CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nana Sheme Teringin Jadi Pelakon, Masuk Kelas Takut Dikutuk Kayu

7-10-2021 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4093| Komen: 16

Description: Selepas beberapa tahun bergelar penyanyi, Nana Sheme bertekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dan mencari pengalaman dalam bidang lakonan.
Selepas beberapa tahun bergelar penyanyi, Nana Sheme bertekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dan mencari pengalaman dalam bidang lakonan.

Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 26, berkata dia sudah lama menyimpan hasrat ingin menceburi bidang lakonan namun masih belum diberikan peluang.



Foto: IG
"Saya cuma nak try something new, lama dah ingin nak berlakon dari dulu tapi tidak ada keberanian.

"Setakat ini tidak ada lagi tawaran berlakon sebab belum cukup ilmu. Kalau tak cukup ilmu saya memang tak berani lagi nak cuba.

"Saya ada tanya nak ikut kelas lakon kak Nabila Huda tapi ketika itu sudah penuh, sekarang ramai juga cadang ambil kelas lakonan lain," katanya kepada mStar.




Ujar penyanyi Hantu Atau Buaya ini, dia tidak menganggap gelaran penyanyi menjadi tiket mudah untuk dia menceburi dunia lakonan.

Sebaliknya, dia mahu bermula dari bawah dan melihat perkembangan kerjayanya dalam bidang tersebut.



"Bagi saya kalau boleh, saya nak perjalanan saya dari bawah, perlu tahu do's and dont's.

"Bukan sebab ada nama terus nak masuk dalam bidang lakonan. Mungkin kalau ada peluang mudah itu mungkin rezeki. Kalau boleh saya nak elak sekadar nama tapi tak ada bakat.

"Saya nak cuba watak sampingan je dulu kalau diberi peluang, tak nak nanti orang kata ada nama tapi kayu berlakon. Bukan sebab ada nama tiba-tiba nak jadi watak utama," ujarnya.



Dalam perkembangan kerjaya nyanyian, Nana berkata dia sedang menyiapkan sebuah lagu baharu dan berkolaborasi dengan salah seorang penyanyi lelaki.

"Alhamdulillah bidang nyanyian ok je, masih ada rezeki dan makanan atas meja tapi tak ada event.



"So saya tak putus semangat, so tak semestinya tak menyanyi tak boleh nak buat duit. Saya pun ada lagu baru akan duet dengan artis lelaki malaysia.

"Saya tidak terfikir untuk tukar profesion disebabkan susah nak cari makan. Saya cuma nak lebih sikit mencuba sesuatu yang baru," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 7-10-2021 09:41 AM
Eskius me sapa pompuan ni?
Last ai nampak nama ni di porum few years ago

Pelakon? You're not that pretty pun


Toksah la menambahkan tibaiunta
Quote bakingsoda 7-10-2021 11:05 AM
supporting? jd watak extra instahanat buat gangguan ditempat awam sbb bingit ber igs masa watak utama tengah dating boleh la
Quote ais_kosong 7-10-2021 11:25 AM
trexxxxxi replied at 7-10-2021 09:41 AM
Eskius me sapa pompuan ni?
Last ai nampak nama ni di porum few years ago

kejamnya ampa...
trex trex sungguh keras hati hang
Quote EncikRhoma 7-10-2021 12:45 PM
wujud lagi nana shemale ni
Quote trexxxxxi 7-10-2021 02:29 PM
ais_kosong replied at 7-10-2021 12:25 PM
kejamnya ampa...
trex trex sungguh keras hati hang

Dah tu? Kaka ice tengoklah sendiri komen baru bape ketoi

Nampak sangat shenduuuu

Cc @Acikgomen kenai tak ni sapa?
Quote ais_kosong 7-10-2021 02:41 PM
trexxxxxi replied at 7-10-2021 02:29 PM
Dah tu? Kaka ice tengoklah sendiri komen baru bape ketoi

Nampak sangat shenduuuu

iols kenal sheols lagu nak jadi buaya apa
Quote Acikgomen 7-10-2021 03:45 PM
trexxxxxi replied at 7-10-2021 02:29 PM
Dah tu? Kaka ice tengoklah sendiri komen baru bape ketoi

Nampak sangat shenduuuu

Kenai ekekekekekek
Acik penah bagi job kat heshe utk dinner show kat saloma zaman before kobid
Caner chuols tau neh
Quote Parit.Hilton 7-10-2021 03:47 PM
sorry diknon. tak comel
Quote smeetasmitten 7-10-2021 04:10 PM
7 tahun jadi artis 1 je lagu dia
Quote trexxxxxi 7-10-2021 05:05 PM
Acikgomen replied at 7-10-2021 04:45 PM
Kenai ekekekekekek
Acik penah bagi job kat heshe utk dinner show kat saloma zaman before kobid:lo ...

Kahkahkah gittewww acik kantoi
Memandangkan acik kenai.. kalau sheol berlakon acik rasa kayu dak? Tapi dia besher2 ja acik
Quote dudaberhias 7-10-2021 05:09 PM
Dah tak laku ler tu jadi founder je lah dik oiii dah tentu kaya, jadi retis? Kalau popular tinggi la bayaran, kalau rupa cenggini RM500 pun belum tentu orang nak bagi
Quote wallflower 7-10-2021 05:23 PM
Sy ok je dgn dia ni. Terpulanglah mahu jadi apa. Mahu jadi hantu. Mahu jadi buaya. Cuma santai ya.
Quote Acikgomen 7-10-2021 05:45 PM
dudaberhias replied at 7-10-2021 05:09 PM
Dah tak laku ler tu jadi founder je lah dik oiii dah tentu kaya, jadi retis? Kalau popular ting ...

Memang murah pun
Acik tanak la bukak citer bape rate dia. Masa acik bagi job tu lagu boya2 tu tgh kumandang kat radio. Tapi masa tu pun kira murah la
Si nab sora tupai tu pun mahai lagi
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 09:53 PM
Terpulanglah mau jadik apa
Mau jadik penyanyi mau jadik pelakon
Quote eely_shana 7-10-2021 10:38 PM
baguslah kalau betul2 nk mendalami ilmu lakonan
Quote Manjalalu 8-10-2021 02:20 AM
Oooo... Tak payah kott

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.051500 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top