CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1849|Reply: 1

Alami 6 Penyakit- Ebby Yus Tolak Tawaran Penderma Buah Pinggang

[Copy link]
Post time 10-9-2021 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Bersyukur keadaan kesihatan semakin baik, pelawak Ebby Yus mendedahkan dia menolak tawaran dua individu yang ingin mendermakan buah pinggang kepadanya.


Menurut Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, buat masa ini kesihatannya masih terkawal dan hanya perlu melakukan pemeriksaan setiap enam bulan sahaja.


Foto: IG




"Alhamdulillah... tahap kesihatan saya semakin baik. Sebenarnya ada seorang wanita dan seorang lelaki nak dermakan buah pinggang mereka kepada saya.


"Tapi saya cakap dekat mereka, setakat sekarang ini syukur Alhamdulillah... saya belum memerlukan pemindahan buah pinggang dan boleh bekerja.


"Sekarang saya masih perlu jalani pemeriksaan susulan setiap enam bulan. Boleh dikatakan saya alami enam penyakit tapi semuanya masih terkawal," katanya kepada mStar.


Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu ditemui ketika pelancaran gerai minuman SemoothNgopi milik pelawak Shuk Sahar di Denai Alam, baru-baru ini.




  



Pada Januari 2019, Ebby mengakui dia menderita pelbagai jenis penyakit termasuk buah pinggang bocor, jantung, darah tinggi, gastrik, saraf dan prostat sejak beberapa tahun lalu.


Menerusi laporan mStar pada 20 Mei 2019, Ebby mendedahkan dia menerima tawaran daripada dua individu tidak dikenali yang ingin mendermakan buah pinggang kepadanya.


Dalam pada itu, Ebby yang juga penyampai radio Negeri Sembilan FM turut berkongsi mengenai kehidupannya yang tidak terlalu terjejas berikutan pandemik Covid-19.




  



Tidak mempunyai tanggungan yang besar, Ebby meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan rezeki untuk meneruskan kehidupan.


"Saya nak cakap terjejas untuk diri saya itu tidak la... syukur Alhamdulillah. Mungkin sebab saya tidak ada isteri dan anak.


"Jadi tanggungan dan pembelanjaan tidak terlalu besar... hanya untuk diri sendiri saja. Insya-Allah saya masih cukup makan minum.


"Komitmen saya pun tak ada sangat memandangkan kereta pun sudah jual sejak beberapa tahun lalu. Syukur, apabila pandemik dapat buat kerja dekat rumah.


"Saya ada terima untuk buat ulasan produk di laman sosial selain buat live dari rumah yang turut mendapat bayaran," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..
Tengok air dia minum tu
Iols terasa plak kaki iols ngilu
Hahhaa..
Sejak tak minum teh tarik mamak ni
Jarang minum.air manis melainkan ada appt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.043142 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list