CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengetua Sekolah Berdiri Di Tong Sampah Habiskan Sisa Makanan Pelajar

14-9-2021 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5247| Komen: 22

Description: Pengetua sekolah menengah swasta di Oiyang, China, memakan sisa pelajar dari kantin sekolah untuk memberi kesedaran agar tidak membazir makanan.
Pengetua sekolah menengah swasta di Oiyang, China, memakan sisa pelajar dari kantin sekolah untuk memberi kesedaran agar tidak membazir makanan.

Sebuah video kejadian menunjukkan Wang Yongxin berdiri di tong sampah di kafeteria dan menghalang pelajarnya membuang makanan mereka lalu memakan sisa tersebut.



Kredit: Foto: NextShark

Lelaki itu memakan sisa makanan sambil diperhatikan pelajar mereka dengan reaksi malu sementara yang lain mula menghabiskan makanan mereka setelah dihalang untuk membuangnya di tong sampah.

Pengetua berusia 58 tahun itu memberitahu dia telah memakan sisa makanan daripada tujuh pelajarnya sebanyak tiga kali sehari, sejak minggu lalu.


"Saya ingin memberi contoh kepada anak murid bahawa pembaziran makanan itu adalah salah. Tingkah laku saya bukan sahaja mengejutkan pelajar, malah guru-guru lain,” katanya dipetik INDIA TIMES.


Kredit foto: SCMP

Walaupun tindakannya untuk mencegah pembaziran makanan itu dipuji, namun ada yang menyuarakan kebimbangan mengenai risiko kesihatan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 14-9-2021 12:00 PM
........bahaya makan lebih orang
Quote Decaffeinated 14-9-2021 12:01 PM
dalam dunia omputih they used to have this ungkapan 'only in America'

di Asia kita ada 'only in China'

kalau di nusantara aku malas nak cakaplah

Quote Skuau 14-9-2021 12:04 PM
(kalo) kat Msia...mai msk pejabat..nak bg hang barang 1,2(sebatan)-Pengetua
Quote cucutokwan89 14-9-2021 12:11 PM


Quote ellejo 14-9-2021 12:21 PM
cikgu2 pengetua sekolah dan parents asia mmg agak kuku besi bab makanan

ai tak habis makan kena perambat sampai jatuh parit.
Quote Skuau 14-9-2021 12:26 PM
ellejo replied at 14-9-2021 12:21 PM
cikgu2 pengetua sekolah dan parents asia mmg agak kuku besi bab makanan

ai tak habis makan kena p ...

'sistem asia'...hukuman tu salah 1 cara mendidik.
Quote dua_chzy 14-9-2021 12:27 PM
ellejo replied at 14-9-2021 12:21 PM
cikgu2 pengetua sekolah dan parents asia mmg agak kuku besi bab makanan

ai tak habis makan kena p ...

Memang la sis. Weol pernah buat camping (tapi tinggal di kuarters guru yang kosong. Camping la sangat). Bebudak malas makan mihun goreng yang dewan makan sediakan, meka pi buang yah terutama pelajar perempuan. Mihun panas2 deols makan sesuap dua pehtu sepiring penuh buang dalam plastik sampah. Eh bangsatttt membazir serupo syaitoooonnnnn. Ai hada makan mihun tu, hokeh ja rasanya. So ai faham perasaan pengetua tu.

Dan ai ghasa, tong sampah tu,  plastiknya masih baru. Tu yang pengetuanya berani makan makanan2 yang helok yang dibuang kot.
Quote dua_chzy 14-9-2021 12:30 PM
Skuau replied at 14-9-2021 12:04 PM
(kalo) kat Msia...mai msk pejabat..nak bg hang barang 1,2(sebatan)-Pengetua

Naaahhhhh.

