CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insiden Kedua Selepas Ever Given, Terusan Suez Tersekat Lagi

10-9-2021 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2584| Komen: 9

Description: Kaherah – Sebuah kapal kontena terkandas semasa belayar melalui Terusan Suez kelmarin dan menghalang kapal- kapal lain daripada memasuki laluan air tersebut, lapor akhbar The Sun semalam.
Kaherah – Sebuah kapal kontena terkandas semasa belayar  melalui Terusan Suez kelmarin dan menghalang kapal- kapal lain daripada memasuki  laluan air tersebut, lapor akhbar The Sun semalam.


Ia merupakan insiden kedua tahun ini melibatkan kapal kontena yang tersekat di terusan itu.

Ketika kejadian, kapal kargo milik Panama, Coral Crystal sedang menuju ke Port Sudan sebelum tersekat.

Menurut laporan agensi berita Sky News Arabia, kapal tersebut berjaya diapungkan semula tidak lama kemudian dan Terusan Suez kembali dibuka.

Foto: SCA

Media tempatan melaporkan bahawa kapal kargo itu tersekat sejauh 53 kilometer di  terusan Mesir itu dan usaha-usaha menyelamat dibuat semalam.


Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) terpaksa menangguhkan sementara kemasukan semua kapal di wilayah tersebut.

SCA berkata bahawa insiden itu ditangani dengan penuh profesional dan tidak mengakibatkan masalah trafik yang teruk.

Kapal Coral Crystal itu dilaporkan membawa 43,000 tan kargo. 

Insiden itu merupakan insiden kedua membabitkan kapal kontena yang tersekat di terusan sama selepas kapal kontena Ever Given pada Mac lalu telah tersekat selama enam hari dan mengakibatkan kerugian besar kepada dunia. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 10-9-2021 07:46 PM
Sepatutnya bawa bomoh yang pernah lawan yeti dan mumia tu. Kan dia pernah sampai ke terusan suez.
Quote Decaffeinated 10-9-2021 07:50 PM
Dah tahun 2021 pun banyak pula yang sangkut

zaman takde GPS dulu elok pulak laju

Quote matamata 10-9-2021 08:00 PM
Decaffeinated replied at 10-9-2021 07:50 PM
Dah tahun 2021 pun banyak pula yang sangkut

zaman takde GPS dulu elok pulak laju

Kapal2 dulu kecik, kapal2 kargo sekarang ni besar2 saiz mega...ada 2 cabaran dgn kapal besar ni, 1: bila saiz besar dan tinggi mudah di tiup angin dan tersasar dari laluan, 2: bila saiz besar maka dasar kapal tu makin dalam, jadi laluan untuk kapal2 ni agak terhad, tak semua dasar kat terusan tu dalam, kadang2 laluan yg berdasar dalam tu sempit...kalau off course due to nature mmg senang nak sangkut kat beting
Quote domestobot 10-9-2021 08:11 PM
cepat2 keluarkan teori konspirasi
Quote dani-rox 10-9-2021 09:24 PM

Quote hyie 10-9-2021 09:26 PM
domestobot replied at 10-9-2021 08:11 PM
cepat2 keluarkan teori konspirasi

mesti kapal ni bawak kanak2 yang diculik untuk diambik adrenochrome oleh puak2 illu agar kekal muda...tak syak lagi sister!
Quote cmf_premierleag 10-9-2021 09:29 PM
domestobot replied at 10-9-2021 08:11 PM
cepat2 keluarkan teori konspirasi

konspirasi:
jadi pd bulan sept (9 2021)
tersekat sejauh 53 km
43000 tan kargo
teori : nombor ekor/loteri damacai magnum yg bakal naik ialah 430005392021
done speculate
Quote nakkomenjugak 10-9-2021 10:41 PM
haikkkk?
sangkut lagi???
Quote TeropongThaico 11-9-2021 01:34 AM
Lagi sekali sangkut??? Ni kapal kecik sikit kot sbb cepat settled. Buat la garis panduan sapa boleh lintas sapa tidak. Kot tak akan berlaku lagi dan lagi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054333 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top