CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaruk Nak Jadi Superhero- Suntik Badan Guna Merkuri, Biarkan Diri Digigit Labah-Labah

1-9-2021 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1903| Komen: 3

Description: New Delhi – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang kemaruk dengan karakter adiwira fiksyen X-Men bertindak menyuntik tubuhnya sendiri dengan cecair merkuri, lapor akhbar Daily Star semalam.
New Delhi – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang kemaruk dengan karakter adiwira fiksyen X-Men bertindak menyuntik tubuhnya sendiri dengan cecair merkuri, lapor akhbar Daily Star semalam.


Remaja itu dilaporkan ingin mencontohi karakter adiwira studio Marvel namun tindakan itu  menyebabkan tubuhnya ditumbuhi bisul yang menyakitkan dan tidak boleh sembuh.

Dia juga turut membiarkan seekor labah-labah menggigitnya untuk meniru karakter hero ikonik, Spider-Man.


Foto: NCBI

Kes tersebut dilaporkan dalam laporan Pusat Maklumat Nasional Bioteknologi India. Menurut laporan berkenaan, kecederaan yang dialami remaja yang tidak didedahkan identitinya itu berlaku selepas dia menyuntik tubuhnya dengan cecair merkuri.


Remaja itu menyatakan bahawa dia berbuat demikian  sekurang-kurangnya tiga kali dengan menggunakan merkuri yang diambil daripada sebiji termometer.

“Remaja itu juga mempunyai sejarah digigit labah-labah untuk meniru karakter fiksyen Spider-Man. Namun, dia tidak mempunyai masalah psikiatrik lain selain mempunyai kecerdasan otak atau IQ yang normal,” tulis laporan tersebut.

Doktor melakukan pemeriksaan toksikologi untuk memeriksa tahap merkuri dalam darah remaja itu.

Remaja terbabit bernasib baik kerana suntikan yang dilakukan, bukan semuanya pada salur darah utama, namun bisul yang terjadi pada tubuhnya itu perlu dipotong dan dia juga harus menjalani pembedahan mencantumkan kulit.

Remaja itu juga dijangka akan pulih sepenuhnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 1-9-2021 09:59 AM
Budak ni jenis tak reti bezakan yang mana satu realiti dan rekaan.
Quote Punat_button 1-9-2021 01:45 PM
Patutlah dah lama tak nampak bangkem

Quote edayildiz 1-9-2021 01:51 PM
bangkem mmg aneh aneh..vaksin tacodd nk cucuk tp berani pulak cucuk merkuri

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.042349 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top