CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomoh Ambil Semua Barang Kemas Untuk Buang Sihir Dipenjara 8 Bulan

7-10-2021 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3657| Komen: 10

Description: Seorang bomoh lelaki dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyalahgunakan barang kemas bernilai lebih RM20,000 milik seorang peniaga nasi kukus yang ...
Seorang bomoh lelaki dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyalahgunakan barang kemas bernilai lebih RM20,000 milik seorang peniaga nasi kukus yang diserah untuk 'dibuang sihir' pada Ogos lepas.


Majistret Sarulatha Paramavathar menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Izwan Mohd Ahmid, 34, dan memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 5 Oktober lalu.

Mohd Izwan yang digelar 'Tok Wan' didakwa menyalahgunakan harta bukan miliknya iaitu 24 jenis barang kemas emas bernilai RM22,910 yang diserahkan seorang lelaki untuk tujuan rawatan.


Kredit foto: Bernama

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Rantau Panjang, Jalan Kapar dekat sini, pada 9.21 pagi, 21 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan dengan sebatan dan boleh juga didenda.


Berdasarkan fakta kes, mangsa menghubungi 'Tok Wan' pada 21 Ogos selepas disyaki mengalami gangguan misteri.

Tok Wan kemudian ke rumah mangsa bersama penolongnya dan meminta semua barang kemas milik keluarga mangsa atas alasan mahu 'membuang sihir' pada barang kemas tersebut dan mangsa yang mempercayainya menyerahkan kesemua barang kemas itu.

Pada 21 Sept tertuduh sekali lagi ke rumah mangsa dengan membawa satu punjut kain berwarna kuning yang dikatakan mengandungi barang kemas milik keluarga mangsa dan diberi arahan agar membukanya selepas 10 hari.

Bagaimanapun, mangsa membuka punjut tersebut pada 28 Sept dan mendapati barang kemas yang terdapat di dalamnya adalah berbeza dan tiruan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur'ain Madihah Zulkifl memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal, namun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung isteri dan empat anak selain menghidap penyakit darah tinggi dan masalah prostat.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 7-10-2021 11:10 PM
Ader lagi makhluk yang mintak bantuan bomoh di abad ke21. Kalau pun bukan bomoh kelentong bak citer doremi, tatau ker saka bomoh tuew akan mengikut balik rumah dan buat pasal pulak dengan keturunan? Nieyh sumer syikin!
Quote None68 7-10-2021 11:24 PM
Dua2 xbetul..poyo btol
Quote Cik_jantung 8-10-2021 04:03 AM
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 08:04 AM
AnnaSendin replied at 7-10-2021 11:10 PM
Ader lagi makhluk yang mintak bantuan bomoh di abad ke21. Kalau pun bukan bomoh kelentong bak citer  ...


...........
Quote AnnaSendin 8-10-2021 11:09 AM
Cik_jantung replied at 8-10-2021 04:03 AM
Walaupun syikin masih ada yg percaya.. betul2 takleh nk percaya.. jadah.. tengok badan pun xleh pe ...

Iols banyak buat dosa tapi nak buat sesi konsultasi dengan bomoh nieyh taklah. Dosa tak terampun. Seksa dunia dan di sana. Dibuatnya bomoh tuew suruh salah satu saka heols ikut, terjerit2 lah iols pagi petang siang malam.
Quote noor2 8-10-2021 11:25 AM
Yg gemok ni ke bomoh tu........
Quote any42 8-10-2021 12:35 PM
muda2 bomoh skrng
Quote Fortiori02 8-10-2021 12:54 PM
noor2: Yg gemok ni ke bomoh tu........

Tengok gambar tu macam iya je, sihat walafiat cukup makan bomohnya ya. Brp ramai la yg dah kena tipu agaknya.
Quote Fortiori02 8-10-2021 12:56 PM
AnnaSendin: Ader lagi makhluk yang mintak bantuan bomoh di abad ke21. Kalau pun bukan bomoh kelentong bak citer doremi, tatau ker saka bomoh tuew akan mengikut ba ...

Ramai je sis, pantang tak sehat sikit, terus pi jumpa bomoh, 'ustad'
Quote Fortiori02 8-10-2021 12:59 PM
Anak dah 4, ada sakit macam2 pulak tu, tobat la & buat keje halal.
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 01:46 AM
Bomoh temberang tak main dahh 5 hengget, 3 hengget, 2.50...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.059101 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top