CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baling Botol Arak Kesurau

16-6-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9514| Komen: 27

Description: Sumber Berkata, Perbuatan Tidak Bertanggungjawab Itu Berlaku Apabila Kelapan-Lapan Suspek Minum Arak Di Sebuah Pondok Berhampiran Surau Berkenaan Sebelum Ditegur Seorang Jemaah Surau Yang Sedang Memba ...

TINGKAP Surau D'Palma pecah akibat dibaling botol arak.

Nilai: Tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 23 tahun yang disyaki mabuk ditahan polis selepas melakukan perbuatan khianat dengan merempuh pagar menggunakan van dan merosakkan cermin tingkap Surau D'Palma, Mantin di sini, kira-kira 9.30 pagi semalam.

Sumber berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu berlaku apabila kelapan-lapan suspek minum arak di sebuah pondok berhampiran surau berkenaan sebelum ditegur seorang jemaah surau yang sedang membaik pulih ruang ibadat itu.
Katanya, berikutan marah teguran jemaah itu, kesemua suspek dipercayai mabuk itu masuk ke dalam sebuah sebuah van dan merempuh pintu pagar surau terbabit menyebabkannya rosak.

"Tidak cukup dengan itu suspek turut membaling botol arak dan batu ke arah cermin tingkap surau sebelum menghamburkan kata kata kesat kepada jemaah terbabit.

"Akibat balingan itu, cermin tingkap yang pecah mengenai tangan kiri jemaah berusia 40-an itu dan menyebabkannya cedera," katanya.

Menurut sumber, lima daripada suspek terbabit datang dari Sungai Petani, Kedah bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Apartmen D' Palma, Mantin, hari ini.

"Lima suspek terbabit ditemani tiga lagi saudara mereka minum arak di sebuah pondok berhampiran surau dan apartmen itu sebelum membuat kacau," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tujuh suspek lelaki terbabit positif ganja dan memiliki rekod jenayah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dan mencemarkan tempat sembahyang.

5

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
16

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nobito 15-6-2014 07:46 PM
Pendatang.
Quote alieyrina 15-6-2014 07:57 PM
Bangsa apa ni duk tonggang berjemaah mcm nii...
Quote lasagnaklcc 15-6-2014 08:00 PM
Org sg petani plak tu *tetiba*

Quote kumbang7 15-6-2014 08:02 PM
alieyrina posted on 15-6-2014 07:57 PM
Bangsa apa ni duk tonggang berjemaah mcm nii...

kalau ikut penaakulan, mabuk & arak ni biasanya bangsa yg xberapa nk putih tu je
Quote sepiITUindah 15-6-2014 08:14 PM
sebelum humban kat penjara...mintak ganti rugi
Quote garyura 15-6-2014 08:31 PM
dok sg petani, mabuk2 berjemaah....ciri2 ni rasanya mcm k*l*ng je
Quote nuryakmal 15-6-2014 08:34 PM
Paria betul perangai.
Quote batmana 15-6-2014 09:50 PM
kalau kt indon ni, mampus derang kene..
Quote alinone78 15-6-2014 09:53 PM
Muda2 dah terer mabuk2
Mcmn boleh terselit sorang pompuan
Quote kodokke 15-6-2014 10:00 PM
Bangsa epenie
Quote lavadengar 15-6-2014 10:13 PM
Sabahan...bila mabuk memang cam beruk sakit gigi..

Quote liyamariska 15-6-2014 10:16 PM
mcm bangsat jer perangai, mabuk siap baling2 lak....
Quote jfq 15-6-2014 10:18 PM
Minum sket dah mabuk
lembik tol
Quote sigila 15-6-2014 10:49 PM
lavadengar posted on 15-6-2014 10:13 PM
Sabahan...bila mabuk memang cam beruk sakit gigi..

Istighfar byk2 bang lava.....
Quote lavadengar 15-6-2014 11:05 PM
sigila posted on 15-6-2014 10:49 PM
Istighfar byk2 bang lava.....

