CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tiada Istilah Terburu-Buru Kahwin,"-Elisya Sandha

30-9-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6934| Komen: 25

Description: Tiada istilah terburu-buru apabila memilih menamatkan zaman bujang dalam usia masih muda, malah pelakon Elisya Sandha percaya ada hikmah tersembunyi di sebalik penyatuan cinta yang terjalin sejak di b ...
Tiada istilah terburu-buru apabila memilih menamatkan zaman bujang dalam usia masih muda, malah pelakon Elisya Sandha percaya ada hikmah tersembunyi di sebalik penyatuan cinta yang terjalin sejak di bangku sekolah.


Awalnya, majlis akad nikah Elisya, 22, dan suami, Uzair Haqimy, 25, dirancang akan berlangsung pada Februari, tahun depan. Namun, dipercepatkan enam bulan apabila pasangan itu memilih disatukan sebagai suami isteri pada 21 Ogos lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Pelakon yang berjaya membolosi pencalonan awal bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu mengakui, perkahwinannya dengan anak penerbit terkenal, Sheila Rusly itu mengejutkan ramai pihak.

Foto: IG



Malah, kakaknya, Fasha Sandha sendiri tidak menyangka Elisya akan mendirikan rumah tangga pada usia masih muda.

"Kun Fayakun. Jadilah, maka jadilah... Saya terima ketentuan takdir dan menerima jodoh pada usia muda.

"Namun, tiada istilah terburu-buru atau paksaan dalam menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Saya yakin dengan keputusan yang dibuat. Siapa saya yang mahu menolak takdir yang tertulis.

"Saya percaya tidak salah jika dipercepatkan setiap perkara yang baik. Mendirikan masjid juga digalakkan dalam agama Islam.

"Saya sudah mengenali suami suami sejak di bangku sekolah kira-kira lima tahun lalu. Saya percaya, suami adalah insan terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya," katanya kepada BH Online.



Selepas lebih sebulan menggalas tanggungjawab sebagai isteri, pelakon Pujaan Hati Kanda dan Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu mengakui, sentiasa teruja mengharungi kehidupan berkeluarga bersama suaminya.

"Saya selalu dengar pasangan suami isteri bercakap soal perkahwinan, betapa indah menikmatinya. Kini, saya merasai apa yang diperkatakan.

"Saya sedar memasuki fasa perkahwinan bukannya mudah. Barangkali, mula keluar warna sebenar apabila hidup sebumbung.

"Namun, apa pun, inilah amanah kami suami isteri untuk menjaganya hingga ke syurga.

"Bergelar isteri menjadi satu momen yang indah. Saya sentiasa berdoa bahtera rumah tangga dalam keadaan harmoni dan membahagiakan," katanya.



Malah, Elisya akui, sudah membiasakan diri mencuba pelbagai resipi masakan baharu pada saat melalui era pandemik.

"Bagai ada hikmah tersendiri. Saya ambil kesempatan belajar pelbagai menu masakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Seperti yang sering dimuatkan dalam laman Instagram, saya uji dan cabar diri memasak. Ia bukan hanya untuk menambat hati suami apabila berkahwin, tetapi kepuasan saya juga," katanya.

Soal kerjaya, pelakon drama Hello Jangan Tapau Cintaku itu tetap meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.

Kini, Elisya sedang menunggu memasuki lokasi penggambaran drama Oh My Hantaran arahan Shuhaimi Lua bergandingan dengan MK K-Clique untuk siaran TV3.



"Saya meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada rezeki. Saya yakin rezeki dikurniakan biarpun sudah bergelar isteri.

"Suami tidak pernah menghalang minat dalam meneruskan kerjaya lakonan. Lagipun, suami bekerja dalam bidang yang sama sebagai pengurus produksi.

"Paling utama, sebagai isteri saya harusnya menjaga batasan dan kepercayaan suami," katanya yang merancang mengadakan majlis resepsi di kampung halamannya di Perlis. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bebba 30-9-2021 01:05 PM
Okay have fun with your MIL
Quote AKAZ85 30-9-2021 01:42 PM
Yela.. Kemain bahagia buat video masak2 ngan mil.. Huntung laaaaaa
Quote Cik_jantung 30-9-2021 01:44 PM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 09:56 PM

...........
Quote kucingitam 30-9-2021 02:01 PM
it is up to you...sukati kau la dek...yang menanggung kau, bukan kami..
Quote dewi_rina 30-9-2021 02:18 PM
Lah tak habis lagi citer pasal kawin dia? Takde peliknya lah kawin muda, ramai lagi kawin muda
Quote JohnyEnglish 30-9-2021 02:32 PM
Ni ke CEO tu?ke ada yg lain
Quote LadyCarefree 30-9-2021 05:37 PM
Laki dia aura poyo berlagak to compensate for being a nobody tu sgt kuat.
Quote MoneyMatters 30-9-2021 05:39 PM
LadyCarefree replied at 30-9-2021 05:37 PM
Laki dia aura poyo berlagak to compensate for being a nobody tu sgt kuat.

Kan.. Muka mcm bajet bagus meols pon xminat laki sheols.. Tp xpelah dh dia minat laki gitu hihi.. Janji kau tak sebat laki aku sudah hahah.. Apa pon semoga berbahagia Elisya meskipun I xminat laki u tp I doakan baik2 je utk u
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 10:02 PM
Kalau iol ada rupa macam sheol ni
I'll aim higher
But heyyy all the best
Quote rayna_raynes 1-10-2021 12:34 AM
Asal cerita minah ni pasal jantan
Quote SpyLeman 1-10-2021 12:57 AM
Tak minat pun dia ni tapiniols rasa diabtak seLIAR ahkaknya.. suatu ketika dulu
Quote nordin84 3-10-2021 01:24 PM
MoneyMatters replied at 30-9-2021 05:39 PM
Kan.. Muka mcm bajet bagus meols pon xminat laki sheols.. Tp xpelah dh dia minat laki gitu hihi..  ...

kan.. mcm rupe boned.. kening pun nk bertarah.. sakai
Quote nordin84 3-10-2021 01:25 PM
lakonan dia bagus, suara pn x sedoremon akknye.. kontroversi almost xde.. kecuali lps kawen dikatakan ambik sisa jana nik xnak
Quote innocent_me 3-10-2021 01:28 PM
Ooh ada yg kata dia terburu2 ke?
Meols dah lama suruh dia kawin. Sbb mmg tahap wajib kawin pun.
Lagipun hepi2 je tgk dia n family in laws. So nikmatilah selagi mampu gittew
Quote edayildiz 3-10-2021 02:48 PM
ok lah semoga bahagia..meols kalau jd sheols meols nak cari vvvvvvvip..koserrrr
Quote eely_shana 3-10-2021 06:29 PM
Semoga elisya terus bahagia dgn anak sis
Quote Normabaru 4-10-2021 11:09 AM
LadyCarefree replied at 30-9-2021 07:37 PM
Laki dia aura poyo berlagak to compensate for being a nobody tu sgt kuat.

sesuai lah dgn ES...nama pak hang dgn FS lain..tp demi nk glemer cpt..letak SANDHA kt blkg..tp tetap sendu jua...muka jenis hat mamak2..kelly kuat
Quote pekanwoohoo 4-10-2021 11:35 AM
Ingatkan Fimie Don tadi
Quote LadyCarefree 4-10-2021 05:28 PM
Normabaru replied at 4-10-2021 10:09 AM
sesuai lah dgn ES...nama pak hang dgn FS lain..tp demi nk glemer cpt..letak SANDHA kt blkg..tp tet ...

Oooo dia adik beradik lain bapak?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.053792 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top