CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Kalah 104 Kali Berturut-Turut, Pencen Jelah

1-9-2021 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2177| Komen: 9

Description: Tokyo: Seorang atlet sumo di Jepun akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya selepas mengalami 104 kekalahan berturut-turut.
Tokyo: Seorang atlet sumo di Jepun akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya selepas mengalami 104 kekalahan berturut-turut.

Media negara itu, Sankei News melaporkan, Shonanzakura membuat keputusan itu kerana mencatat rekod terburuk dalam sejarah sukan tradisi negara matahari terbit itu.


Secara keseluruhan, atlet berusia 23 tahun itu mengakhiri karier sukannya dengan merekodkan tiga kemenangan, satu seri dan 238 kekalahan.

Ketua sekolah sumo, Kitazakura berkata, keputusan anak muridnya itu ternyata mengecewakannya.


Foto: Twitter

"Tidak peduli berapa kali kalah kerana dia perlu bangkit dan menerima cabaran baharu," katanya.


Kitazakura memuji atlet sumo muda itu kerana bersemangat setiap kali menjalani latihan.

Menerusi laporan Mothership, peminat ternyata kecewa dengan keputusan itu dan memuji kegigihan serta profesionalisme Shonanzakura.

Kata-kata semangat turut dilontarkan peminat sukan itu kepada Shonanzakura di media sosial di negara berkenaan.

"Semoga kamu mendapat kehidupan yang lebih baik selepas ini," kata netizen yang menggunakan nama Agunn.

Bagi Hakkeyoi_Sumo, keputusan untuk menamatkan karier atlet muda itu adalah satu kehilangan kepada sukan berkenaan.

Sora News melaporkan, kali terakhir Shonanzakura meraih kemenangan adalah pada 21 Januari 2019.

Shonanzakura juga sudah mengadakan acara memotong rambut sebagai tanda penamatan kariernya dalam sukan itu.

Nikkan Sport pula melaporkan, dia sudah kembali ke rumah keluarganya di Kanagawa untuk memulakan hidup baru. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 1-9-2021 10:08 AM
Teruskan saja. Kalau kalah banyak kali pun nanti mana tau boleh masuk Guinness Book of Record sebagai pengalah terbanyak
Quote KamikuP 1-9-2021 10:08 AM
Selalu sukan SUMO ni badan tembun tembun ni alahai.. Ko duduk rumah minum sake je la dekk
Quote Xim 1-9-2021 10:15 AM
imransulaiman replied at 1-9-2021 10:08 AM
Teruskan saja. Kalau kalah banyak kali pun nanti mana tau boleh masuk Guinness Book of Record sebaga ...

Hahhahaha kejamnya
Quote VioletsAre_Blue 1-9-2021 10:29 AM
Patutnya sumo masuk olimpik tokyo.. Sumo lebih dikenali berbanding judo dan karate
Quote salimrock 1-9-2021 10:41 AM
harus la ko kalah, tetek ko kecik dik...


ko tgk tetek ahli sumo lain... beso2
Quote Skuau 1-9-2021 10:59 AM
badan camni nak jadi SUMO...baik jadi hang kebun jer...
Quote Skuau 1-9-2021 11:01 AM
VioletsAre_Blue replied at 1-9-2021 10:29 AM
Patutnya sumo masuk olimpik tokyo.. Sumo lebih dikenali berbanding judo dan karate

ko ckp camni...bg tuan rmh..Aku rasa kena bg keistimewaan...tuk drng letak/perkenalkan 1 sukan paling popular kat negara drng tuk dipertandingkan peringkat olimpik.
Quote Skuau 1-9-2021 11:04 AM
salimrock replied at 1-9-2021 10:41 AM
harus la ko kalah, tetek ko kecik dik...




lawan ngn Afdlin Shauki pon kalah....@sumolah...
Quote mbhcsf 1-9-2021 11:08 AM
eloklah....keep your option open...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046745 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top