CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1982|Reply: 12

[Borneo] Kanak – kanak autisme dikasari pengurus warga asing di pusat asuhan

[Copy link]
Post time 4-10-2021 06:42 AM | Show all posts |Read mode
Hanya kerana enggan menjamah makanan dan ‘melarikan diri’ dari meja makan, seorang kanak – kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) autisme lebam pada bahagian bahu dan mukanya akibat dikasari oleh seorang pengurus wanita di situ.

Bagaimanapun, tindakan kasar wanita berusia 51 tahun itu yang juga warga asing itu membawa padah apabila ditahan polis selepas bapa kanak -kanak berusia enam tahun itu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pada Jumaat lepas, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengurus kargo ketika mengambil anaknya pada tengah hari melihat kesan lebam pada bahagian bahu dan di bahagian mata kanan dan kini.

Ujarnya, seorang cikgu yang bertugas di situ memaklumkan bahawa kesan lebam yang dialami anaknya berpunca daripada tindakan anaknya yang menghantuk kepala pada meja kerana tidak mahu makan.

” Akibat curiga, bapanya telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati pengurus berkenaan bertindak agak kasar terhadap anaknya,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Kejadian berkenaan juga tular apabila dikongsi di Facebook dan sehingga kini menerima ribuan komen dan dikongsi oleh pengguna media sosial yang rata -rata menyuarakan kemarahan berikutan tindakan kasar pengurus wanita berkenaan.

Menurut Mohamad Farouk, kanak-kanak berkenaan telah dihantar oleh bapanya di pusat asuhan berkenaan sejak lapan bulan lalu.

” Sehubungan itu, polis telah menahan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya petang semalam,” katanya.

Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati pusat asuhan berkenaan telah beroperasi selama tujuh tahun dan lesennya telah tamat tempoh sejak dua bulan lepas.

” Sementara itu, pas lawatan sosial milik suspek juga disyaki telah tamat tempoh sejak lebih setahun yang lalu. Suspek direman hingga Selasa depan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952. -TVS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2021 06:43 AM | Show all posts
FC ambik juga berita ni ...

sekadar peringatan ... untuk ibu bapa ... ambik berat la pasal anak-anak...

nasib baik la bapa nya jenis prihatin ...


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih akak tengok rakaman tu... Boleh dia paksa makan and snapped budak macam tu.. Yang tengah sapu pun satu hal.. Kalau akak, akak da amik peluk budak tu kasi dia tenang dulu..then call parents after that.

Akak handle infants dulu.. Dorang ni akak anggap as my paymaster.. Mak ayah bayar mahal2 untuk kita jaga sebaik boleh.. dorang tu la sebenarnya "boss" kita.. hehe..

Harap dia kena hukuman setimpal perbuatan nya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 07:54 AM | Show all posts
ease replied at 4-10-2021 07:48 AM
Sedih akak tengok rakaman tu... Boleh dia paksa makan and snapped budak macam tu.. Yang tengah sapu  ...
FC tak sanggup nak nengok ...

Dorang ni akak anggap as my paymaster.. Mak ayah bayar mahal2 untuk kita jaga sebaik boleh.. dorang tu la sebenarnya "boss" kita.. hehe..
mak pula nasihat kan adik dan adik ipar ... anggap orang yang sanggup jaga anak kita tu "menolong" kita  ... sebab tanpa mereka ... "korang tak leh nak g kerja "
pandai-pandai la ambik hati ... sebab orang dah tolong ... sekali sekala tu bawa lah apa2 jer ...


kena give and take la kira nya ...



Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 4-10-2021 07:54 AM
FC tak sanggup nak nengok ...

mak pula nasihat kan adik dan adik ipar ... anggap orang ...

Akak suka cara mak fc berfikir.. Yes we can pay for the services.. Tapi teachers/caregivers anak kita tu pun manusia juga...jaga babies/todds ni letih lebih sikit sebab dorang ni highly dependent on us.

Kalau parents give appreciations.. Kita akan rasa dihargai.. Extra happy kalau dapat even small gifts.. Hehe

But ada gak  yang bossy.. mementang dia bayar kita kan.. Ada je tak kena.. Kita kena sabar.. Buat yang terbaik.. Niat untuk cari rezeki.. Biar dapat rezeki yang berkat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 11:32 AM | Show all posts
semua salah...pengurus,pengasuh,mak ayah bdk tu...korang pikir2 lh sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada jugakkk kes2 macam ni
Training tak jalan ke apa?
Dulu belajar dip deg tak diajar ke macam mana handle kanak2?

Iol dulu muda2 cikgu tadika
Sebulan tu mesti akan ada training/kursus?
PERMATA laa itu ini laa
Motippp tak pakai apa yang dipraktikkan dalam kursus?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 05:16 PM | Show all posts
ease replied at 4-10-2021 08:04 AM
Akak suka cara mak fc berfikir.. Yes we can pay for the services.. Tapi teachers/caregivers anak k ...
ada gak  yang bossy
memang ramai pun ...

ada jer baca2 luahan2 ... kadang antar anak ... tak mandi lagi pun ... tu takpa lagi ... pampers pun tak berganti ... basah lecun ...
ambik pun lewat ...
takde secebis kata terimakasih ...
kesian juga baca2 ...

tapi tu la ... perangai memasing ... dapat penjaga yang baik... hargai lah ... dapat mak pak yang bagus ... hargai juga ...

