CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayu Damit Terkial-Kial Membiasakan Diri Dengan PDPR

10-9-2021 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5259| Komen: 24

Description: Menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda Program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak 2 Ogos lalu, Ayu Damit mengaku terkial-kial membiasakan diri ...
Menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda Program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak 2 Ogos lalu, Ayu Damit mengaku terkial-kial membiasakan diri dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Tanpa berselindung, Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu memberitahu dia seperti pelajar sekolah yang perlu membiasakan dengan norma baharu dalam pembelajaran pada era pandemik COVID-19.


Foto: Berita Harian

Ayu atau nama sebenar, Norayu Damit, 32, tersenyum sendiri mengingatkan gelagat hari pertama menghadiri kelas atas talian.

"Bayangkan, selama ini, kita yang digelar golongan 'emak-emak' tidak biasa dengan PdPR boleh kerut dahi melihat anak-anak belajar dalam norma baharu.


"Jadi, sekarang, saya dapat rasa apa yang dilalui anak. Pada mulanya, saya gelabah dan tidak keruan untuk memulakan proses belajar dalam talian.

"Namun, saya tidaklah seperti buta teknologi maklumat (IT). Saya masih boleh menyelenggara dan menggunakan serba serbi teknologi moden sama ada komputer riba atau telefon pintar," katanya kepada BH Online.

"Lama kelamaan saya boleh membiasakan diri dengan pembelajaran dalam talian. Ilmu praktikal banyak disokong dengan video, jadi saya betul-betul kena faham apa yang disampaikan.

"Alhamdulillah, saban hari saya boleh 'catch up' dengan cepat," katanya.



Ayu yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak segan menyambung pengajian di ASWARA.

"Saya bukan pandai, hanya lepasan SPM. Saya dapat tawaran ASWARA, bulan lalu. Tempoh pengajian ini adalah setahun membabitkan tiga semester.

"Apabila diterima ASWARA, saya kena lawan dan cabar diri. Saya tidak malu mengaku kelemahan diri yang serba serbi kurang pengetahuan soal muzik dan seni," katanya.

Ayu mengaku selama membabitkan diri dalam dunia seni, dia hanya bersandarkan bakat dan keupayaan vokal.

"Saya redah sahaja dalam soal nyanyian. Jadi, kenapa saya tidak gunakan peluang diberi ini untuk mengimbangi bakat dengan ilmu yang lebih padu," katanya.



Juara musim kedua program realiti, One In A Million pada 2008 ini bertuah kerana suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin memberi galakan untuknya menyambung pengajian.

"Suami tidak memberi halangan. Saya percaya dia mahu isterinya lebih berjaya dan berpengetahuan luas dalam muzik.

"Cuma saya kena bijak membahagikan masa. Apatah lagi tuntutan kelas dalam talian lima hari seminggu. Saya dan suami ada perniagaan yang diusahakan bersama. Jadi, saya kena tahu fokus dan bertanggungjawab.

"Tiga anak saya juga perlu diberi perhatian... Insya-Allah, saya akan buat sehabis baik," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-9-2021 01:26 PM
takpe.."usaha tangga kejayaan'.
Quote dudaberhias 10-9-2021 01:29 PM
Menguappppp dekkk, apa special dan gosipnya nak membiasakan diri dengan pdpr? Ramai je orang kena hadap benda sama.
Quote slyfynx 10-9-2021 01:34 PM
Wartawan cari

Asasi ni baru asas, belum dikira sarjana muda kan.
Ke aku tertinggal tawaran baru

