CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya dengar suara Nabil nazak – Ibu

26-5-2024 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12798| Komen: 58

Description: Ibu kepada Allahyarham Nabil Mentor, Fatimah Abdullah memaklumkan anaknya mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat sejak subuh sebelum menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Ibu kepada Allahyarham Nabil Mentor, Fatimah Abdullah memaklumkan anaknya mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat sejak subuh sebelum menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Fatimah berkata, menantunya Adelia Citra Hapsari terus menghubunginya selepas melihat kesihatan Nabil dalam keadaan tidak baik.

“Sewaktu Nabil mahu solat subuh, isteri maklumkan keadaannya sudah mula nampak tidak baik dan mengalami kekejangan. Jadi, dia terus hubungi saya.

“Ketika sedang bercakap, saya ada dengar suara Nabil seolah-olah sudah nazak. Kemudiannya, kami terus hubungi ambulans dan arwah dibawa ke hospital dalam masa 30 minit kemudian.

“Kalau diikutkan arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, pukul 9.15 pagi tadi, namun keadaannya sudah mula merosot sejak di rumah,” katanya.

Ditanya keadaan kesihatan Allahyarham Nabil, anaknya tiada sebarang penyakit selain mengadu sakit perut beberapa bulan lalu.


“Kalau diikutkan, arwah memang sihat dan tiada masalah kesihatan yang kritikal. Arwah juga selalu aktif terutama ketika bekerja. Kadang-kadang sampai lewat malam, jadi dia pun selalu tidur lambat.

“Sebelum ini, arwah ada mengadu sakit sikit-sikit termasuk di bahagian perut sejak dua atau tiga bulan lalu.

“Namun, perkara tersebut datang pada masa tertentu sahaja. Jadi, sekarang kami tengah tunggu ‘post-mortem’ daripada unit forensik,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Fatimah tidak melihat sebarang perubahan terhadap anaknya walaupun rakan-rakan Nabil sedar arwah menjadi lebih pendiam.

“Kawan-kawan cakap, arwah banyak berdiam tetapi saya tidak nampak apa-apa sebab arwah masih berborak dengan saya.

“Namun, saya pernah terdetik bagaimana kalau Nabil sudah tiada nanti.

“Saya berfikir apa akan jadi dan siapa akan jaga anak-anak yang masih kecil. Saya tak tahu kenapa boleh terfikir sebegitu, macam tiba-tiba sahaja ia datang,” jelasnya.

Pagi tadi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian Nabil yang juga merupakan Naib Juara dalam program realiti Mentor musim pertama.

Allahyarham Nabil yang juga anak kedua daripada empat beradik, bekerja di Unit Pembangunan Kandungan Bahasa Melayu Astro sejak lima tahun lalu.

Dalam karier nyanyiannya Nabil pernah menghasilkan satu album, Dari Jauh pada 2006 dan antara single nyanyiannya seperti Hati Ini, Hey Emma, Dari Jauh, Beku, Selangkah (OST Aladdin) dan Kenangan Lama (OST drama Ijab Kabut).

Bagi karier lakonan pula, dia pernah membintangi drama Seribu Erti pada 2007, Kerana Kirana 2 (2008), Kamelia Katrina (2009) dan Ijab Kabut (2022), selain filem Aladdin dan Boboiboy Movie 2 sebagai Kapten Kaizo (2019).

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua anak. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 26-5-2024 06:56 PM
Kesiannya
Tapi sakit perut merupakan Salah Satu tanda ya .
Iols kena pneumonia masa January lepas mmg doc cakap sakit perut Salah Satu tanda sakit jantung sebab iols masa tu sakit dada dan check ECG okay Saja
Iols ckp la maybe Saya Ada tanda2 sakit jantung kot...haha..
Tapi doc cakap Bukan sakit dada Saja tandanya sakit jantung...
Quote phalanx 26-5-2024 07:00 PM
Dia bukan sakit perut tu tanda2 sakit jantung, patients/org awam kdg2 tak dpt beza sakit perut/pedih hulu hati/sakit dekat septum tu. Area dia lebih kurang. Untuk mudahkan awareness,  doktor cakap je kalau sakit perut yg bukan sebab terberak/cirit/gastrik, buat je ecg. Check jantung.
Quote Supersirap 26-5-2024 07:36 PM
Salam takziah
Quote Lula2 26-5-2024 07:43 PM
Ya jangan anggap sakit perut tu gastrik.
Kawan I permah kena juga. Kalau sakit perut dan ada cold sweat, kepala basah tu, cepat2 ke hospital. Itu tanda paling besar utk sakit jantung.

