CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amira Othman Suka Suara Jantan, Teringin Mendekati Jejaka Bergelar 'Datuk'

14-9-2021 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4120| Komen: 15

Description: Bersih tanpa terpalit kontroversi, malah Amira Othman tidak pernah dihambat gosip yang boleh menjejaskan reputasi selepas lapan tahun menceburi dunia seni.
Bersih tanpa terpalit kontroversi, malah Amira Othman tidak pernah dihambat gosip yang boleh menjejaskan reputasi selepas lapan tahun menceburi dunia seni.

Namun, ketika tampil dalam sidang media virtual mempromosikan single terbaharu berjudul Tragedi, baru-baru ini, Amira atau nama sebenar, Nadira Amira Othman mengejutkan wartawan apabila mengaku menyimpan hasrat mendekati jejaka bergelar 'Datuk'.


Kredit foto: IG Amira

Artis naungan Rocketfuel Entertainment ini mengaku teringin bertemu seorang 'Datuk' yang dikenali ramai.

"Saya sebenarnya teringin berduet dengan Datuk Hattan. Angan-angan saya... Belum ada perbincangan ke arah itu. Namun, siapa tahu, suatu masa nanti, apa yang diimpikan bakal menjadi kenyataan.


"Kalau ada rezeki, saya tak akan tolak. Tapi, tak tahulah, sama ada beliau sudi atau tidak?" katanya.

Amira mengaku menggemari suara garau dan serak-serak basah penyanyi Rendang Tak Berbuah itu.

"Kami tidak pernah berduet dalam mana-mana persembahan. Namun, seingat saya, kami pernah terbabit dalam persembahan beramai-ramai, suatu ketika dahulu.

"Saya tertarik dengan vokal Hattan. Saya fikir suara kami boleh 'blend'," katanya yang turut meminati suara 'jantan' Hazama.


Kredit foto: IG Amira

Sementara itu, mengulas mengenai single Tragedi, Amira berkata, lagu karya Sharon Paul itu dicipta pada 2011 dan dijadikan runut bunyi drama Malaysian Ghost Stories siaran Astro.

"Salah seorang pengarah drama itu, Izuan Mokhtar yang juga kenalan saya, berminat menjadikan lagu itu sebagai runut bunyi," katanya yang sebelum ini tampil dengan single Surat Akhir.


Sumber: BH Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 14-9-2021 12:06 PM
Bukan bersih sebarang kontroversi..

KAU MEMANG SENDU!
Quote akuHavocczz 14-9-2021 12:22 PM
Sendu. Suara sendiri pun dah macam jantan. Dengar suara sendiri lah sis
Quote slyfynx 14-9-2021 12:26 PM
akuHavocczz replied at 14-9-2021 12:22 PM
Sendu. Suara sendiri pun dah macam jantan. Dengar suara sendiri lah sis

Sedikit kejam di situ
Quote woven11 14-9-2021 12:41 PM
Helok duet dgn adik sendiri jeh
Quote kakigojes 14-9-2021 12:58 PM
Mula2 baca mmg ingat dia tengah memgenali seorang “datuk” sekali untuk rakan duet. Aku baru berangan sekali ada plot twist mmg ada datuk (bukan pangkat) yang umo 60-70 tahun suka.. haha banyak sgt tengok movie plot twist
Quote imanjannah 14-9-2021 01:46 PM
akuHavocczz replied at 14-9-2021 12:22 PM
Sendu. Suara sendiri pun dah macam jantan. Dengar suara sendiri lah sis

Hahaha...
Quote nazriatie 14-9-2021 02:21 PM
akuHavocczz replied at 14-9-2021 12:22 PM
Sendu. Suara sendiri pun dah macam jantan. Dengar suara sendiri lah sis

Hahahahahahahaha..bengonglah!
Quote I.K.A888990 14-9-2021 03:33 PM
muka lawa
nnt ada la tu atuk msk minang
Quote Mawar91 14-9-2021 03:37 PM
woven11 replied at 14-9-2021 12:41 PM
Helok duet dgn adik sendiri jeh

Bukan sheols mmg da ade single dengan adik sheols ke?
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 06:05 PM
Frozen jahhhh
Quote samshik 14-9-2021 06:25 PM
Xpyhla buat tajuk gini.. Geli lahhhh
Quote tikusmontok 14-9-2021 07:07 PM
Sesuwaiii sgt..sama2 garau..takleh beza mana sore tok atan,mana sore ko
Quote RatuDunia94 14-9-2021 07:12 PM
samshik replied at 14-9-2021 06:25 PM
Xpyhla buat tajuk gini.. Geli lahhhh


Tajuk level2 majalah mangga tahun 2000.. ingatkan dh 2021 xde lagi tajuk2 mcm ni..

Cthnya
1- Amira Dilamar Dua Orang Datuk
2- Pengakuan Mengejut! VVIP Call Amira Pukul 3 Pagi
3- Ada Kerabat Mahu Berkenalan Dengan Amira?
4- Mak Datin Mahu Pinang Amira?
5- Amira Rajin Keluar Masuk Istana Pahang?
6- Amira Dipanggil Kerabat Brunei?
Quote kitmal9545 14-9-2021 07:26 PM
RatuDunia94 replied at 14-9-2021 07:12 PM
Tajuk level2 majalah mangga tahun 2000.. ingatkan dh 2021 xde lagi tajuk2 mcm ni..

Cthnya

hahahah.. banyak yang  masih suka recycle tajuk gini
Quote Tokeybundle 14-9-2021 07:34 PM
Tukar jela tajuk tu.x kena dgn cerita

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.213916 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top