Bersyukur keadaan kesihatan semakin baik, pelawak Ebby Yus mendedahkan dia menolak tawaran dua individu yang ingin mendermakan buah pinggang kepadanya.
Menurut Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, buat masa ini kesihatannya masih terkawal dan hanya perlu melakukan pemeriksaan setiap enam bulan sahaja. "Alhamdulillah... tahap kesihatan saya semakin baik. Sebenarnya ada seorang wanita dan seorang lelaki nak dermakan buah pinggang mereka kepada saya. "Tapi saya cakap dekat mereka, setakat sekarang ini syukur Alhamdulillah... saya belum memerlukan pemindahan buah pinggang dan boleh bekerja. "Sekarang saya masih perlu jalani pemeriksaan susulan setiap enam bulan. Boleh dikatakan saya alami enam penyakit tapi semuanya masih terkawal," katanya kepada mStar.
Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu ditemui ketika pelancaran gerai minuman SemoothNgopi milik pelawak Shuk Sahar di Denai Alam, baru-baru ini.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
7-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039878 second(s), 30 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.