CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Bukti Zahid Hamidi Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram

10-9-2021 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5157| Komen: 41

Description: Pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiada bukti Datuk Seri Ahmad Zahid Zahidi terlibat dengan 27 pertuduhan pengubahan haram kerana sumbangan yang diterima oleh Yayasan ...

Pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiada bukti Datuk Seri Ahmad Zahid Zahidi terlibat dengan 27 pertuduhan pengubahan haram kerana sumbangan yang diterima oleh Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid tidak menyalahi undang-undang.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid ketika berhujah berkata semasa perbicaraan saksi-saksi perbankan tidak menerima laporan daripada pemegang amanah yayasan itu, Tetuan Lewis & Co. yang curiga dengan sumbangan yang dimasukkan ke dalam firma itu.

“selain tertuduh tidak mengetahui atau tidak mempunyai kaitan dengan pemilik cek. Urus niaga juga secara telus dalam akaun amanah Lewis & Co. dan saksi pendakwaan (SP)- 87 B.Muralidharan (peguam firma) turut mengesahkan bahawa sumbangan itu adalah untuk tujuan kebajikan dan keagamaan,” kata peguam tersebut.


Foto: Kosmo

Beliau berkata demikian ketika prosiding hujahan pembelaan di akhir kes pendakwaan bagi kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid.

Berhujah mengenai Yayasan Akalbudi yang menerima sumbangan RM9 juta daripada Pengarah bukan eksekutif MyEG Services Mohd. Jimmy Wong Abdullah, peguam itu berkata Mohd. Jimmy mengesahkan bahawa akaun amanah Tetuan Lewis & Co. adalah untuk tujuan kebajikan.

“Mohd. Jimmy juga mengesahkan bahawa “akad” dilakukan untuk menandakan penerimaan sumbangan tersebut. Pendakwaan juga tidak mempunyai bukti kerana sumbangan Mohd. Jimmy bukan dari hasil haram kerana ia diberikan di bawah akaun peribadinya (Mohd. Jimmy) dan sama sekali tidak berkaitan dengan MyEG,” katanya.

Selain MyEG, yayasan itu juga menerima sumbangan daripada RM500,000 dari Yayasan Al-Bukhari dan RM10 juta dari Chia Bee Enterprise Sdn. Bhd. milik dermawan Wong Sang Woo

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 69, didakwa 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu.

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Squareh bersambung lagi Isnin ini.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 10-9-2021 12:51 PM
Hehe..
Da blh plan da wak zahid nak pg melancong mn lps ni. Penjara da say bye2.
Quote Tokeybundle 10-9-2021 12:53 PM
Dah agak dah
Quote JohnyEnglish 10-9-2021 12:55 PM
aku dh agak.ni mainan kjaan PH ja.takkan org pgi mekah tiap2 thn selama 29 tahun berturut2 nk mkn rasuah.dia pgi sana nmpk ja kaabah.mjlh mestika ckp klu kita buat dosa x nmpk kaabah tauuuu
Quote aHoi83 10-9-2021 12:58 PM
Dh takkan fefeeling peguam zahid nak ckp “ ya anak guam saya makan duit …. “
Quote Cormier 10-9-2021 01:08 PM
Edited by Cormier at 10-9-2021 01:13 PM

Lead defence counsel Hisyam Teh Poh Teik started his submission by pointing out that the charges against his client were instituted by former Attorney General Tan Sri Tommy Thomas, as the latter had revealed in his book My Story.


paygonline
Quote RatuDunia94 10-9-2021 01:48 PM
Fancy nya mask



Quote matamata 10-9-2021 01:56 PM
Pendakwa kena la buktikan sebaliknya...
Quote edayildiz 10-9-2021 02:00 PM
apa buruk sgt mask
ni soalan general jer tak tuduh sesiapa..org yg terlibat ngn jumlah penyelewengan duit yg besar ni kan..cmna hidup dorg ye..tak rasa ke takut walau sekelumit kt balasan Allah kt akhirat..lena ke tdo mlmtanya jah tak tuduh sesapa..curious sgt
Quote cikpah27 10-9-2021 02:16 PM
Sebab tu gelabah sangat nak turunkan PM dari parti yang berlainan tu
Quote trexxxxxi 10-9-2021 02:47 PM
Wak jahid pinjam mask kaklong khuens sebelom pi mahkamah
Quote Firenzza 10-9-2021 02:52 PM
So? Wak jshit dh blh jd piem ke hapa nih?
Quote juruterra 10-9-2021 02:53 PM
JohnyEnglish replied at 10-9-2021 12:55 PM
aku dh agak.ni mainan kjaan PH ja.takkan org pgi mekah tiap2 thn selama 29 tahun berturut2 nk mkn ra ...

ni sarcasm kan?
Quote rashiman 10-9-2021 03:11 PM
edayildiz replied at 10-9-2021 02:00 PM
apa buruk sgt mask
ni soalan general jer tak tuduh sesiapa..org yg terlibat ngn jumlah penyel ...

jawapan general...

yg menyeleweng, jika masih ada lagi pegangan agama ,memanglah tentu ada rasa takut dgn balasan Allah di akhirat.
tapi kalau tidak bersalah walaupun kena dakwa, kena hukum oleh mahkamah dunia, memang tak perlu rasa takut, InsyaAllah akan dapat balasan yg terbaik diakhirat.
bukan yg menyeleweng aje, yg buat fitnah, yg membuat andaian dan tuduhan tanpa bukti kukuh jika betul yg dituduh itu tidak bersalah, itu pun sepatutnya ada rasa takut walau sekelumit kt balasan Allah kt akhirat.
Quote boojaat 10-9-2021 03:26 PM
Eh eh.. aritu bkn byr kad kredit personal guna duit yayasan ker???
Quote Redskin 10-9-2021 03:42 PM
Dah agak dah...PeeH kaki temberang buat
Fitnah nak jatuhkan org2 Umno khenn..

Masa jadik kerajaan 22 bulan, paseipa PeeH
tak kantoikan Zahid kaa, Najib kaa....dokumen2
penting Kerajaan semua PeeH pegang.

Bila takde bukti terlepas cenggini, mulala
tuduh Mahkamah boleh beli laa, seleweng laa,
Buat Fitnah laa..ternyata Rule of Law semasa PeeH hancengg .

Dah... tak payah nak blame Mahkamah,
sendiri yg bodoh masa jadik kerajaan...pooodah chittt PHundek !!
Quote iman_kasih 10-9-2021 03:44 PM
Firenzza replied at 10-9-2021 02:52 PM
So? Wak jshit dh blh jd piem ke hapa nih?

Kalau suci murni confirm la boleh uols..haha
Quote OyaTonggek 10-9-2021 04:07 PM
wak..wak...donia ko lps laaa...
Quote TeropongThaico 10-9-2021 04:11 PM
Quote kaseh80 10-9-2021 04:12 PM
So pigs can fly meh

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057953 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top