CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

70 Orang Wanita Kahwin Dengan Pokok

10-9-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2025| Komen: 11

Description: London: Mahu menyelamatkan hutan daripada diteroka dan meningkatkan kesedaran mengenai pembangunan setempat, sekumpulan 70 wanita memutuskan untuk 'mengahwini' pokok di satu lokasi di Bristol.
London: Mahu menyelamatkan hutan daripada diteroka dan meningkatkan kesedaran mengenai pembangunan setempat, sekumpulan 70 wanita memutuskan untuk 'mengahwini' pokok di satu lokasi di Bristol.


Newsweek melaporkan mereka mengambil tindakan berkenaan kerana khuatir dengan kesan pembangunan 166 unit pangsapuri yang akan didirikan di situ.

Mereka mengenakan gaun daripada pelbagai latar budaya ketika upacara 'perkahwinan' itu.


Foto: Twitter

"Berkahwin dengan pokok adalah hak istimewa. Ia bukan hanya isyarat sentimental tapi signifikan dan simbolik " kata salah seorang 'pengantin', Suzan Hackett.

Suzan berkata, pokok adalah contoh cinta murni tanpa syarat dan perkahwinan sama juga seperti bernafas adalah untuk hidup.


Penganjur, Siobhan Kierans berkata, dia berharap upacara itu akan menyampaikan mesej bahawa pokok adalah pasangan seumur hidup.

Menurutnya, dia ingin memberikan publisiti kepada ruang hijau terakhir di Harbourside.

Menurut laporan, mereka mengambil inspirasi tindakan berkenaan daripada gerakan Chipko di India.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Bristol enggan memberikan komen kerana permohonan berkenaan akan diteliti semula. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-9-2021 12:41 PM
Sini Malaysia....parampuan kawen sama saiya-Abangla
Quote edayildiz 10-9-2021 12:42 PM
shes gonna birth to a mango
kak kakikudibibirmmu senyum sinis
Quote Belibis 10-9-2021 12:42 PM
Skuau: Sini Malaysia....parampuan kawen sama saiya-Abangla

Ada jugak rasa...kalau pokok,tak ke melecet abisssss..
Quote edayildiz 10-9-2021 12:43 PM
mcmana nk tau gender pokok..kesian kalau pokok tu betina kawen ngn perempuan..dh jd lgbt pulak
Quote mdhelmi 10-9-2021 04:33 PM
ada bijaknya
kalo kat situ kahwin pokok dibolehkan
kalo nak tebang suami dia tu sila bayar 100K
Quote tumpanglalu74 10-9-2021 04:35 PM
Haha..  Andartu Mesia bila lagi? @ifanonline

Quote nakkomenjugak 10-9-2021 10:34 PM
nampak gaya iol kena kawen dengan pokok la ni?

iol kawen dengan tab jela. dah berjahit tangan dengan tab
Quote namemysoul 10-9-2021 10:36 PM
Ramainyer calon...hehehehe
Quote Jitu 10-9-2021 10:52 PM
nnt malam pertama mcm mana tak kan nak bawak pokok masuk dlm bilik
Quote Tokeybundle 11-9-2021 03:14 PM
Mak = orang
Bapa = pokok
Anak = ????
Pening gak nak pk ni
Quote Guccibamboo 11-9-2021 03:19 PM
Bila xtau ape maksud perkahwinan

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054387 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top