View: 3481|Reply: 16
|
Nana Sheme Teringin Jadi Pelakon, Masuk Kelas Takut Dikutuk Kayu
[Copy link]
|
|
Selepas beberapa tahun bergelar penyanyi, Nana Sheme bertekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dan mencari pengalaman dalam bidang lakonan.
Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 26, berkata dia sudah lama menyimpan hasrat ingin menceburi bidang lakonan namun masih belum diberikan peluang.
Foto: IG
"Saya cuma nak try something new, lama dah ingin nak berlakon dari dulu tapi tidak ada keberanian.
"Setakat ini tidak ada lagi tawaran berlakon sebab belum cukup ilmu. Kalau tak cukup ilmu saya memang tak berani lagi nak cuba.
"Saya ada tanya nak ikut kelas lakon kak Nabila Huda tapi ketika itu sudah penuh, sekarang ramai juga cadang ambil kelas lakonan lain," katanya kepada mStar.
Ujar penyanyi Hantu Atau Buaya ini, dia tidak menganggap gelaran penyanyi menjadi tiket mudah untuk dia menceburi dunia lakonan.
Sebaliknya, dia mahu bermula dari bawah dan melihat perkembangan kerjayanya dalam bidang tersebut.
"Bagi saya kalau boleh, saya nak perjalanan saya dari bawah, perlu tahu do's and dont's.
"Bukan sebab ada nama terus nak masuk dalam bidang lakonan. Mungkin kalau ada peluang mudah itu mungkin rezeki. Kalau boleh saya nak elak sekadar nama tapi tak ada bakat.
"Saya nak cuba watak sampingan je dulu kalau diberi peluang, tak nak nanti orang kata ada nama tapi kayu berlakon. Bukan sebab ada nama tiba-tiba nak jadi watak utama," ujarnya.
Dalam perkembangan kerjaya nyanyian, Nana berkata dia sedang menyiapkan sebuah lagu baharu dan berkolaborasi dengan salah seorang penyanyi lelaki.
"Alhamdulillah bidang nyanyian ok je, masih ada rezeki dan makanan atas meja tapi tak ada event.
"So saya tak putus semangat, so tak semestinya tak menyanyi tak boleh nak buat duit. Saya pun ada lagu baru akan duet dengan artis lelaki malaysia.
"Saya tidak terfikir untuk tukar profesion disebabkan susah nak cari makan. Saya cuma nak lebih sikit mencuba sesuatu yang baru," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
supporting? jd watak extra instahanat buat gangguan ditempat awam sbb bingit ber igs masa watak utama tengah dating boleh la |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya ampa...
trex trex sungguh keras hati hang
|
|
|
|
|
|
|
|
wujud lagi nana shemale ni |
|
|
|
|
|
|
|
ais_kosong replied at 7-10-2021 12:25 PM
kejamnya ampa...
trex trex sungguh keras hati hang
Dah tu? Kaka ice tengoklah sendiri komen baru bape ketoi
Nampak sangat shenduuuu
Cc @Acikgomen kenai tak ni sapa? |
|
|
|
|
|
|
|
iols kenal sheols lagu nak jadi buaya apa |
|
|
|
|
|
|
|
trexxxxxi replied at 7-10-2021 02:29 PM
Dah tu? Kaka ice tengoklah sendiri komen baru bape ketoi
Nampak sangat shenduuuu
Kenai ekekekekekek
Acik penah bagi job kat heshe utk dinner show kat saloma zaman before kobid
Caner chuols tau neh |
|
|
|
|
|
|
|
7 tahun jadi artis 1 je lagu dia |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 7-10-2021 04:45 PM
Kenai ekekekekekek
Acik penah bagi job kat heshe utk dinner show kat saloma zaman before kobid:lo ...
Kahkahkah gittewww acik kantoi
Memandangkan acik kenai.. kalau sheol berlakon acik rasa kayu dak? Tapi dia besher2 ja acik |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak laku ler tu jadi founder je lah dik oiii dah tentu kaya, jadi retis? Kalau popular tinggi la bayaran, kalau rupa cenggini RM500 pun belum tentu orang nak bagi |
|
|
|
|
|
|
|
Sy ok je dgn dia ni. Terpulanglah mahu jadi apa. Mahu jadi hantu. Mahu jadi buaya. Cuma santai ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Terpulanglah mau jadik apa
Mau jadik penyanyi mau jadik pelakon |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah kalau betul2 nk mendalami ilmu lakonan |
|
|
|
|
|
|
| |
|