CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penyanyi Wanita Minta Cerai Talak Tiga Setelah 3 Hari Bernikah – “Dia Tidak Menepati Ciri Saya Nak”

21-5-2024 12:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4453| Komen: 12

Description: Seorang penyanyi kelahiran Indonesia, Ratu Rizky Nabila memaklumkan dia sudah bergelar janda setelah bercerai talak tiga walaupun hanya baru bernikah selama 3 hari.


Seorang penyanyi kelahiran Indonesia, Ratu Rizky Nabila memaklumkan dia sudah bergelar janda setelah bercerai talak tiga walaupun hanya baru bernikah selama 3 hari.

Ujar Ratu, dia meminta cerai dengan suaminya, Ibrahim selepas dua hari berkahwin dan diceraikan pada hari ketiga perkahwinan mereka.

Dia juga menafikan perkahwinan itu adalah gimik semata-mata dan enggan menghurai lanjut mengenai sebab pernikahan tersebut dibubarkan secepat itu.
 
Namun, penyanyi itu ada menyenaraikan tiga hal penting yang perlu ada dalam sesebuah institusi perkahwinan.


"Saya tidak membenarkan apa yang telah saya perbuat. Tapi secara peribadi dan demi Allah saya hanya bisa katakan ada 3 hal penting dalam pernikahan, restu, keterbukaan, dan tindakan dari niat."

Sementara itu, Ibrahim memaklumkan bahawa Ratu mengaku mencintai orang lain dan berniat membatalkan pernikahan pada pagi mereka berdua sah menjadi suami isteri.

Namun dakwaan itu tidak pula dinafikan Ratu Rizky Nabila.

"Ya saya mencintai orang lain, benar itu. Ya, saya minta batal lepas akad pagi, benar itu. Untuk kau Ibrahim, silakan cerita apa lah itu. Tapi bercerita yang full. A B C D Nya!"

Sekadar info, Ratu pernah bernikah kali pertama bersama Alfath Fathier sebelum bercerai. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 21-5-2024 09:16 AM
kejamnya kalau syg org lain tp ko nikah dgn org lain. sis, kesian laki tu sis. nauzubillah.
Quote doubleA 21-5-2024 03:59 PM
Konoha dan pelbagai karenah berpisah tiada. Banyak duit dan masa sangat utk upacara nikah then bercerai
Quote zuuu 21-5-2024 07:11 PM
X pasal laki tu jadi duda lpas 3 hari berkahwin...
Quote Farnor 21-5-2024 07:51 PM
Trisnajelek puji-puji wanita indon penuh keindahan realitinya banyak penipuan.
Quote SalenaGomez 21-5-2024 09:04 PM
zuuu: X pasal laki tu jadi duda lpas ...


Bertambah kesian kalau lelaki tu bujang
Quote anony-mous 21-5-2024 10:47 PM
Baca tajuk dah boleh agk konoha. Teruk sgt konoha ni benda mcm ni buat main2. Isteri sebenarnya lelaki la, prempuan kahwin ramai la.
Quote nisako 23-5-2024 10:38 AM
amboi 3 hari je?
Quote AbukRokok 23-5-2024 11:15 AM
tak sempat nak creetttttttt  
Quote hokeypokey 24-5-2024 06:32 PM
hmm tak kenal.. tapi laki hensem pun kena cerai
Quote primarikey 6-6-2024 07:24 AM
hokeypokey replied at 24-5-2024 06:32 PM
hmm tak kenal.. tapi laki hensem pun kena cerai

Mungkin poketnya tak hensem
Quote hokeypokey 6-6-2024 03:54 PM
primarikey replied at 6-6-2024 07:24 AM
Mungkin poketnya tak hensem

hmmm.. kesiannn..
Quote Yoonggi 7-6-2024 10:06 AM
boleh plak mcm ni. baik x yah kawin la in the 1st place. bkn ke dah kenal sblm kawin ke? patutnya dah tau dah match ke x condition yg dia dah set tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062014 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top