CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun Pelancong Langkawi Pertama Positif Covid-19

30-9-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5936| Komen: 29

Description: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 membabitkan pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi sempena projek rintis gelembung pelancongan sejak 16 Septemb ...
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 membabitkan pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi sempena projek rintis gelembung pelancongan sejak 16 September lalu.


Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, kes positif tersebut melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan berasal dari Nilai, Negeri Sembilan.


Foto: Kosmo

“Keadaan pesakit adalah bergejala ringan dan diletakkan di bawah pemantauan pasukan CAC (Pusat Penilaian Covid-19) daerah Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kes berkenaan didaftar serta diklasifikasikan sebagai Import B (kes rentas negeri) yang mana hasil siasatan mendapati kemungkinan jangkitan ke atas kanak-kanak itu berlaku sebelum melancong ke Langkawi.


Menurut Othman, kanak-kanak terbabit bersama ibu dan bapanya tiba di Langkawi pada pukul 7.30 malam, 24 September lalu dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA 2).

“Ibu bapa kanak-kanak terbabit telah mendapat vaksinasi lengkap dan bukan kes positif Covid-19 atau kontak rapat kepada kes positif Covid-19 serta tidak bergejala,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 30-9-2021 04:36 PM
Budak kecil itu dapat dari mana?
Quote MontanaHannah 30-9-2021 04:45 PM
AKu nak beritahu ko ,ko semua Malaysia ini sangat xtelus tentang data corona ye

kes dan semua berkaitan virus corona ,pesakit dan kematian semuanya dipalsukan!


Percaya sangatlah kata-kata golongan bergaji besar

menipu itu satu skim dalam kerajaan ,dan menjadi YES MAN  ITU  MODAL UNTUK CEPAT NAIK PANGKAT !

xdenya budak tu sahaja yang positif

nak up vaksin

untuk apa ???

untuk siapa???

negara lain relax dan steady dan memilih untuk  lebih menjaga kemaslahatan rakyat berbanding hanya berbangga dengan  ramai yang cucuk vaksin corona

pelik negara ini

semakin hari semakin jelik

xde kejujuran langsung

intergriti mmg dah lama hilang

marhaen hanya mickey mouse dan minnie mouse


yang xcucuk vaksin nakharom corona sahaja yang kita nampak  hidup tu  memang hidup

yang lain-lain tu  hanya tunggu mati sahaja
Quote MontanaHannah 30-9-2021 04:46 PM

Xpe


itu tandanya kerajaan nak suruh mak bapa bawa anak 3 tahun pergi suntik vaksin corona




YOU SUKA ?
Quote jahcomel 30-9-2021 04:49 PM
MontanaHannah replied at 30-9-2021 04:45 PM
AKu nak beritahu ko ,ko semua Malaysia ini sangat xtelus tentang data corona ye

kes dan semua ber ...

Beto sis... Jap lg budak kecik wajib kna cucuk
Quote MontanaHannah 30-9-2021 04:53 PM
jahcomel replied at 30-9-2021 04:49 PM
Beto sis... Jap lg budak kecik wajib kna cucuk



kerajaan Malaysia bohong dalam banyak perkara!
lepas ini budak 3 tahun pula

tuuuuuuuuuuuu nak kaitkan dengan tragedi Langkawi Holiday , mak bapa xkena katanya (berbohong) ,anak 3 tahun kena


lepas tu nak buat apa kalau xpaksa anak 3 tahun yang cucuk vaksin corona!
Quote LadyCarefree 30-9-2021 05:28 PM
MontanaHannah: AKu nak beritahu ko ,ko semua Malaysia ini sangat xtelus tentang data corona yekes dan semua berkaitan virus corona ,pesakit dan kematian semuanya dip ...


Mujur kat porem ni ada kakanah bagitau fakta sebenar. Rugilah siapa xde dlm porem ni kena tipu.
Quote jahcomel 30-9-2021 05:32 PM
MontanaHannah replied at 30-9-2021 04:53 PM
kerajaan Malaysia bohong dalam banyak perkara!
lepas ini budak 3 tahun pula


Bajet beksin budak itam 100hri
Quote MontanaHannah 30-9-2021 05:40 PM
LadyCarefree replied at 30-9-2021 05:28 PM
Mujur kat porem ni ada kakanah bagitau fakta sebenar. Rugilah siapa xde dlm porem ni kena tipu.  ...


ini lagu  orang telah cucuk vaksin corona  nyanyikan kepada  orang yang xkan cucuk vaksin corona


[youtube]RDxEuzvwfCfRg&start_radio=1[/youtube]






Quote MontanaHannah 30-9-2021 05:42 PM
jahcomel replied at 30-9-2021 05:32 PM
Bajet beksin budak itam 100hri

cucuk anak KJ dulu tengok yg lembam tu jadi cerdik ke tidak
Quote Firenzza 30-9-2021 05:59 PM
white_musk replied at 30-9-2021 04:36 PM
Budak kecil itu dapat dari mana?

Haritu ada yg backup ckp suma pelancong yg pg langkawi xde sorang pun dijangkiti? Skrg bila dh ada kes dan2 la ckp budak tu dh dijangkiti lama sblm terbang ke langkawi dah tu diorg juga ckp sblm masuk langkawi kena buat swab test....pastu ada report kes kt langkawi naik tp local yg kena....haishh berbelit2 la diorg nih....nk buat experiment makmal langkawi sanggup risiko kan nyawa
Quote missus_meow 30-9-2021 06:08 PM
and so it begins?
Quote gekkou 30-9-2021 06:44 PM
so rentas negeri pertengah october
di tangguhkan ke october tahun depan
Quote edayildiz 30-9-2021 06:58 PM
siannya..mak ayah pun ada ank kecik pun nk p bercuti jugak..
agak2 camna bulan 10 nnti blh ke tak tu rentas negeri
Quote umm4amr 30-9-2021 07:06 PM
alah.. plan nak cucuk budak pulak  le tu.. sample trial utk budak lom cukup..
Quote mamakcool 30-9-2021 07:48 PM
sukahati mau bawa anak di tempat awam...last kena covid dan sebarkan kpd org tua
Quote mzzenma 30-9-2021 08:06 PM
ni alasan tak nak bg rentas negeri lah ni kan
hah gitu meolls menuduh
Quote cmf_premierleag 30-9-2021 08:14 PM
acik nancy buat bodo jah..janji aku dh capai KPI 100hari aku konsepnya utk pelancongan lokal
Quote stingerfly 30-9-2021 08:18 PM
MontanaHannah replied at 30-9-2021 05:42 PM
cucuk anak KJ dulu tengok yg lembam tu jadi cerdik ke tidak

Aku yakin syringe kosong.....

Kita semua memang kena tifuuuuuu..

Kahkahkah
Quote delia3003 30-9-2021 08:22 PM
Tadi tgk berita sbb parents budak ni dan semua contact rapat negatif, itu yg syak maybe dapat sebelum tu lagi.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.083378 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top