I memang terkejut baca tadi.
Semoga Allah ampunkan arwah nabil & dimasukkan ke syurga firdaus.
Quote adlynnz 26-5-2024 07:48 PM
Inalillahi wainna illahirojiun
Quote kaedahnya 26-5-2024 08:19 PM
dia ni protege siapa tah dulu, nora persimpangan dilema kot.
Quote jejaka_hensem 26-5-2024 08:24 PM
phalanx replied at 26-5-2024 07:00 PM
Dia bukan sakit perut tu tanda2 sakit jantung, patients/org awam kdg2 tak dpt beza sakit perut/pedih ...

Tq sis atas info.
Iols kalau sakit perut ke klinik panel,xde check apa pun,bagi ubat n mc jah.dia cakap kalau tak ok,dtg lagi ye esok
Quote aleesyasofia 26-5-2024 09:23 PM
kaedahnya: dia ni protege siapa tah dulu, ...


Ya betul protege nora
Quote Lampuled 26-5-2024 09:35 PM
Dah lain mukanya .. tak kenal tadi, tenung lama² baru ingat. Dia ada vaping or smoking tak?
Quote dagusengett 26-5-2024 10:03 PM
Innalillah
Mak dia rajin share kat socmed nabil and sepupu sepapat nyanyi2
Mmg berbakat depa
Quote jari10 26-5-2024 10:09 PM
Oh sakit perut pun antara simptom jantung..? Teringat anak exboss aku..pun sakit perut, esoknya meninggal
Quote Manusiabesa 26-5-2024 10:15 PM
Nk lbih kurang crita abam.tp abam tu tgh tidur terus direct meninggal. Yg ni dia jaga dlu kan utk subuh.. but still nk lebih kurang, anak kcik2. Harap allah bantu ringankan beban isteri utk masa dpn pling pnting kwangan.

Rsau aku kdg pkir cane klu laki aku mati muda. Aku ni hoswife pultime. Hope sgt jika tkdir gini jugak, aku ni reti la nk start kluar bekerja smula. Tkut kekok je dh lama tggal alam pkrjaan.. i hate keja sbnrya, sbb xmmpu nk facing toxic people, toxic vibe smua tu. Elakkan la ya allh aku xsggup nk kejaaaa. Bg aku mati dlu xpe
Quote babynina30 26-5-2024 10:27 PM
dagusengett replied at 26-5-2024 10:03 PM
Innalillah
Mak dia rajin share kat socmed nabil and sepupu sepapat nyanyi2
Mmg berbakat depa

Apa ig omaknya sista?
His parents divorced ke ?
Sbb pakcik zaman begamba dgn acik lain
Pastu ig kakak dia pon, ada gmbr omak dgn fmly lain pula
Quote stania83 26-5-2024 10:44 PM
--bini dia mesti trauma, sempat nazak dan kekejangan
--nampak badan macam takde le gemuk
--ini kira premature death, mungkin warisi kat anak anak, esp lelaki
--kalau tak cukup tidur penyebab juga kepada masalah jantung especially yg nak menuju ke 40s
Quote soulmatte 26-5-2024 10:46 PM
Manusiabesa replied at 26-5-2024 10:15 PM
Nk lbih kurang crita abam.tp abam tu tgh tidur terus direct meninggal. Yg ni dia jaga dlu kan utk su ...

Sis suruh lah suami ambil hibah..ada jer yg murah bulanan dlm 110...if jd apa2 pd suami at least you ada duit untuk bertahan 2-3 tahun sementara cari kerja
Quote dagusengett 26-5-2024 10:52 PM
babynina30 replied at 26-5-2024 10:27 PM
Apa ig omaknya sista?
His parents divorced ke ?
Sbb pakcik zaman begamba dgn acik lain

Timbigpix
Tiktok you
Ye dah divorce and dua2 remarry as per dlm gambor ler
Quote Manusiabesa 26-5-2024 11:09 PM
soulmatte replied at 26-5-2024 10:46 PM
Sis suruh lah suami ambil hibah..ada jer yg murah bulanan dlm 110...if jd apa2 pd suami at least y ...

Ha ah good idea. Ada shuben penah ckp mmg nk hibah. Alhmdlh dia ada kesedaran. Prepare for the worst. Bkn gila hrta tp jaman now benapas pun nk guna duit nyah. Ko mati masuk tanah ni yg mata tekebil2 ni nk makan kan nyah
Quote liyamariska 27-5-2024 12:07 AM
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Quote Ahriman 27-5-2024 12:24 AM
Innalillah.
Salam Takziah.
Iols baru tau dia VA kapten kaizo dlm boboiboy.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top