CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hariz Hamdan Rela Tangguh Pengajian, Kejar Impian Jadi Pelakon

10-9-2021 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6135| Komen: 25

Description: Perjalanan karier seni pendatang baharu, Hariz Hamdan nampak cukup mudah. Tidak sampai sembilan bulan bergelar pelakon selepas menyertai pertandingan Hero Remaja 2020, sudah ramai pengarah mempercayai ...
Perjalanan karier seni pendatang baharu, Hariz Hamdan nampak cukup mudah. Tidak sampai sembilan bulan bergelar pelakon selepas menyertai pertandingan Hero Remaja 2020, sudah ramai pengarah mempercayai bakatnya.


Buktinya, sehingga kini sudah sembilan buah drama dibintanginya termasuklah filem berjudul Banglo Seksyen 12.


Foto: IG

Terbaharu, pemuda berusia 19 tahun itu diberi peluang untuk bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Nabila Huda, Aidil Aziz, Azhan Rani, Raysha Rizrose, Atikah Suhaime dan Ainul Aishah menerusi drama Terlerai Noktah yang kini sedang hangat ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3.

Bercakap mengenai pengalamannya bekerja dengan aktres Nabila Huda, sebagai pelakon baharu Hariz mengakui teruja tetapi dalam masa sama berdebar kerana sedar ilmu lakonannya masih cetek.




“Tanyalah mana-mana pelakon baharu, sudah tentu teruja jika dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang berkaliber terutama Nabila Huda.

“Saya mengambil peluang yang diberikan sebagai cabaran. Walaupun bukan sebagai pelakon utama, sekurang-kurangnya saya boleh meraih pengalaman dan ilmu daripada mereka yang lebih senior,” ujar Hariz dalam temu bual secara virtual baru-baru ini.

Menurut Hariz, meskipun Nabila Huda dikenali sebagai pelakon yang bagus dan tegas, namun dia bersyukur kerana aktres itu banyak membantunya sepanjang berada di set penggambaran.



“Semua pelakon senior tidak lokek ilmu dan memberikan saya tunjuk ajar sepanjang di set penggambaran, begitu juga dengan Nabila.

“Jadi, sepanjang penggambaran saya memang tiada masa untuk melihat telefon kerana waktu yang terluang digunakan untuk berbincang tentang lakonan,” kata Hariz lagi tentang drama yang bersiaran sebanyak sembilan episod tersebut.

Memegang watak sebagai jururawat lelaki dalam drama Terlerai Noktah iaitu sebuah karya psiko thriller yang berlatar belakang sebuah hospital mental, Hariz mendedahkan dia melalui pelbagai cabaran baharu.



“Cabarannya saya perlu menghafal banyak fakta perubatan tentang penyakit mental seperti terma-terma yang betul serta senarai ubatan.

“Walaupun mungkin akan ada orang kata saya kelihatan tenggelam berbanding pelakon lain yang lebih hebat, saya tidak kisah kerana telah cuba yang terbaik,” tutur Hariz.

Meskipun masih muda, Hariz menjelaskan dia benar-benar serius dalam bidang lakonan dan mahu karier sebagai pelakon bertahan untuk satu tempoh yang lama.

Sedar mutu lakonannya masih banyak yang perlu diperbaiki, Hariz mengambil inisiatif sendiri dengan menghadiri beberapa kelas lakonan daripada pelakon popular tanah air antaranya Fauziah Ahmad Daud, Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Ellie Suriaty dan juga Nabila Huda.


“Saya tidak main-main apabila terjun dalam bidang lakonan. Saya juga tahu, apa jua jenis pekerjaan mesti disertakan dengan ilmu. Jadi, saya memasuki beberapa kelas lakonan bagi menambahkan lagi ilmu,” tegas Hariz.

Bicaranya lagi, paling seronok baginya selain berlakon dengan Nabila Huda, dia juga dapat berguru dengan pemenang anugerah Pelakon Terbaik Drama Anugerah Skrin ke-23 itu.

“Saya seronok menuntut ilmu daripada Nabila kerana dalam kelasnya dia bukan sahaja mengajar tentang lakonan, tetapi juga bagaimana kita mahu menjadi seorang pelakon yang berdisiplin dan menjaga imej serta personaliti dengan baik.

“Dia banyak mengajar tentang ilmu industri lakonan berdasarkan pengalamannya, apa yang boleh dan tidak boleh. Sebagai orang baharu, ilmu sebegitu yang saya mahukan dan dia sememangnya seorang guru yang bagus,” ujar Hariz.



Dalam pada itu, Hariz mengatakan dia tidak ralat menangguhkan pelajarannya di peringkat Diploma Sains dan Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor demi memberi tumpuan terhadap bidang lakonan.

“Buat masa ini rezeki saya dalam bidang lakonan, tetapi tidak bermakna saya enggan sambung pelajaran. Saya masih muda dan sedar pelajaran amat penting.

