CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Tak Sedar, Budak Autistik Maut 3 Jam Terkurung Dalam Van

13-10-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7516| Komen: 43

Description: Seorang pemandu van berusia 34 tahun ditahan berikutan kematian seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.
Seorang pemandu van berusia 34 tahun ditahan berikutan kematian seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, siasatan awal menunjukkan bahawa suspek telah mengambil mangsa dan sepatutnya menghantar kanak-kanak autistik itu ke pusat jagaan harian di Taman Nusari Aman pada Selasa.

"Bagaimanapun, suspek nampaknya lupa melakukan itu dan pulang ke rumah tanpa menyedari bahawa mangsa masih berada di dalam kenderaan.

"Mangsa tetap berada di dalam van selama tiga jam sejak pukul 2.30 petang dan kemudiannya didapati sudah tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan.


Gambar Hiasan


Tambah beliau, mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar tetapi disahkan meninggal dunia.

Polis menerima laporan sekitar jam 7.45 malam semalam.

Ujar beliau, polis akan memohon perintah reman untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Bedah siasat juga akan dilakukan untuk mengetahui punca kematian. - CARI

Sumber: mStar/The Star


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 13-10-2021 09:13 AM
Allah sedih nye baca berita macam ni..

Quote zehra2 13-10-2021 09:15 AM
sedihnya baca..  dah lama dah  berkurung pun masih ada lg kes kematian cuai mcm ni..
kita balik pd asal ke.. kenapa tak boleh berubah
Quote shernazz 13-10-2021 09:22 AM
Panas wei sejak2 ni
Iols keluar pkl 1 tengahari pung berbahang rasa pipi merah je gituuuu
Takyah pakai blusher dah....

Sedih baca budak2 tertinggal dlm.kete atau van mcm ni....huwaaaa
Quote KIM.K 13-10-2021 09:30 AM
Kuat dugaan anak ni semoga dapat tempat yg tinggi di akhirat
Quote Suchi 13-10-2021 09:47 AM
Ya Allah cuaca sangat panas skrg ni, sian adik tu.
Dia balik sekolah tu kan sepatutnya hantar kat transit tu.
Pusat jagaan harian tu pun takde ke tertanya2 napa tak sampai lagi.
Skrg bebudak PPKI je yg sekolah so acik van pun dah lama tak bawak van sampai lupa ke apa.
Anak iols pun balik sek naik van gak harap tak jd gini.
Tp opkos iols akan tertanya2 kalau tak sampai rumah cam biasa.

Quote cik_sssara 13-10-2021 09:49 AM
Edited by cik_sssara at 13-10-2021 10:52 AM

Memang tak sengaja tapi harap lepas ni parents & penjaga lebih alert.

Budak normal pun dah ramai jadi korban, inikan pulak yang istimewa.

Quote d_anne04 13-10-2021 09:52 AM
kesiannyaa...
Quote saviour_09 13-10-2021 10:02 AM
sekarang panas terik kaw2

tak boleh imagine budak tu berjam2 dalam van

Quote kechikchomel 13-10-2021 10:15 AM
iolss tetiap malam pun tido atas lantai je sebab panas. macam mana la kalau terkurung 3 jam dalam van tu. siang2 pulak tu.
Quote rifaa 13-10-2021 10:23 AM
Ya Allah sedihnya
Quote Nnasda53 13-10-2021 10:35 AM
Sebak betul baca kes2 sebegini.
Kesian budak tu 3jam dalam keadaan cuaca yang panas sekarang.
Quote naina 13-10-2021 10:40 AM
Kesiannya..memang betol sekarang panas nya takleh bincang. Pasang ekon dari lepas maghrib bawa ke subuh. Lepastu jam 8 pagi matahari dah tegak cmtu.
Dah start sekolah ni macam2 la dengar berita tak sedap.
Quote stania83 13-10-2021 10:47 AM
kesiannyaaa..driver tu bakal ada mental illness..mak bapak pon mungkin ptsd..banyak betuk kerosakan kekal di sebabkan kelalaian
Quote mejaputih 13-10-2021 10:52 AM
Allahu... tolong la masing2 alert anak2 ni...at that very time where supposedly he/she shud be...
Quote Cik_jantung 13-10-2021 11:04 AM
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 09:43 PM

..........
Quote uori 13-10-2021 11:43 AM
kenapa kalau driver kena tangkap tapi kalau mak bapak tak kena tangkap?
Quote LoveSungmin 13-10-2021 12:15 PM
uori replied at 13-10-2021 11:43 AM
kenapa kalau driver kena tangkap tapi kalau mak bapak tak kena tangkap?

kan? nampak tak betapa tak adilnya kat situ.. kekdahnya kat Malaysia ni memang dibenarkan bunuh anak sendiri..
Quote aHoi83 13-10-2021 12:38 PM
Kesiannya. Takziah buat family. Kes2 sebegini i tak berani nk cerca. Takot mkn diri.
Quote me12345 13-10-2021 01:51 PM
Adoii..tak sampai hati nk baca news camni...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058647 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top