Quote RatuDunia94 10-9-2021 01:46 PM
Slow2 ilmu ni x kira ko cepat atau lambat asalkan ada kemahuan utk upgrade diri.. iols tgok ayu ni pun jenis ada inisiatif diri x mengangkang kat rumah mengeluh xde job menyanyi. Atlease sheols dh jd usahawan tani berjaya okay lah tu. Sesambil tambah2 sijil n certificates utk upgrade diri.
Quote Mulotkoyak 10-9-2021 01:56 PM
Macam muke jihan ckit
Quote mama_neko 10-9-2021 02:11 PM
beli ja monitor lagi satu, yang besaar tu... puas hati mengadp pdpr.. takdak la stress mata mengadap screen laptop sekecik alam tu..
Quote imanjannah 10-9-2021 02:55 PM
cantik sheols yg baju kuning tu
Quote orkid_amani 10-9-2021 05:15 PM
Haah..asasi tu mcm sijil ja..kira fast track nk ke degree la. Tapi kalau failed asasi boleh masuk balik diploma..mcm tu la yg aii tau
Quote miracle_forever 10-9-2021 05:18 PM
slyfynx replied at 10-9-2021 01:34 PM
Wartawan cari

Asasi ni baru asas, belum dikira sarjana muda kan.

ye.. asasi macam matrikulasi je la kan. reputz xpenah masuk uni kot
Quote supermum 10-9-2021 05:45 PM
slyfynx replied at 10-9-2021 01:34 PM
Wartawan cari

Asasi ni baru asas, belum dikira sarjana muda kan.

Memang dari haritu salah. Aku baca pun geram. Sedangkan Ayu dah awal tunjuk surat tawaran.
Quote dua_chzy 10-9-2021 06:08 PM
Akak ghasa hidop Ayu ni betul2 penuh berkat. Good for her.
Quote nakkomenjugak 10-9-2021 10:39 PM
Beli skrin besar kalau boleh
puas hati haaa
Quote awenda507 11-9-2021 01:09 AM
Asasi bkn degree
Quote jari10 11-9-2021 01:17 AM
dua_chzy replied at 10-9-2021 06:08 PM
Akak ghasa hidop Ayu ni betul2 penuh berkat. Good for her.

Kannnn.... Nampak perubahan diri dia. Dan dia pun berusaha utk memajukan diri. Tahniah jua utk si suaminya
Quote merrissa 11-9-2021 06:22 AM
nakkomenjugak replied at 10-9-2021 10:39 PM
Beli skrin besar kalau boleh
puas hati haaa

Tahnya monitor beli 19 inch pon cukup rm200 lebih je…. Kerusi ttracing boleh beli…
Quote Suchi 11-9-2021 10:40 AM
Pelan2 dik, tapi bagus sebab ada usaha nak menambah ilmu lagi.
Org ada bakat ni bukak mulut je  nyanyi  tetap sedap kedengaran walau lama tak nyanyi. Sbb bakat dan kreativiti ni anugerah Tuhan.

Bagus belajar apa yg kita minat nih teringat arwah  dato maznah tu, dia cakap gini la
Kalau anak2 tu nampak minat meniaga biar dia meniaga pastu dia rasa nak tambah ilmu pasal bisnes ke apa nanti boleh sambung belajar pasal tu.
Serupa la kalau anak berbakat dlm muzik ke nyanyian ke toksah la ko nak verabis duit paksa dia belajar medic plak udahnya jd dokter setahun dua je tetap dia nak fokus menyanyi sbb minat mendalam kat situ. Baik awal2 belajar pasal muzik ja.
Ingat kerjaan yg menyenangkan adalah hobi yang dibayar, kalau dah minat dan passion kita ke arah sesuatu tu pokus je situ.

Quote enot_sibudak 11-9-2021 10:44 AM
woi tulis ja la asasi.. pjg2 pasepa..pass asasi bru dia p ke degree
Quote dua_chzy 11-9-2021 11:43 AM
jari10 replied at 11-9-2021 01:17 AM
Kannnn.... Nampak perubahan diri dia. Dan dia pun berusaha utk memajukan diri. Tahniah jua utk si  ...

Tu ah. Orang kata jika pasangan tu memang huntok kita, hidop kita penuh berkat lepas menikoh. Dulu ramai poromer skeptikal dengan husband si Ayu ni. Namun hari ni meka membuktikan memang meka meant for each other karna hidup keduanya maju jaya lepas menikah.
Quote xAthenax 12-9-2021 04:43 PM
Kaka salute orang yang sentiasa ada semangat untuk belajar
esp Ayu ni
dulu jadi bahan orang forum

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.056791 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top