Oppss sori sori..silap la..

Bukan sabahan je..sarawakian pun ada join..

Dorang bila mabuk..jahanam dunia wooo..

Quote kumbang7 16-6-2014 09:24 AM
Berang lepas ditegur

Nilai: “Jika marah kerana ditegur sekalipun, marahlah kepada kami dan bukan kepada surau. Perbuatan mereka (suspek) begitu biadab kerana membaling botol arak ke rumah Allah ini,” kata Imam Surau Raudatul Solihin Sulaiman Mohamad, 51, dari Apartmen Sri Palma, Mantin, di sini, semalam.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan perbuatan biadab tujuh lelaki berusia 20 hingga 23 tahun yang membaling batu dan botol arak ke surau berkenaan selepas dipercayai berang ditegur kerana minum arak berhampiran surau itu, kelmarin.


Sulaiman berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu dia dan rakannya, bekas pengerusi surau, Zaimi Buofan, 50, dan ditemani anak, Nor Mohamad, 4, menyiapkan pembinaan tambahan ruang solat wanita di surau terbabit.

Katanya, keadaan kurang menyenangkan apabila tujuh lelaki tidak dikenali berteduh di sebuah pondok awam terletak 50 meter berhampiran surau berkenaan.


“Selepas masuk ke pondok itu, saya lihat semua mereka minum arak dan menyuruh rakan (Zaimi) menegur perbuatan itu, namun tidak disangka mereka bertindak agresif dengan menyerang surau ini,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurut Sulaiman, tujuh suspek terbabit kemudian menaiki sebuah van dan melanggar pagar surau menyebabkannya kemek sebelum dua daripada mereka membaling beberapa botol arak ke kawasan surau.

“Ketika itu keadaan menakutkan apabila semua suspek cuba memasuki kawasan surau hingga saya dan Zaimi menghalang kerana mereka dalam keadaan mabuk.


“Namun, mereka kemudian membaling pula batu mengakibatkan tingkap di surau ini pecah,” katanya.

Sulaiman berkata, anak rakannya itu juga hampir terkena botol arak dilempar suspek menyebabkan dia membawanya ke sebuah pokok berhampiran.

Sumber polis berkata, pihaknya sudah menahan ketujuh-tujuh suspek yang disyaki terbabit dalam insiden merosakkan harta benda awam itu dan mereka direman bermula semalam hingga Jumaat ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lima suspek datang dari Sungai Petani, Kedah berikutan mahu menghadiri perkahwinan saudara-mara mereka di apartmen berkenaan, semalam.

“Ujian air kencing dilakukan mendapati lima suspek positif ganja dan memiliki rekod jenayah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Abdullah Roning menafikan kejadian itu membabitkan isu perkauman atau keagamaan sebaliknya berpunca akibat salah faham.

“Kami anggap ini kes terpencil dan selesai dengan penahanan semua suspek terbabit. Polis berharap kes ini tidak dimanipulasi mana-mana pihak kerana jelas tidak membabitkan isu keagamaan dan perkauman,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana merosakkan rumah ibadat dan Seksyen 455 kanun sama kerana menceroboh.
Quote a_gen2 16-6-2014 09:27 AM
lavadengar posted on 15-6-2014 11:05 PM
Oppss sori sori..silap la..

Bukan sabahan je..sarawakian pun ada join..

bukan hindu ke?  Tak tahu pulak org2 Sungai Petani ada org Sabah?

Quote aiskrimvanilla 16-6-2014 09:29 AM
kalo melayu sunni... memang macam haram perangai

kalo yenna.... arak dan yenna berpisah tiada
Quote Loxlaxman 16-6-2014 09:41 AM
Apa lagiiii ... puak kasta rendah laaaaa....

Last edited by Loxlaxman on 16-6-2014 09:46 AM

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.067689 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top