CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Lawan Arus Di Highway Elak Sekatan Polis !

2-2-2014 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6993| Komen: 30

Description: Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Berkata, Kejadian Berlaku Jam 1.35 Pagi Semasa Sepasukan Anggota Polis Menjalankan Sekatan Jalan Raya Bagi Op Cantas Khas Di Kilometer 2 ...

Gambar hiasan


Batu Gajah: Sekumpulan tiga lelaki yang menaiki kereta model Proton Perdana, bertindak melawan arus untuk melarikan diri dari sekatan jalan raya dan cuba merempuh seorang pegawai polis yang ingin memeriksa mereka, hingga menyebabkan tembakan amaran terpaksa dilepaskan dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar berkata, kejadian berlaku jam 1.35 pagi semasa sepasukan anggota polis menjalankan sekatan jalan raya bagi Op Cantas Khas di Kilometer 24, Lebuhraya Ipoh-Lumut, dalam kawasan Tronoh, di sini.

Menurutnya, semasa sekatan jalan dibuat, seorang Inspektor polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Batu Gajah, ternampak sebuah kereta Perdana warna putih cuba mengelak sekatan dengan memandu melawan arus melalui jalan tepi kawasan perumahan berhampiran, sebelum berhenti di satu kawasan gelap.

“Pegawai terbabit kemudian mendekati kenderaan yang mencurigakan itu dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis serta mengarahkan mereka di dalam kereta keluar untuk pemeriksaan, namun secara tiba-tiba pemandu kereta berkenaan menyalakan lampu dan memecut cuba melanggar pegawai terbabit.    “Bagi menyelamatkan diri, pegawai polis berkenaan sempat mengelak sambil melepas tiga das tembakan amaran,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Shaharon berkata, pemandu kereta berkenaan tidak mengendahkan tembakan amaran itu dan terus memecut laju kenderaannya ke arah kawasan lombong berhampiran di Taman Tasik Putra, di sini.

“Dipercayai tiga lelaki berada dalam kereta berkenaan dan Pasukan Op Cantas dibantu Unit Peronda kemudian menjalankan operasi menjejaki kenderaan terbabit, tetapi gagal mengesan Proton Perdana itu.

“Bagaimanapun beberapa jam kemudian iaitu pada jam 9.30 pagi, anggota ronda Balai Polis Tronoh menjumpai kereta terbabit ditepi kawasan lombong berhampiran dengan tayar yang pecah dipercayai akibat terkena batu atau objek keras,” katanya.

8

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 2-2-2014 08:34 AM
Lahanet punya perangai
Quote cubby_qt 2-2-2014 09:12 AM
Tu tembakan amaran..klu tembak terus kebadan.. sure polis kene saman.. bila tembak amaran mcm tu.. penjenayah terlepas pula... ermm.. cian abg polis.. serba salah...
Quote batmana 2-2-2014 09:17 AM
baik btul polis ni.
klu kt amerika, mau 30 das tembakan dilepaskn..
Quote raxief 2-2-2014 09:25 AM
ingatkan yg video polis kejar perompak kat JB tu
Quote edee_91 2-2-2014 09:28 AM
Kereta curi ka?
Quote purpledesire 2-2-2014 09:49 AM
selalu org yg takut dgn sekatan polis nie adalah org yg buat salah..
Quote meya 2-2-2014 10:12 AM
Manalah pergi penyangak2 tuuu..?  Scarylah 😒
Quote meya 2-2-2014 10:13 AM
Apa pun syukur pegawai polis terbabit tak cedera.
Quote Artemesiaa 2-2-2014 10:37 AM
Tak da lesen gaknya
Quote michiko_erza 2-2-2014 11:01 AM
Tak de lesen lari buat pe? Kena tembak kang mula la mak bapak bising salahkan polis. Tak de lesen berenti je la. Kena saman je. Bukan kena hukum gantung pun.
Quote sup@rm@n 2-2-2014 11:04 AM
Ade kes lain kot ni
Quote cubby_qt 2-2-2014 11:07 AM
michiko_erza posted on 2-2-2014 11:01 AM
Tak de lesen lari buat pe? Kena tembak kang mula la mak bapak bising salahkan polis. Tak de lesen be ...

Setuju...

sbb dah ada kes yg xder lesen.. polis tembak.. parent meroyan..

tu kali ni polis bhati2.. pastu penjenayah lak tlepas... jom pakat komplen.. supaya lps ni polis tembak jer yg cuba mlarikan diri ni... polis kan btindak lepas komplen.. erm....
Quote munchkin 2-2-2014 12:01 PM
ni takut sangat apasal? apa kesalahan yang dah dibuat?
Quote kodokbawang 2-2-2014 12:07 PM
cubby_qt posted on 2-2-2014 11:07 AM
Setuju...

sbb dah ada kes yg xder lesen.. polis tembak.. parent meroyan..

tu la masalahnya.....perbuatan barbiee sekor2 ni yg mendatangkan curiga,....ingat ada kes jenayah ke haper...udah bg amaran menonong je depa pecut...last2 larik pun sbb lesen tarak,,,meroyan mak pak....salah saper....
Quote kodokbawang 2-2-2014 12:08 PM
motor mmg selalu mennetang arus ni kalau ada rodblok...kita plak pemandu kete yng susah nak melak keparat2 ni..
Quote FadzilahMamat. 2-2-2014 12:24 PM
Penyagak yang menyusahkan orang. Nasib baik tak menyebabkan kemalangan.
Quote iskans 2-2-2014 12:45 PM
Geng kicap busuk ni....
Quote Dunhill. 2-2-2014 12:55 PM
Pakai pistol lapuk..tu pn bullet tak penuh..berisiko btol...

Sian polis
Quote abgboroi 2-2-2014 01:06 PM
jgn lari sekatan laa...bila polis bertindak dan ada yg mati...mula laa ramai salahkan polis...padahal mmg SOP polis begitu...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059270 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top