FC ambik pengajaran ja untuk diri sendiri ... sebab ada menda ni ... kita take for granted ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2021 05:18 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 4-10-2021 05:05 PM
Masih ada jugakkk kes2 macam ni
Training tak jalan ke apa?
Dulu belajar dip deg tak diajar ke maca ...
mungkin kerja sebab terpaksa tiada pilihan lain ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 05:25 PM | Show all posts
Kuala Lumpur: Hukuman tegas dan setimpal wajar dikenakan kepada pihak terbabit dengan insiden seorang kanak-kanak autism dikasari serta disyaki didera di sebuah pusat intervensi di Bandar Baru Ampang di sini, seperti tular di media sosial.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mahu insiden itu segera disiasat berkata, ia penting bagi mengelak kejadian sama berulang selain menjadi peringatan kepada pusat-pusat jagaan dan pusat intervensi kanak-kanak di negara ini.

Rina berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil tindakan penguatkuasaan bersesuaian di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) kepada pusat jagaan itu termasuk tindakan 'lak' atau sita mengikut seksyen 16A(1) akta berkenaan.

"Selain itu, pengendali juga boleh didakwa dan dikompaun seperti yang termaktub dalam Seksyen 21 dan 21A Akta 506.

"Tindakan intervensi daripada sudut psikososial dan kaunseling akan diberikan oleh kaunselor berdaftar kepada ibu bapa dan kanak-kanak terlibat demi memastikan kebajikan serta kesejahteraan emosi mereka tidak terjejas dan terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak semalam, tular di media sosial termasuk Facebook dan TikTok seorang kanak-kanak lelaki dikasari seorang wanita dipercayai berlaku di sebuah pusat jagaan untuk kanak-kanak autism hingga mendapat kecaman warganet.

Rina berkata, kementeriannya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan hingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak selain terus komited meningkatkan kesedaran melalui kerjasama pelbagai pihak bagi melindungi mereka.

"Kementerian juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada individu yang disyaki terbabit dengan penderaan dan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang boleh menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan perkhidmatan penjagaan dan pengasuhan yang diperlukan berdaftar dengan JKM demi memastikan keselamatan anak-anak mereka lebih terjamin.

Katanya, maklumat berkaitan pengasuh dan pusat jagaan berdaftar boleh diperoleh menerusi www.jkm.gov.my atau semak di laman http://ezi2care.jkm.gov.my.

Rina berkata, dalam menyemarakkan kesejahteraan kehidupan dalam Keluarga Malaysia masyarakat awam perlu menjadi 'mata dan telinga' kerajaan dengan membuat laporan kepada pihak polis, talian Kasih 15999 dan talian Whatsapp 019-26 15999 atau di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh negara jika mengetahui atau mengesyaki berlaku kes penderaan kanak-kanak.
HMETRO

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 4-10-2021 05:18 PM
mungkin kerja sebab terpaksa tiada pilihan lain ...

Mungkin jugak...
Cuma nasihat iol sebagai bekas cikgu tadika/nanny,
Kalau takde kesabaran, jangan ambik kerja ni.
Pergi cari kerja kilang ke, kedai, apa2 je tapi bukan bekerja dengan kanak2.
Penat kerja ni, bahan2 mengajar kadang2 kena keluar duit sendiri, mak ayah ada sampai malam, betul2 malam pukul 11 malam pun ada *pengalaman iol* baruuuu ambik anak, kanak2 bermacam2 ragam, tekak kalau sakit tu perkara biasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 05:45 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 4-10-2021 05:29 PM
Mungkin jugak...
Cuma nasihat iol sebagai bekas cikgu tadika/nanny,
Kalau takde kesabaran, jang ...
Hormat sangat kat yang sanggup jaga baby ... jaga bebudak ni ...

Jujur dari hati ...

sebab ...
FC ada sorang anakbuah ni ...
tolong mak jaga dia dari umur 2 minggu lagi ... mengapa dan kenapa ... tak yah tanya

memang sakit la menjaga nya ... tak tentu tidur malam d buat nya ... belajar sendawa kan baby tu ... lembik nyer
belajar mandi kan ... walaupun tu patut nya kerja mak dia merangkap adik ipar ... ni pun kita skip ...

bila dah setahun lebih ...
adik dan wife dia pindah ... menyewa ...
memula tu ada pengasuh ...
mak nasihat la ... hargai pengasuh ... bla bla bla ...

tau2 dah 5x tukar pengasuh rupa nya ... malas tanya napa ...

hujung2 FC jager sementara tunggu dapat pengasuh baru ...
baru FC paham ...
ngapa  ... selalu bertukar ganti pengasuh
hantar seawal 6.30am ...
ambik kadang pukul 8 - 9 malam ...
alasan ... ada meeting ... ada banyak kerja ...


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 4-10-2021 05:45 PM
Hormat sangat kat yang sanggup jaga baby ... jaga bebudak ni ...

Jujur dari hati ...

Iyaaa kaka FC
Dari iol cantik pakai baju kurung, sampai laa iol pakai t-shirt berkain batik, kesiannnn budak tu menunggu mak ayah datang ambik, sampai iol nak tidur haa... Nasib tidur kat tadika. Kalau balik rumah, dahhh jenuh menunggu mak ayah budak ni sampai. Dah la kerja esoknya pukul 6am memang dah kena bukak pagar. Haihhh

Malas nak ambik tau kenapa lambat, dah penat sangat. Macam mana laa budak tu sekarang...  moga sihat happy budak tu. Dah masuk ting 2 dah dia tahun ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.060044 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list