CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilaporkan Hilang, Lelaki Tak Sedar Sertai Misi Pencarian Diri Sendiri

30-9-2021 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4929| Komen: 32

Description: Turki – Seorang lelaki mabuk secara tidak sengaja menyertai pasukan mencari dan menyelamat dirinya sendiri selepas dia dilaporkan hilang oleh keluarganya, lapor sebuah portal berita baru-baru ini.
Turki – Seorang lelaki mabuk secara tidak sengaja menyertai pasukan mencari dan menyelamat dirinya sendiri selepas dia dilaporkan hilang oleh keluarganya, lapor sebuah portal berita baru-baru ini.


Beyhan Mutlu, 50, keluar melepak bersama kawan-kawan sebelum keluarganya gagal menghubungi lelaki itu beberapa jam kemudian.

Mutlu yang berasal dari wilayah Bursa, utara Turki dilaporkan mabuk dan merayau-rayau di dalam hutan berdekatan hingga gagal dikesan oleh rakan-rakannya.

Foto: DHA

Polis kemudian menubuhkan sebuah pasukan mencari dan menyelamat bagi menjejaki Mutlu dengan bantuan penduduk setempat.

Tanpa disedari, Mutlu turut berada dalam kumpulan tersebut dan masih tidak menyedari bahawa mereka sedang mencarinya.


Apabila anggota kumpulan mula memanggil namanya, Mutlu dengan pantas menyahut panggilan itu.

“Saya di sini,” sahutnya tanpa rasa bersalah.

Pihak berkuasa menghentikan operasi pencarian serta merta, mengambil keterangan Mutlu dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 30-9-2021 01:34 PM
Lol               


Quote MissyMolly 30-9-2021 01:39 PM
Hahaa ini kelakar
Quote slyfynx 30-9-2021 01:40 PM
Dulu pun ade perempuan join S&R untuk diri sendiri

Tourist Joins Search Party, Realizes Everyone Was Looking for Her
Quote jalfa 30-9-2021 01:41 PM
Hempuk sebiji kat kepala bagi sedar..hidup kalo x menyusahkan mmg x sah
Quote Cik_jantung 30-9-2021 01:47 PM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 09:57 PM

..........
Quote Artemesiaa 30-9-2021 02:00 PM
Kalau dah mabuk tak menyusahkan tak sah
Quote CiliPadiSedap 30-9-2021 02:03 PM
Quote _blackbird 30-9-2021 02:39 PM
walaupon mabuk masih jalankan tanggungjawap krt kampung.
Quote ultra78 30-9-2021 02:42 PM
Mencari diri sendiri..puitis bunyinya..
Quote terpaling 30-9-2021 02:44 PM
camni pun hade ke?? facepalm..
Quote edayildiz 30-9-2021 02:48 PM
boleh pulak gitu

Quote imanjannah 30-9-2021 03:38 PM
mcm2
Quote mrsLucky 30-9-2021 03:41 PM
So funnih
Quote jfq 30-9-2021 05:35 PM
Tergelak aku
Quote mbhcsf 30-9-2021 05:41 PM
Knock knock , where are youuuuuu

Here I am huhuhuuuuuuuuu


hahahahahahaha

cute nyer kisah ni

hahahahha


Itulah JANGAN MABUK dan MEMABUKKAN diri, mudarat je
Quote raxief 30-9-2021 06:20 PM
boleh dijadikan modal kelako stand up comedy
Quote Meiizu 30-9-2021 06:22 PM
Yatuhan baca tajuk pun dah gelak
Quote meshni 30-9-2021 06:25 PM
Ini sangat kelakar.. best news utk hari ni
Quote Cece1234 30-9-2021 06:52 PM
Hahaha lawakla..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.085949 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top