CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertahun Menderita Sakit, Wanita Cabut Sendiri 11 Batang Gigi

7-10-2021 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5851| Komen: 68

Description: Seorang wanita yang bertahun-tahun menderita sakit gigi mengambil keputusan untuk mencabut sendiri 11 batang giginya.
Seorang wanita yang bertahun-tahun menderita sakit gigi mengambil keputusan untuk mencabut sendiri 11 batang giginya.

Danielle Watts, 42, dari Suffolk berkata dia terpaksa mencari 'penyelesaian' sendiri kerana mendakwa tidak berjaya mendapat khidmat doktor gigi kerajaan dan dalam masa yang sama dia tidak mampu pergi ke ke klinik gigi swasta.


Danielle berkata dia mengalami kesakitan yang teruk pada gusi sehingga terpaksa mengambil ubat penahan sakit setiap hari.


Foto: Daily Mail

"Saya alami masalah gusi yang teruk selama beberapa tahun kebelakangan ini dan ia menyebabkan gigi saya mulai rosak satu persatu.

"Hinggakan bila saya tekan saja, ia mudah tertanggal. Saya sudah kehilangan 11 batang gigi dan saya rasa akan hilang semua gigi saya," katanya.


Situasi yang dialami ibu kepada dua anak itu bertambah rumit kerana Suffolk merupakan salah satu kawasan yang mengalami masalah kekurangan doktor gigi yang paling teruk di United Kingdom.

"Saya tak menyangka betapa sukarnya untuk dapatkan khidmat doktor gigi kerajaan sehinggalah saya cuba mencarinya. Saya dapat senarai doktor gigi dan telefon kesemuanya, namun tiada yang sudi terima.

"Malah ada yang langsung tak jawab telefon mahupun membalas mesej.

"Ada antara mereka minta saya hubungi semula dalam tempoh empat bulan, tapi apabila saya hubungi, kisah sama berulang," ujarnya lagi. - CARI

Sumber: mStar/Dailymail

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-10-2021 11:21 AM
Ni isu ke ....
Quote KIM.K 7-10-2021 11:44 AM
Ada dentist cabut semua gigi sorang patient. Pt tu hilang berat badan teruk sgt jadi aneroxic
Quote tungkai 7-10-2021 11:58 AM
Saya tak menyangka betapa sukarnya untuk dapatkan khidmat doktor gigi kerajaan sehinggalah saya cuba mencarinya


Aku pernah mengalami time jadi student dulu. Appointment cabut gigi geraham dia set 6 bulan akan datang. Aku dah menggelupur time tu. Nak pegi klinik swasta tak mampu. Hujung2 cabut sendiri. Lepas 6 bulan, diorang call utk confirm. Aku cakap kat nurse tu, takpelah..gigi geraham saya dah cabut pun guna plier. Geraham baru pun dah tumbuh...terus dia letak telepon
Quote dodolgemok 7-10-2021 04:38 PM
tungkai replied at 7-10-2021 11:58 AM
Aku pernah mengalami time jadi student dulu. Appointment cabut gigi geraham dia set 6 bulan akan ...

Cerita kau ni samada cerita tak habis atau cerita sembang babi boleh terbang. Cabut gigi sendiri pakai plier? Kahkahkah!
Quote tungkai 7-10-2021 05:04 PM
dodolgemok replied at 7-10-2021 04:38 PM
Cerita kau ni samada cerita tak habis atau cerita sembang babi boleh terbang. Cabut gigi sendiri p ...

Alah ko ni. Aku saje aje pedajal nurse tu ler....haha
Quote jalfa 7-10-2021 05:10 PM
Sadisnya..bayangkan bertapa sakitnya...uk pon dah jadi pprt mcm negara dunia ke3 ke...btw harap ada klinik sponser gigi pelesu kat dia
Quote sayawifenikmie 7-10-2021 05:54 PM
..... baik lagi Malaysia
Quote anony-mous 7-10-2021 06:01 PM
tungkai replied at 7-10-2021 11:58 AM
Aku pernah mengalami time jadi student dulu. Appointment cabut gigi geraham dia set 6 bulan akan ...

Betul. Klinik gigi kat malaysia pon sama. Bodo suruh dtg lg a few months later. Kwn i kena dah. By that time mesti la dah sakit sgt
Quote anony-mous 7-10-2021 06:01 PM
sayawifenikmie replied at 7-10-2021 05:54 PM
..... baik lagi Malaysia

Malaysia pon sama. Klinik gigi kalau kes mcm ni berbulan2 jgk tggu sbb kwn dah kena
Quote Belibis 7-10-2021 07:13 PM
anony-mous: Malaysia pon sama. Klinik gigi kalau kes mcm ni berbulan2 jgk tggu sbb kwn dah kena

Aku bawa anak,bulan jan lepas.doc buat janji bulan 6,sbb kobid...sampai sekarang,langsung takde berita.mungkin doc dah meninggal kot( sangka baik)
Nengokkan bilik rawatan,kosong jer...atau semua wfh??{:cryrun
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 10:05 PM
Ughhh sakit gigi memang annoying
Quote None68 7-10-2021 11:33 PM
At least Malaysia byk klinik swasta
Quote dodolgemok 8-10-2021 09:20 AM
tungkai replied at 7-10-2021 05:04 PM
Alah ko ni. Aku saje aje pedajal nurse tu ler....haha

Kesian acik nurse tu gelabah tak tentu hala jadinya
Quote dodolgemok 8-10-2021 09:22 AM
anony-mous replied at 7-10-2021 06:01 PM
Betul. Klinik gigi kat malaysia pon sama. Bodo suruh dtg lg a few months later. Kwn i kena dah. By ...

Tak sis, tgok keadaan kesakitan gigi dan kadar keterukan gigi tu. Kalau setakat nak cabut tu on the spot jah boleh cabut melainkan ada bengkak gusi.
Quote dodolgemok 8-10-2021 09:23 AM
Belibis replied at 7-10-2021 07:13 PM
Aku bawa anak,bulan jan lepas.doc buat janji bulan 6,sbb kobid...sampai sekarang,langsung takde be ...

Mana ada klinik wfh dek, cuba lah call balik klinik tu. Patutnya diorang call balik kalau apa2. Ke gi klinik prebet?
Quote tripleid 8-10-2021 09:45 AM
nikmatnya cabut gigi sendiri..perasaan lega bila dah tercabut tu.. fuhhh..mmg heaven
Quote ReginaGeorge 8-10-2021 12:13 PM
Bersyukurlah wahai rakyat malaysia. Bayar jumpa doktor rm1 je..
Quote matamata 8-10-2021 12:22 PM
Kat Malaysia ni walaupun cabut kat private bg aku harga agak patut... Tak pastila kalau kat UK sinun
Quote Belibis 8-10-2021 12:49 PM
dodolgemok replied at 8-10-2021 09:23 AM
Mana ada klinik wfh dek, cuba lah call balik klinik tu. Patutnya diorang call balik kalau apa2. Ke ...

Klinik gomen ler..kalau duit berkoyan,memang pergi prebet.
Wfh tu aku nganjing jer..takkan doc nak cabut gigi kat umah pesakit..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.053827 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top