CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bengang Hutang Tak Dibayar, Buat Upacara Ilmu Hitam Depan Rumah Penghutang

13-10-2021 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5066| Komen: 17

Description: Hanoi – Aksi seorang wanita membakar makanan yang disediakan dalam upacara memanggil makhluk ghaib di hadapan rumah seorang individu yang dipercayai berhutang dengannya menjadi tular di media sosial ...
Hanoi – Aksi seorang wanita  membakar makanan yang disediakan dalam upacara memanggil makhluk ghaib di hadapan rumah seorang individu yang dipercayai berhutang dengannya menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.


Menerusi satu klip video yang tular,  wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai H,  dilihat memakai  gaun putih dan datang ke sebuah rumah bersama rakan-rakannya.

Dia turut membawa emas, bunga dan makanan sebelum membentangkan tikar di hadapan rumah individu yang berhutang dengannya. H kemudian  duduk bersila dan membaca jampi serapah.

Foto: Agensi

Namun, upacara H terhenti apabila beberapa petugas keselamatan datang dan memintanya untuk berhenti berbuat demikian.


“Saya sangat tidak bahagia, saya akan kembali menuntut hutang saya,” jerit wanita itu.

Ketika H menjerit, seorang lelaki dipercayai individu yang berhutang dengannya dilihat bergegas keluar daripada rumah tersebut dan meminta wanita itu supaya pulang.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.

“Jika ingin meminta hutang, seeloknya bukan dengan cara begini. Anda telah membuat persembahan di depan rumah dan menyebabkan kekacauan,” tulis seorang netizen. 

“Ada banyak cara lain, anda tidak seharusnya berkelakuan begitu,” tulis seorang netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kluangman 13-10-2021 11:26 AM
Malaysia dah lama ada. Boleh whatsapp je. hehehehe

Quote addved 13-10-2021 12:21 PM
Kecut penghutang... Aku benci betul orang yang berhutang yang tak reti bayar balik pastu buat kita cam pengemis je bila kita minta bayar balik. Or jenis yang buat dek je sampai ke sudah.
Quote makneng 13-10-2021 01:55 PM
Ini tahap maulana beb.
Ketaq lutuit na..
Quote chinta89 13-10-2021 03:24 PM
teringat cter dammerung... cara halus kutip hutang dia kena tangkap jembalang ke ape dlm hutan sana
Quote nononcrux 13-10-2021 04:39 PM
hahah geram sgt kan mintak cari baik tak nak bayar mintak cara halus la pulak
Quote cruz2 13-10-2021 05:07 PM
Wah! Kalau kat malaysia ni kecut perut terus penghutangnya..silap2 terus keluar rumah pi langsai semua hutang. org malaysia kan ramai yg percaya tahyul2 bomoh2, ilmu hitam gini
Quote squeeze 13-10-2021 05:18 PM
hahahaha...good idea..lpas ni sape2 yg xnk bayar hutang boleh panggil bomoh, bakar kemenyan depan rumah si penghutang tu.
Quote She-Ra 13-10-2021 05:19 PM
mcm menarik jeeeee
boleh try bentang tikar bawak lilin duduk dpn pintu rumah penghutang
mesti dia kecut perut terus byr hutang
mantra tipu2 guna bahasa ibunda yg org tak paham
padahal kita alih bahasa lagu negaraku atau gemilang hahahaaa #cakapje
Quote MissVixen 13-10-2021 05:28 PM
Kesiannya perempuan tu. Dah cuba macam2 cara tapi tak nak bayar hutang... Memang sakit jiwa bila fikirkan.
Quote Buritan 13-10-2021 05:33 PM
addved replied at 13-10-2021 12:21 PM
Kecut penghutang... Aku benci betul orang yang berhutang yang tak reti bayar balik pastu buat kita  ...

Yeppppp... tak pe laa sis Allah ade.. biar Allah lenyek je org mcm ni... tak dia kena lenyek dgn stembroll mgkin anak dia kena musibahh.. aku dulu pun kuat meroyan jugak lps dengo  ceramah hugame aku pegang kata kata ittew.. hanye dgn Allah jeee org yg pedajal kita tak.bolehh larii..

Kita dengo aje.. sudahhh
Quote missus_meow 13-10-2021 05:47 PM
tu dia ... susah sgt nk bayar ...
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 06:41 PM
Hehehehe ohhhh hutang takmo bayar

Kena muntah darah 40 hari 40 malam ko nanti
Quote capiloton 13-10-2021 07:18 PM
ini dah macam kisah dammerung,
guna jin untuk kutip hutang.

boleh buat bisnes tu, jadi along kutip hutang.
tak payah guna samseng, guna hantu raya jer.
kasi sakat anak bini dia.
Quote jas7512 14-10-2021 12:26 AM
Pdn muka yg berhtg..mmg kdg2 buat cara halus bg dia takut..i pun ada yg x byr htg i ...janji nak byr sampai 10 thn berikutnya x byr2 walhal berjubah dan bertdg labuh tu...i halalkan htg dia but utk friendship no more..lantaklah org kata putuskan silaturrahim..bkn ckit2 htg....dahlah suka ckp good2 mcm dia srg je yg alim tapi htg tarak byr
Quote keane.somewhere 14-10-2021 12:48 AM
Dah mereng ke kak????
Quote edayildiz 14-10-2021 08:00 AM
geram sgt agaknya
agaknya laki tu ex dia kot
Quote TomyamPuteh 14-10-2021 08:09 AM
Hidup jgn suka berhutang.Belanja dgn kemampuan diri sudah. Jom gi pasar pagi.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060076 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top