CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

14 Sekeluarga Maut Dipanah Petir

14-9-2021 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3068| Komen: 7

Description: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan tiga lagi cedera apabila dua rumah di barat laut Pakistan dipanah petir.
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan tiga lagi cedera apabila dua rumah di barat laut Pakistan dipanah petir.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku di Toghar, kawasan pergunungan Khyber Pakhtunkhwa selepas hujan lebat dan runtuh menyebabkan malapetaka sejak Rabu lalu, lapor AFP.


“Sekurang-kurangnya 14 dari keluarga besar yang sama maut selepas dua rumah bersebelahan dipanah petir,” kata jurucakap wilayah, Kamran Bangash kepada AFP.

Gambar hiasan

Jelas beliau, mangsa yang maut termasuk lima kanak-kanak dan empat wanita.

Dilaporkan, musim hujan yang biasanya bermula dari Jun hingga September adalah penting untuk tanaman dan menambah bekalan air di seluruh benua India.


Dalam kejadian serupa yang berlaku pada November 2019, kira-kira 18 orang maut akibat dipanah petir di padang pasir Thar Pakistan. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 14-9-2021 01:40 PM
Kiranya petir blh masuk rumah lah ni ye?
Quote edayildiz 14-9-2021 01:51 PM
innalilah..dlm umah pun blh masuk ye..mmg tacod kalau bunyi petir yg nampak dan kuat tu..kalau tgh main hp pun cpt2 dk jauh dr hp
kena tanam pokok2 byk kot kwsn pergunugan tu
Quote tripleid 14-9-2021 01:54 PM
Klau jadi kat israel mesti ummah dah Cashkan scr berjemaah..
Quote Mini.Me 14-9-2021 02:53 PM
Allahuakbar...dalam rumah pon tak selamat
Quote I.K.A888990 14-9-2021 03:36 PM
mungkin sbb di kwsn pergunungan atau mmg rumah boleh kena panah
takut ni. dah la mmg takut petir2 ni
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 06:05 PM
takziah diucapkan..
sampai ke rumah petir nya
Quote ashilalat 16-9-2021 01:00 PM
tripleid replied at 14-9-2021 01:54 PM
Klau jadi kat israel mesti ummah dah Cashkan scr berjemaah..

Amennnn

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.082576 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top