CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Tipu Di Plaza Low Yat

2-12-2013 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24661| Komen: 144

Description: Tiba-Tiba Saya Dihampiri Oleh Lelaki India Bisu, Memakai Baju Berwarna Merah Hitam Dalam Gambar Di Atas. Dia Menghulurkan Kepada Saya Sekeping Kertas. Kertas Itu Tidak Saya Capai Tetapi Sempat Meluang ...
PENIAGA BANGLADESH DI PLAZA LOW YAT TERPERANGKAP MENIPU PELANGGAN

Kira-kira jam 7 malam semalam, saya bersama kru Penyingkap Fakta, Shahrul Ashraf Salehuddin berada di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk mencari beberapa barangan keperluan komputer.

Kami menaiki tangga bergerak ke tingkat satu.

"Tengok itu, lelaki Melayu sedang bertengkar dengan lelaki Bangladesh," bisik saya kepada Shahrul.

Shahrul sempat menoleh, melihat mereka bertengkar di tengah laluan orang ramai. Beberapa saat kemudian 2 lelaki itu berjalan pantas memintas kami berdua. Sejurus kemudian, lelaki Melayu itu berhenti dan kemudian berbisik kepada saya.

"Lelaki Bangladesh itu menipu saya, tolong," ujarnya ringkas.

Lalu saya pantas mengekori mereka ke satu daripada kedai di bahagian hujung. Saya kemudiaan difahamkan, lelaki Bangladesh itu penyewa 4 lot kedai di tingkat 1, kompleks perniagaan terkemuka terbabit.

Lihat saiz rantai emas dan gelang dipakainya.



Pada awalnya, suara warga asing itu terlalu lantang bercakap dengan lelaki Melayu, saya namakan 'Mohd', 25 tahun.

"Awak punya rantai besar, gelang besar tetapi kepala jangan besar," saya mengingkatkan lelaki Bangladesh terbabit, 'Bai'.

Dia berstatus penduduk tetap Malaysia dan mungkin mengahwini wanita tempatan untuk menetap dan mencari rezeki di negara ini.

Begitulah kelazimannya.

"Sekarang saya bagi sama awak telefon baru, free," katanya kepada Mohd.

Saya berasa sedikit keliru dan menuntut penjelasan agar masalah didepani pelanggan itu mampu diselesaikan.

"Cuba terangkan kepada saya masalah sebenarnya berlaku?," soal saya kepada Mohd.

"Saya menghantar telefon I-Phone 3GS ke kedai dia, lebih sebulan lalu untuk digantikan LCD dan penutup bahagian belakang. Hampir setiap hari saya menghubungi pekerja dia tetapi dikatakan telefon belum siap, sedang dibaik pulih. Selepas menunggu sekian lama, saya datang ke sini, mengambli telefon itu dan balik," jelas pekerja syarikat Ranhill itu.

Mohd membayar RM260 kepada Bai.



"Beberapa hari selepas itu, saya menyedari, terdapat kelainan pada telefon saya. Penutup belakang dikatakan baru tetapi banyak kesan calar. Lalu saya memeriksa imei telefon itu dan dibandingkan dengan imei tercatat di kotak asal. Ternyata kedua nombor siri itu berbeza. Saya datang kembali bertemu dengan dia. Rupanya motherboard telefon ini telah diganti. Asalnya 16 Gb, ditukar kepada 8 Gb," jelas pelanggan berasal dari Selayang, Selangor itu.



Berikut 2 resit ditunjukkan kepada saya.



Bai memasang  telinga, mendengar perbualan kami.

"I-Phone dia (Mohd) 16  Gb dan awak menukar motherboard kepada 8 Gb, jadi awak menipu pelanggan ini, betul?," soal saya secara jelas.

"Ya," dia menjawab, terkedu.

Jawabannya itu didengari oleh puluhan individu berada di sekitar kami.



Saya mendekati Bai dan merenung tepat ke wajahnya.

Jika pada awal pertemuan, penampilan dan suaranya kelihatan dan kedengaran bak singa mengaum kelaparan, tatkala itu perlakuan taukeh terbabit tidak ubah seperti kucing Siam disergah dek tuannya.

"Awak mahu berbincang dengan dia (Mohd), bercakap dengan perlahan. Hormatlah sikit. Kalau mahu lawan kuat suara, suara saya lebih kuat," saya memperingatkannya.

Dia akur.

Saya kemudian mengeluarkan kamera dari dalam beg sandang dan mula merakamkan gambar di lokasi kejadian. Ketika itu lebih ramai pengunjung dan pekerja di plaza itu berkumpul di sekeliling kami.



Tiba-tiba saya dihampiri oleh lelaki India bisu, memakai baju berwarna merah hitam dalam gambar di atas. Dia menghulurkan kepada saya sekeping kertas. Kertas itu tidak saya capai tetapi sempat meluangkan beberapa saat membaca kandungan nota ditulis tangan itu.

'Dia selalu repair, tipu customers'.

Ramai lelaki Cina bertugas di sekitar gerai Bai hanya melihat sambil membisu sahaja.

"Sekarang saya sudah tukar balik motherboard kepada 16 Gb, kos repair tidak perlu dibayar, free," ujar Bai sambil menghulurkan telefon I-Phone kepada Mohd.



"Ini bukan pasal awak tidak mengambil upah membaik pulih telefon. Masa tinggal di Bangladesh, awak mungkin hidup susah, apabila diberikan kebebasan serta peluang berniaga di Malaysia, awak menipu pelanggan," kata saya kepadanya.

"pekerja dia berbadan besar itu langsi gila sebelum ini," Mohd mengadu.

Saya memandang lelaki dimaksudkan. Bertubuh besar tetapi wajahnya kelihatan tidak ubah seperti wajah bayi baru dilahirkan ke dunia.

