CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sepupu cabul sepupu, itu cucu saya – Khadijah Ibrahim

27-5-2024 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14504| Komen: 114


Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim mengakui remaja yang didakwa mencabul sepupu perempuannya di mahkamah Disember tahun lalu merupakan cucunya.

Kata Khadijah, 64, sebenarnya kedua-dua cucunya itu menjalinkan hubungan cinta namun isu menjadi lebih besar apabila ada hasutan luar.

“Budak-budak muda bercinta. Dua-dua itu cucu saya, tidak mungkin satu nak suruh masuk penjara dan satu lagi masuk pusat pemulihan? Tak boleh.

“Masalah tersebut senang sahaja bagi saya, mereka yang cipta dan merekalah yang selesaikan. Bagi saya ini hal kecil.

“Saya sudah siasat apa yang terjadi tetapi itu antara saya dan mereka. Benda ini terjadi pun disebabkan hasutan orang luar, kadang-kadang mereka tidak dapat berfikir dengan baik.,” katanya menerusi temu bual dengan media.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Singapura itu tetap mengendalikan masalah tersebut dengan tenang kerana lebih percaya perancangan yang Allah tetapkan.


“Perkara ini bukan satu benda yang tragis. Ini adalah domestik di antara dua orang bercinta sebab antara sepupu pun boleh jatuh cinta juga.

“Saya tidak kisah (kena tempias) sebab kita semua ada anak dan cucu. Kita perlu kendalikan masalah dengan baik.

“Saya percaya Allah aturkan semua ini, jadi saya tenang sahaja,” jelasnya lagi.

Bagi menyelesaikan kekacauan yang terjadi, Khadijah turut menasihati anak-anaknya untuk kekal positif dengan ujian yang dilalui.

“Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-duanya cucu yang saya sayang.

“Selalu saya cakap dengan anak saya supaya berfikiran positif dan semuanya akan okey.

“Hubungan antara kedua belah keluarga juga sangat rapat dan mereka anggap ini perkara remeh,” tuturnya.

Sebelum ini, seorang remaja lelaki yang juga cucu seorang penyanyi wanita era 70- an didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya berusia 17 tahun Oktober lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga sepupu perempuannya bagi tujuan seksual di sebuah kediaman.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freyayong 27-5-2024 11:56 AM
perkara remeh ke amang seksual fizikal ni... omg
Quote BellaThePrinces 27-5-2024 12:01 PM
dah sampai melibatkan seksual tu perkara remeh kah??

sepupu2 - satu nenek satu atuk tu kira mcm adik beradik...knp nk ada feeling2...kurang kasih sayang kah??
Quote kepompong 27-5-2024 12:02 PM
yg i faham dari artikel, suka sama suka, 2-2 sama umur, pastu dia rasa macam tak adil sorang kena masuk penjara gitu la.

Quote Kancilkering 27-5-2024 12:04 PM
abis bergaduh adik beradik…..anak masing masing buat hal……
Quote alesandra 27-5-2024 12:22 PM
Sampai masuk court remeh katanyehhh
Quote selipar_hijau 27-5-2024 12:25 PM
aku pn dh confuse dengan term² cabul, amang, etc
Quote jiwakacau06 27-5-2024 12:26 PM
knpa pmpuan report klau suka sama suka
Quote jebatmaspunyer 27-5-2024 12:37 PM
BellaThePrinces replied at 27-5-2024 12:01 PM
dah sampai melibatkan seksual tu perkara remeh kah??

sepupu2 - satu nenek satu atuk tu kira mcm adi ...

