CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Rai Cuti Krismas Sambil Berzina Di Surau Spa !

27-12-2013 05:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10913| Komen: 47

Description: Ipoh, 27 Disember : Seorang Pekerja Salun Kecantikan Di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, Di Sini, Yang Dipercayai Melakukan Maksiat Bersama Seorang Lelaki Dicekup Majikannya Dalam Keadaan Tidak Ber ...

Gambar hiasan


Ipoh, 27 Disember : Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian dipremisnya bekerja, awal pagi kelmarin.

Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja  di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.

Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.

“Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya  tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.

“Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta PERODUA Myvi didepan kedai.

Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu  berlarutan sejak lima bulan lalu.

“Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

“Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai  kereta,” katanya.

Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya  mengambil kereta yang ditinggalkan.

Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.

Sejak dua tahun  beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama  pasangan pengantin dan salun rambut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 27-12-2013 07:16 AM
Genius sangat mencelop kat surau..xbau semen ke time dahi idung sujud?   :@
Quote cmf_kunyit 27-12-2013 07:21 AM
Untung ada kunci opis, save dh duit otel..
Quote AbukRokok 27-12-2013 07:25 AM
Pelbagai lelaki? Hoooottttt
Quote pakwetizzaqyah 27-12-2013 07:31 AM
cayalah awek melayu
Quote mommymonster82 27-12-2013 07:36 AM
Dulu my fren..pon sama...
Pekerja indon nye...buat onar dalam kedai...
Smpai ngandung...

Yg sorg lagi..maidnya... Buat hal...
Bawak masuk jantan mlm2 buta ikut pintu dapor...
Nasib xde benda yang hilang..ke kena rompak ke..
Quote yusryimran 27-12-2013 07:44 AM
wahhh agak2 lah nak mencelup pun kat surau pun jadi harus lah kena petir
Quote xtahumenahu 27-12-2013 08:21 AM
bos bisnes pagi.....die bisnes malam....di premis yg same...
Quote tri-max 27-12-2013 08:21 AM
wah bau aromatik spa smbl ngesek...
layan je lh si penzina nih, da 5 bulan wat kerja 'OT' ni baru kena tngkp...
byk bos dia kena bayar OT nih
Quote cikatilia 27-12-2013 08:23 AM
walawehh
whoring kat tempat kerja??

pffff
Quote mrseller 27-12-2013 08:24 AM
PERODUA myvi? Itupun nak citer...
Quote gaara_X 27-12-2013 08:26 AM
Cari duit lebih tot.......
Quote shi_jewel 27-12-2013 08:27 AM
tergamak dia buat benda tu kt surau..
Quote leylapple 27-12-2013 08:27 AM
nie betul2 buat urutan batin di spa...
Quote Psychedelia 27-12-2013 08:39 AM
Maksiat merata2 sekarang ni...
Quote ohsemmm 27-12-2013 08:40 AM
part time beb...part time
Quote nurul_akmar 27-12-2013 08:50 AM
ni bkn bf ni. ni konfem cari duit lebey
Quote myakayina 27-12-2013 08:59 AM
siang2 keje kedai butik kawen dan spa bagai..malam2 pekerja dia main kawen2 plak..
Quote fifie_olin 27-12-2013 09:02 AM
wah2 berkenduri lg
Quote magnus 27-12-2013 09:06 AM
Sgtlah cilako

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top