“Insya-Allah pada masa akan datang saya akan menyambung semula pelajaran yang tertangguh tetapi mungkin dalam bidang yang berbeza,” ujar Hariz. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 10-9-2021 01:17 PM
Hak alahhhhh whoayus sangat
Elok lagi kalau pi sambung belajar balik dik oiii
Quote doodlediddle 10-9-2021 01:21 PM
Buat sesambil lah dik. Dpt duit masyuk p sambung studi kat overseas. Belajar dpt pengalaman pun dpt. buat Mcm redza minhat. Hobi acting and karier seiring. Ah gitchew.
Quote RatuDunia94 10-9-2021 01:43 PM
Kategori budak bijak ke tak kalau tgok jurusan yg heols ambik tu?
Quote Kurex 10-9-2021 03:25 PM
Lantak uols la.. diri uols..
Quote dudaberhias 10-9-2021 03:39 PM
Nampak macam herlok, cuma kurang aura je kalau berlakon.

So kita kena sokong dan bagi peluang banyak2 ye untuk yang herlok dan takde bakat ni. Yang kepam2 dan busuk macam shuk dan tauke jambu tu baru kita kecam sampai 7 keturunan. Sebabnya polish macam mana pun tetap takkan herlok punya. perangai pun huduh, curang dan sorang lagi chicken mcdeluxe father.
Quote nakkomenjugak 10-9-2021 10:41 PM
whoisssyuhhhh

jangan laaa. teruskan je study
sekali sekala ambik job model kah mana2 la
Quote hyie 10-9-2021 10:52 PM
RatuDunia94 replied at 10-9-2021 01:43 PM
Kategori budak bijak ke tak kalau tgok jurusan yg heols ambik tu?

matematik level diploma mudah sajork sister...so idok le kritikal persis amik medic gituh. kira basic maths je lah. yang sains tu meols tak pasti heshe kena amik paper fizik/chem/bio ke tak...
Quote MarryPottet 10-9-2021 11:03 PM
Dah elok dapat peluang belajar kat uni tu sambung jelah terus sampai khatam. ko tau tak masa ko terima offer untuk study course tu ko dah padamkan peluang seorang lain yg amat berharap untuk ditawarkan course tersebut. Selain tu bila ko buat sekerat jalan gitu banyak sumber yg dah terbazir nak nak sebab ko belajar di universiti awam
Quote caca_eric 11-9-2021 01:14 AM
RatuDunia94 replied at 10-9-2021 01:43 PM
Kategori budak bijak ke tak kalau tgok jurusan yg heols ambik tu?

spm dia 5-6 A gitu.. sc stream
motif iols tau..
satu sek dgn dak ain pjpk
Quote silampumeja 11-9-2021 01:25 AM
Kayuuu laa... Eiii
Quote Guccibamboo 11-9-2021 07:15 AM
Dip sains & math....erm...kalau abes bolehla sambung memane course kat engineering fac & science fac uitm.....abes blaja bolehla cari keje Jr engineer gaji basic 1.9k. oklah...I nampak kenape die prefer berlakon drpd sambung bljr.
Cumenye dik......x semua org rezki die lebat jd pelakon....ade pahit manis nye...ade jatuh bgn nye...same je mcm jd marhein yg struggle.
Jd marhein ni kene sabar.....awal2 gaji mmg kecik...bile dah ade experience barulah boleh demand. X kaya....tp cukup & x melarat....xdelah tua nnt harapkan pprt drpd gomen. Tibeerrr iols bg die nasihat mcm kaka sepupu die pulak
Quote KamikuP 11-9-2021 07:37 AM
Nmpk bole pegi jauh. I sapot u
Quote kakigojes 11-9-2021 08:25 AM
Batch Hero Remaja dia semua baka2 elok
Quote NFBZCantik 11-9-2021 09:02 AM
kalau boleh biar laa seiring. sebab tak semua org ada rezeki jd pelakon. huhu
Quote fadz84 11-9-2021 09:20 AM
Ai rasa nama jurusan dia tu Diploma Sains Matematik je, bkn Sains dan Matematik. Nk masuk kena credit subjek Math, Add Math, salah satu subjek sci streams & English.
Quote fadz84 11-9-2021 09:28 AM
Guccibamboo replied at 11-9-2021 07:15 AM
Dip sains & math....erm...kalau abes bolehla sambung memane course kat engineering fac & science fac ...

Diploma Sains Matematik ni under Fakulti Sains Komputer dan Matematik.
Quote kiah_mai_pulak 11-9-2021 09:34 AM
smabung je lah belajar dikk. abiskan dulu belajar,,, kau kejar dunia lakonan ni, seronok sekejap je, tak kemana pun,,
Quote fadz84 11-9-2021 09:35 AM
hyie replied at 10-9-2021 10:52 PM
matematik level diploma mudah sajork sister...so idok le kritikal persis amik medic gituh. kira ba ...

Kalau bdk excel add maths masa SPM, insyaallah mudah je diploma ni untuk dorg. Byk subjek dlm syllabus Add Maths mcm Calculus, Algebra, etc. Pastu kena gak belajar financial accounting, economic & database.
Quote selipar_hijau 11-9-2021 09:47 AM
Cakap pelat2 dia mix ke

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074212 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top