Kawen sesama sepupu tak haram tapi bab kelakuan seksual sebelum kawen tu yang haram. Sepatutnya kes ni tak dipandang remeh oleh orang2 dewasa dalam family tu.
Quote lilcountess 27-5-2024 12:48 PM
jiwakacau06 replied at 27-5-2024 12:26 PM
knpa pmpuan report klau suka sama suka

mungkin family perempuan tak puas hati. sbb bawah umur, boleh report & yg kena lelaki sahaja walaupun sebenarnya suka sama suka
Quote Madel 27-5-2024 12:49 PM
Dari pengalaman family aku
Jgn la kawen dgn sepupu, kalau boleh elak sila elak kan.
Makcik aku kawen dgn sepupu
Dapat anak2 ermmm semua tak menjadi, dapat cucu semua berpenyakit
Yg betul2 jadi org anak perempuan dia.
Hubungan sedara pun putus sebab pakcik aku tu kaki perempuan, berskandal smpai kena tangkap basah dikala anak perempun nak bertunang.
So tak jadi le bertunang sebab malu.
Smpi la ni pakcik aku tu dipulau  sedara mara.
Quote scarflicious 27-5-2024 12:54 PM
Kena cabul, nenek kata benda r3meh??

Emh..
Quote I.K.A888990 27-5-2024 12:56 PM
aku salah baca ke apa ni
benda remeh? nek benda remeh nek kata?
mmg biasa sgt ke berlaku "benda remeh" ni nek masalahnya
kena tunggu rogol dulu ke baru benda tu tak remeh
ke rogol pun still remeh gak
Quote syamzana 27-5-2024 12:59 PM
bdk2 bercinta pastu sampai nak mengeseks...tu perkara remeh ke??
bercinta sesama sepupu sepatutnya lagi la blh pantau sbb depan mata masing2 bdk2 tu unless korang terlebih urban biar je la apa nak buat. ujung2 report amang seksual.
ke nenek yg terlampau terbuka
Quote rain2169 27-5-2024 01:02 PM
tu la... ingat tadi salah baca..
perkara kecil je katanya....
Quote prettyuglybabe 27-5-2024 01:17 PM
betapa opennya pemikiran family dia..
beromen ngeseks luar nikah pun perkara kecil je..
Quote damian_lee 27-5-2024 01:22 PM
Madel replied at 27-5-2024 04:49 AM
Dari pengalaman family aku
Jgn la kawen dgn sepupu, kalau boleh elak sila elak kan.
Makcik aku kawen ...

ini betul
ada pengalaman yang sama kenalan iols
kawin sepupu
anak2 ada “kekurangan”/“istimewa”
Quote gekkou 27-5-2024 01:23 PM
“Hubungan antara kedua belah keluarga juga sangat rapat dan mereka anggap ini perkara remeh,” tuturnya.


wow!! cabul mencabul itu remeh
hebat keluarga ini
esok2 kalau termengandung anak luar nikah
juga remeh
Quote Madel 27-5-2024 01:39 PM
damian_lee replied at 27-5-2024 05:22 AM
ini betul
ada pengalaman yang sama kenalan iols
kawin sepupu

Anak sulung makcik aku kembar lelaki
masing2 dah kawen dpt anak (cucu makcik aku la)
2 2 cucu sakit jntung berlubang
yg anak lelaki no 3 dari sekolah kaki ponteng,mencuri.
Kalau cuti or hari raya kitorg kumpul umah nenek.Kalau anak2 makcik aku ni ada, nenek aku dah siap2 pesan jaga handbeg brg2 peribadi.Kalau tak mmg ada la yg hilang.
Dah elok kerja polis bantuan gi paw orang awam dgn kad kuasa dia.Lari ke sabah smpai la ni tak balik2 jenguk mak bapak.
Yg kembar Angah tu ikut peel bapak kaki perempuan.Askar tpi duit tak pernah cukup meminjam sana sini.Ada anak luar nikah lagi.
Yg lelaki no 4 jadi tabligh , itu tak boleh ini tak boleh.
Makcik aku smpai depression, smpai nak bunuh diri ooo hadap peel laki n anak2.
Arwah tok aku mmg tak kasi depa sepupu ni kawen tapi pakcikaku tu la ugut2 nak bunuh diri kalau tak kasi kawen.
Quote kaoru44 27-5-2024 01:42 PM
Edited by kaoru44 at 27-5-2024 01:45 PM

mmg nenek ni mgaku sndri ke ada org tnya dia?
scarynya boleh anggap remeh..then knp awl2 buat report?

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041932 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top