Sebat2 ni macam dah pupus dari sekolah. Pengetua pun malas nak buat. Takut jadik isu.
Quote trexxxxxi 14-9-2021 12:33 PM
Jaman cobid ni takut nak share makanan ni
Quote Tokeybundle 14-9-2021 12:44 PM
La...pelajar x hbskan mknan pengetua plk kena hbskan.patut srh la pelajar tu yg hbskan.mcm2 la
Quote ninja boy 14-9-2021 03:01 PM
Bukan manusia je, kucing zaman skrg memilih maknn
Quote I.K.A888990 14-9-2021 03:01 PM
anak2 zmn skrg ni xde kesah nye
Quote orangbiasaje 14-9-2021 03:13 PM
Tokeybundle: La...pelajar x hbskan mknan pengetua plk kena hbskan.patut srh la pelajar tu yg hbskan.mcm2 la


Bukan apa, kalau suruh student habiskan, tercongok2 pandang kiri kanan, slow renung pengetua dlu mcm "seriuslahh??" kemudian ada rakam pastu mak bapak bising kata penderaan anak-anak segi mental.

Bila macam ni malu sikit tapi tak boleh kata penderaan. Pengetua tu yang ambil sebelum masukkan dalam tong sampah dan habiskan. Kalau seorang yang dah tua , berpangkat dalam pekerjaan, ada harta dan duit utk beli makanan sendiri, berpendidikan mampu menghargai makanan, rasa rendah diri anak2 muda tgk, malu atas diri sendiri, kira mcm pengajaran melalui tauladan.

Cuba suruh acik cleaner buat sama, kita yg umum tgk puji, tah2 bebudak tu dalam hati kata sbb dia miskin x mampu beli makanan, xde apa nak herankan. Yg baik hati pula salah anggap, langsung tak makan utk paskan kat acik.
Quote exclusive_vvip 14-9-2021 03:21 PM
ellejo replied at 14-9-2021 12:21 PM
cikgu2 pengetua sekolah dan parents asia mmg agak kuku besi bab makanan

ai tak habis makan kena p ...

sebenarnya bagus kalu diajar dari kecik mcm tu..nanti terbiasa smpi besar utk abiskan makanan..mcm iols, family jenis x paksa abihkan makanan..atuk nenek iols pun jenis x paksa…kalu x mampu abiskan, diorg cakap jangan paksa..sudahnya, smpi skrg iols xleh abiskan makanan kalu dah kenyang..dah kawen,laki iols pun jenis x paksa..so kalu x abis, mmg i buang je..membazir kan..nak2 kalu makan kat kedai..kalu kat umah leh amik portion setakat nak makan..i jeles tgk ada memember yg bleh makan smpi licin pinggan, walaupun portion banyak..mesti dari kecik dah dibiasakan..
Quote Artemesiaa 14-9-2021 03:27 PM
Niat baik tak nak membazir tapi boleh membahayakan takut ada jangkitan penyakit
Quote nononcrux 14-9-2021 03:52 PM
Skuau replied at 14-9-2021 12:26 PM
'sistem asia'...hukuman tu salah 1 cara mendidik.

emm teringat masa kecik mkn tak abis, arwah ayah aku makan sambil nangis cerita kisah dia cari duit.. hukhuk sejak kejadian tu tak pernah buang makan, kalau mkn ngn member2 pon dorang siap ejek lagi makan mcm org kebulur licin pinggan.. boodohnye perangai mkn licin je kebulur
Quote violetungu 14-9-2021 04:48 PM
nononcrux replied at 14-9-2021 03:52 PM
emm teringat masa kecik mkn tak abis, arwah ayah aku makan sambil nangis cerita kisah dia cari dui ...

family i pun di ajar camni..hbskan makanan jgn membazir.And i ada kenal kawan mmg kawan dr kecil bila dah besar mkn sama2 xsangka la dia sejenis xkan hbskan mknn,sbb dia nak jg standard,xnak nampak kebulur gitu.
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 06:04 PM
sama laa.
mak cukup marah kalau iol bazir makanan
dah bagi potion nasi banyak
iol perut kecik heheh
tapi skg hebat dah
1-2 pinggan medium potion tu perkara biasa
Quote edayildiz 14-9-2021 06:13 PM
kang dtg penyakit pulak
ntah le i jarang xhbs mkn sbb i amik ns sikit2..ni kalau kt umah la..
tp ada jgk kalau xkena selera mmg selalu xhbs..dh xblh telan..selalunya kalau kt kedai

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052273 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top