View: 4439|Reply: 41
|
Tiada Bukti Zahid Hamidi Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram
[Copy link]
|
|
Pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiada bukti Datuk Seri Ahmad Zahid Zahidi terlibat dengan 27 pertuduhan pengubahan haram kerana sumbangan yang diterima oleh Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid tidak menyalahi undang-undang.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid ketika berhujah berkata semasa perbicaraan saksi-saksi perbankan tidak menerima laporan daripada pemegang amanah yayasan itu, Tetuan Lewis & Co. yang curiga dengan sumbangan yang dimasukkan ke dalam firma itu.
“selain tertuduh tidak mengetahui atau tidak mempunyai kaitan dengan pemilik cek. Urus niaga juga secara telus dalam akaun amanah Lewis & Co. dan saksi pendakwaan (SP)- 87 B.Muralidharan (peguam firma) turut mengesahkan bahawa sumbangan itu adalah untuk tujuan kebajikan dan keagamaan,” kata peguam tersebut.
Foto: Kosmo
Beliau berkata demikian ketika prosiding hujahan pembelaan di akhir kes pendakwaan bagi kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid.
Berhujah mengenai Yayasan Akalbudi yang menerima sumbangan RM9 juta daripada Pengarah bukan eksekutif MyEG Services Mohd. Jimmy Wong Abdullah, peguam itu berkata Mohd. Jimmy mengesahkan bahawa akaun amanah Tetuan Lewis & Co. adalah untuk tujuan kebajikan.
“Mohd. Jimmy juga mengesahkan bahawa “akad” dilakukan untuk menandakan penerimaan sumbangan tersebut. Pendakwaan juga tidak mempunyai bukti kerana sumbangan Mohd. Jimmy bukan dari hasil haram kerana ia diberikan di bawah akaun peribadinya (Mohd. Jimmy) dan sama sekali tidak berkaitan dengan MyEG,” katanya.
Selain MyEG, yayasan itu juga menerima sumbangan daripada RM500,000 dari Yayasan Al-Bukhari dan RM10 juta dari Chia Bee Enterprise Sdn. Bhd. milik dermawan Wong Sang Woo
Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 69, didakwa 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu.
Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Squareh bersambung lagi Isnin ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe..
Da blh plan da wak zahid nak pg melancong mn lps ni. Penjara da say bye2. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dh agak.ni mainan kjaan PH ja.takkan org pgi mekah tiap2 thn selama 29 tahun berturut2 nk mkn rasuah.dia pgi sana nmpk ja kaabah.mjlh mestika ckp klu kita buat dosa x nmpk kaabah tauuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Dh takkan fefeeling peguam zahid nak ckp “ ya anak guam saya makan duit …. “ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cormier at 10-9-2021 01:13 PM
Lead defence counsel Hisyam Teh Poh Teik started his submission by pointing out that the charges against his client were instituted by former Attorney General Tan Sri Tommy Thomas, as the latter had revealed in his book My Story.
paygonline
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendakwa kena la buktikan sebaliknya... |
|
|
|
|
|
|
|
apa buruk sgt mask
ni soalan general jer tak tuduh sesiapa..org yg terlibat ngn jumlah penyelewengan duit yg besar ni kan..cmna hidup dorg ye..tak rasa ke takut walau sekelumit kt balasan Allah kt akhirat..lena ke tdo mlmtanya jah tak tuduh sesapa..curious sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu gelabah sangat nak turunkan PM dari parti yang berlainan tu |
|
|
|
|
|
|
|
So? Wak jshit dh blh jd piem ke hapa nih? |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan general...
yg menyeleweng, jika masih ada lagi pegangan agama ,memanglah tentu ada rasa takut dgn balasan Allah di akhirat.
tapi kalau tidak bersalah walaupun kena dakwa, kena hukum oleh mahkamah dunia, memang tak perlu rasa takut, InsyaAllah akan dapat balasan yg terbaik diakhirat.
bukan yg menyeleweng aje, yg buat fitnah, yg membuat andaian dan tuduhan tanpa bukti kukuh jika betul yg dituduh itu tidak bersalah, itu pun sepatutnya ada rasa takut walau sekelumit kt balasan Allah kt akhirat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh eh.. aritu bkn byr kad kredit personal guna duit yayasan ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 10-9-2021 02:52 PM
So? Wak jshit dh blh jd piem ke hapa nih?
Kalau suci murni confirm la boleh uols..haha |
|
|
|
|
|
|
|
wak..wak...donia ko lps laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
So pigs can fly meh |
|
|
|
|
|
|
| |
|