CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Terasa Serba-Serbi Bodoh," -Nad Zainal Tak Nak Pandu Kereta Sampai Bila-Bila

1-9-2021 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4928| Komen: 11

Description: Nad Zainal berkongsi foto lamanya ketika baru membeli kereta lebih tujuh lalu sambil mengenang memori yang pernah terjadi kepadanya dirinya.
Nad Zainal berkongsi foto lamanya ketika baru membeli kereta lebih tujuh lalu sambil mengenang memori yang pernah terjadi kepadanya dirinya.

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia sebelum ini rasa cukup yakin memandu sendiri.


Bagaimanapun, situasi tersebut berubah selepas dia terlibat dalam kemalangan kecil ketika pemanduan.


Foto: IG

"Masa ini baru beli kereta, 2014 tak silap, masih lagi berkeyakinan bawa kereta, siap boleh makan ice cream jagung sambil memandu, hebat betul!

"Dari Ampang – Kuala Selangor tiap pagi drive seorang diri ke set drama Antidot yakin!! bawa pun boleh tahan laju.



Foto: IG

"Sampailah satu ketika, involved dalam kemalangan kecil nak ke Anugerah Lawak Warna. Semenjak itu, gigil nak bawak kereta, boleh bawa tapi keyakinan dah tak ada.

"Terasa serba-serbi bodoh rasanya sampai bila-bila pun taknak bawa dah. Hahaha ok bye,” tulisnya.





Cerita tersebut dikongsikan pelakon Takdir Yang Tertulis itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Sekadar informasi, Nad merupakan graduan Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah mula menceburi karier seni lakonan pada tahun 2008 ketika berusia 18 tahun. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-9-2021 09:06 AM
Segala benda kau bodoh
Quote Mooverine 1-9-2021 09:27 AM
Faham tu, bila pernah accident terus takut nak pegang stereng dah.
Tapi, kena beranikan diri lebih-lebih lagi sekarang masa Covid.
ada apa-apa senang nanti nak gerak.
bawa dulu pusing-pusing kawasan perumahan.. keluar masuk lorong rumah tu..
lama-lama okay lah
Quote cikatilia 1-9-2021 09:33 AM
apo.. ni pon jadi news penting
Quote alieyrina 1-9-2021 09:41 AM
Untunglaa kalau ada org nak drivekan hg sampai pencen..org lain buat sendiri semua x boleh harapkan org lain
Quote tipah89 1-9-2021 10:55 AM
lantakla sana ko nak jadi bodoh ke pandai ke...sejak kes anak yatim tu i oll pangkah abis minah ni..
Quote RatuDunia94 1-9-2021 11:31 AM
Iols since awal tahun lepas kena sondol dgn org de belakang.. terus iolsl x berani nk berhenti kat tgh jalan nak masuk simpang kiri.. sanggup ambil route jauh semata2 x payah kena melintas jalan..
Quote zuri154 1-9-2021 04:19 PM
Meols pun mcm nad jgk, penah accident kt roundbout. smpi skrg kalau drive sdri mesti peluh2, badan rasa panas & jantung degup laju. Still bawa kereta utk gi opis, htr anak gi tuisyen & drive yg dekat2 je.
Quote tikusmontok 1-9-2021 04:49 PM
Tak tau la siapa yg bodoh sebenarnya lps terbaca citer bidoh ni
Quote aldilla_zahraa 2-9-2021 02:02 PM
Iols lepas eksiden 2014 terus tak bwk kereta dah. trauma. kadang2 tlg reversekan/parkingkan pun rasa pening, menggigil, nak muntah. So dah tak bawak kereta. Apa2 naik grab je.  Pun kira bodoh ke?
Quote nononcrux 2-9-2021 02:57 PM
tipah89 replied at 1-9-2021 10:55 AM
lantakla sana ko nak jadi bodoh ke pandai ke...sejak kes anak yatim tu i oll pangkah abis minah ni..

kes ape pasal ank yatim tu..
Quote BoongaKertas 2-9-2021 03:15 PM
Kurex replied at 1-9-2021 01:06 AM
Segala benda kau bodoh

hahahha! tak menapis langsung komen chuols kurex

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.045685 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top