"Saya warganegara Malaysia, ini negara saya. Kalau awak rasa, orang Malaysia boleh dipermainkan, sila. Saya mahu tengok," saya memberitahu pekerja terbabit.

Dia tunduk.

Saya kemudian merakamkan gambar satu daripada 3 lot kedai disewakan kepada Bai. Ramai pekerja warga Bangladesh dan Pakistan kelihatan berdiri tercegat di sekitar kami tetapi tiada pula antara mereka berani campur tangan. Walhal ketika itu, saya hanya bersama Shahrul, cuba membantu individu tidak pernah kami kenali sebelum itu.



"Saya pun tidak pasti berapa ramai bilangan pelanggan awak tipu sebelum ini," kata saya kepada Bai.

Dia hanya mendiamkan diri.

Kira-kira setengah jam kemudian, setelah mengucapkan terima kasih, Mohd beredar dari premis itu sambil mengenggam telefon bimbitnya, separuh gembira.

"Di sini ramai orang Bangladesh, Pakistan berniaga dan bekerja terutama di tingkat tiga. Kami pun kurang pasti status mereka samada pemilik dokumen perjalanan sah dan permit kerja atau sebaliknya," bisik peniaga Cina petah berbahasa Melayu.

3 lagi lot kedai disewa oleh Bai terletak di aras sama.



Melihat riak wajahnya, saya dapat menjangkakan, lelaki Cina itu serta peniaga warga tempatan lain sudah terlalu jelak dengan lambakan warga asing di plaza terbabit. Justeru molek sekiranya, penguat kuasa Jabatan Imigeresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu plaza sama sekaligus memeriksa status dokumen perjalanan puluhan pekerja kini berlagak bak  taiko, 'abang besar'.

Untuk tidak ditipu, berhati-hati apabila membeli barangan di Plaza Low Yat. Tidak perlu berkunjung ke kedai disewa oleh warga asing, tambahan pula ke kedai Bai.



Saya pasti 100%, hanya Bai sahaja memakai gelang tangan, rantai dan loket sebesar itu.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 1-12-2013 06:42 PM
apasal bodo sgt tak pi report polis, tribunal pengguna dan harian metro? kasik gegar maa.....!
Quote kegimaru 1-12-2013 07:04 PM
bangla pn leh sng cari mkn kat low yat
Quote NBH 1-12-2013 07:19 PM
ceh. bangla ka pakistan ka apek cina bukit ka semua sama saja kat lowyat tu. baik hati2 kalau pegi situ.
Quote solstice 1-12-2013 07:20 PM
Vavis betullah
Bngla pon naik lemak kalu diberi muka
Org melayu ni sopan sgt
Quote miss_pooh 1-12-2013 07:22 PM
kalau p low yat memang x kan ku jejak kedai2 caprut bangla dan sekutu awang hitam yang sewaktu dengannya...nak poket selamat bek p kedai yang tertera besar gedabaq SAMSUNG, ASUS, TOSHIBA etc...membe penah kena tipu beli laptop seken hand..balik cucuk pendrive terus laptop blank..bangla caprut penipu
Quote Acong 1-12-2013 07:25 PM
aku beli thumbdrive cap ayam... RM15 utk 32GB..... transfer rate cuma 1.5mb/s
Quote taikor 1-12-2013 07:30 PM
Kasi masuk rekod jenayah lepas tu hantar balek Bangla lagi baik
Quote rdzaccess 1-12-2013 07:42 PM
Bukannya pegawai penguatkuasa tak tahu lambakan species ni ... tetapi sifat patriotik kenegaraan mereka itu .... harus dipertikaikan ... Di mana letaknya kedaulatan undang undang dalam diri mereka?
.

Quote ringcat 1-12-2013 07:43 PM
tulis kat TV3 hantar skuad 999 masuk TV3.

pasti DBKL etc kepanasan.
Quote AHMADVW 1-12-2013 07:44 PM
mesti ahlul amnu

vara kicin spesis
Quote ifanonline 1-12-2013 07:45 PM
pada pendapat aku, melayu kena boikot low yat...cina sana banyak jual brg tipu...
Quote TuntungReturn 1-12-2013 08:08 PM

aku beli laptop ari tu bangla jugak yg uruskan,time tu aku pakai cm buruh kontrak "sir,u want install yahoo msgr?skype? only rm60!",,,jadahnye bende tu leh install free,,
Quote rawahah 1-12-2013 08:13 PM
bangla2 low yatt tu samseng penipu kurang aja! ada ke patut kalau kita tak jadi beli dia follow satu bangunan .. sebijik mcm indon bandung caprut..
Quote lavacoffee 1-12-2013 08:17 PM
mazidul eksyen je lebih.... tapi penakut..

blur kan gambar bangla tu...

takut bangla saman ke Dul..??

Quote arianakhalid 1-12-2013 08:22 PM
tak payah nak menjerat leher shopping gadjet kat low yatt tu.. melainkan outlet yg ada brand macam samsung atau sony
Quote solstice 1-12-2013 08:26 PM
Selamanya melayu caprut kena tipu
Dah bodoh sgt
Selayaknya lah
Quote bluemenx 1-12-2013 08:32 PM
yg bdoh org tempatan..bayangkan datang jauh2 dari bangladesh, boleh control satu lowyatt tu
kalau akulah kena tipu..situ gak aku letup bangla tu.. Last edited by bluemenx on 1-12-2013 08:35 PM

Quote chaintea 1-12-2013 08:36 PM
Wah..low yat plaza pon dijajah oleh mereka...
Dahsyat..menular..
Quote roy3 1-12-2013 08:37 PM
Geng2 bodoh prominen ngan rasis umno

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.105739 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top