts
Bagi kebanyakan pengguna, asal daging sembelih, ayam sembelih dah cukup halal la. Kalau suruh jakim serbu pau makcik melayu takde beza dengan pau halal jakim expired ni.

Persepsi ja berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 12:40 PM | Show all posts

aku ragu2 dh nk mkn pau tepi jln yg ado jual air kelapa skali tu,

pau tu pulak penjual tu kato bos yg hantar, dio amik upah jual yo

anyways we olls don dai if i dont eat pau lah (slang warga cari) ekekekkekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.171775 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list