CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjual Kaki Lima Kumpul Duit Syiling RM80 Ribu, Beli Kereta Tunai

30-9-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2974| Komen: 13

Description: Jakarta – Seorang penjual di kaki lima di Kota Makassar, Indonesia berjaya membeli kereta idamannya iaitu Toyota Rush secara tunai menggunakan wang syiling hasil simpanan selama empat tahun, lapor Su ...
Jakarta – Seorang penjual di kaki lima di Kota Makassar, Indonesia berjaya membeli kereta idamannya iaitu Toyota Rush secara tunai menggunakan wang syiling hasil simpanan selama empat tahun, lapor Suara.com.


Penjual tersebut, Asriadi Syamsuddin berkata, dia sudah menyimpan niat membeli kereta idamannya itu sejak 2018 dan nekad menabung wang hasil jualannya.

Tambah Asriadi, kebanyakan duit dalam tabungnya adalah wang syiling kerana ia merupakan pemberian pelanggan yang membeli barang jualannya.


Foto: Suara.com

“Tidak terasa sudah empat tahun saya menabung duit syiling ini kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya.

“Apabila saya melihat bekas air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, barulah saya keluarkan dan mendapati bahawa jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah,” kata Asriadi.


Ketika membawa wang tabungan ke bilik pameran kereta Toyota di bandar, para pekerja di sana telah membantu Asriadi mengira jumlah yang diperlukan untuk membeli kereta idamannya.

“Ini satu situasi luar biasa kerana pihak kami tidak pernah menerima pelanggan yang membeli kenderaan secara tunai menggunakan duit syiling.

“Namun, Asriadi membawa wang yang cukup iaitu 271 juta rupiah (RM79,269) untuk membolehkannya memiliki kereta Toyota Rush,” jelas seorang pekerja Toyota, Nur. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nellyberry 30-9-2021 11:32 AM
Kena cuba cara nih la jugak, bank sekarang susah betul nak terima duit syiling.
Mesin syiling tu pun selalu rosak je memanjang.
Quote slyfynx 30-9-2021 11:33 AM
As usual, berita dr seberang = isu semasa skrg ni
Quote CiliPadiSedap 30-9-2021 11:42 AM
slyfynx replied at 30-9-2021 11:33 AM
As usual, berita dr seberang = isu semasa skrg ni

sumpahan tempe bakso - madu jusa c minus rupiah
Quote Buritan 30-9-2021 11:45 AM
nellyberry: Kena cuba cara nih la jugak, bank sekarang susah betul nak terima duit syiling.Mesin syiling tu pun selalu rosak je memanjang.


Yep.. aku skrg kalo brli barang rm14.50.. aku bayo rm10 keetas dan rm4.50 syiling..
Quote Cik_jantung 30-9-2021 12:34 PM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 06:57 PM

..........
Quote batmana 30-9-2021 12:54 PM
bagus org cmni, patut berita camni ditampal kt semua pusat penjualan kereta

takdela menggalakkan org berhutang beli kereta, terutamanya bdk2 lepas abis belajar bagai
Quote Supersirap 30-9-2021 12:56 PM
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, tahniah diucapkan
Quote Belibis 30-9-2021 03:51 PM
Berita indonn.. tulis rm.ingatkan kejadian kat mesia..
Quote Friska 30-9-2021 03:52 PM
Berita membanggakan dari Indonesia, indikator perekonomian Indonesia semakin membaik.
Quote rospinki 30-9-2021 03:54 PM
Friska replied at 30-9-2021 03:52 PM
Berita membanggakan dari Indonesia, indikator perekonomian Indonesia semakin membaik.

silah lah balik ke indon jika begitu kok

Quote edayildiz 30-9-2021 04:58 PM
ok pasni blh try kumpul syiling..kalau tkr kt bank tu ada ke..maksud saya ada ke machine nya..
Quote JohnyEnglish 30-9-2021 05:10 PM
Tajuk tulis RM80k so aku pun nk tgk sbb ingatkan org Msia.lain kali tulis 8bilion rupiah yach
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 10:14 PM
Boleh berbangga
Orang lain dok loan bagai, heol? nahhh hambekk
CASHHHH ONLYYY

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.157609 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top