CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Demi Anak, Sanggup Jalan Kaki Hampir 200km Cari Kerja Buat Beli Telefon

27-8-2021 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3962| Komen: 24

Description: Pihak berkuasa Israel enggan membebaskan seorang tahanan Palestin yang sarat mengandung sembilan bulan dan dijangka melahirkan bayinya di dalam penjara.
Seorang lelaki sanggup berjalan kaki sejauh hampir 200 kilometer dari Bogor ke Bandung bagi mencari pekerjaan demi membelikan telefon bimbit untuk anak perempuannya.


Kisah lelaki itu didedahkan seorang pengguna media sosial yang memuat naik videonya ketika dia tiba di kedai untuk membeli telefon.

Berdasarkan video tersebut, lelaki bernama Tikno itu membawa wang berjumlah 600,000 rupiah (RM174) untuk membeli telefon bimbit bagi memudahkan pembelajaran dalam talian anaknya.


Kredit foto: TikTok

Lebih menyedihkan, lelaki itu pekak serta bisu dan hanya berkomunikasi dengan menulis atas kertas.


Katanya, duit tersebut adalah hasil dia bekerja sebagai buruh binaan di Bandung sejak sebulan lalu.

Terdahulu, dia cuba mencari pekerjaan di Bogor, namun nasib tidak menyebelahinya menyebabkan dia berjalan kaki ke Bandung bagi mencari duit untuk membeli telefon bimbit anaknya.


Kredit foto:


Selepas membeli telefon untuk anaknya, lelaki itu memberitahu dia akan pulang ke rumahnya di Surabaya juga dengan berjalan kaki.

Jarak dari Bandung ke Surabaya dianggarkan sejauh 779 kilometer.



Katanya, dia sanggup berjalan kaki sejauh itu untuk menghantar telefon tersebut kepada anaknya, asalkan dia dapat belajar dengan mudah.

Sementara itu, orang ramai yang prihatin dengan kisah lelaki tersebut memberinya sedikit duit untuk dibuat belanja.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 27-8-2021 04:35 PM
ni klu kt msia.. berduyun2 org turun tolong... sian
Quote bakingsoda 27-8-2021 04:41 PM
berdekatan rumah dia takde kerja kosong ke? jauhnya jalan kaki mesti tqkde duit bayar transport
Quote edayildiz 27-8-2021 04:47 PM
sedihnya tgk
ayah yg baikk wpn oku tau syg ank..untung ank dia..belajar elok2 nnti bsr jaga ayah elok2...
well ayah i pun baik jgk
Quote Artemesiaa 27-8-2021 04:47 PM
Harap si anak tak lupa pengorbanan yang beliau lakukan
Quote kelapaparut 27-8-2021 04:52 PM
susahnnye jd org miskin kat indonesia, untung jd org miskin kat malaysia, ramai bg bantuan dan perderma msia mudah sensitif mudah berlinang air mata mudah tertipu mudah memberi tanpa byk soal..
Quote jerukkedondong 27-8-2021 04:56 PM
Dlm kita dgr cerita ayah tinggalkn anak..ayah dera ank....ayah rogol anak...masih ada ayah yg mmg sebenar2 ayah....
Semoga Allah merahmati kamu dan semua ayah2 yg baik di dunia ini..
Dan Al Fatihah utk abahku...
Kak long sayang abah
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 05:03 PM
kepada anaknya
moga kau ingat kasih sayang seorang ayah
go ahead make your dad proud!
Quote imanjannah 27-8-2021 05:11 PM
Allah..
Quote TeropongThaico 27-8-2021 05:50 PM
Allah... Besarnya pengorbanan lelaki ini. Semoga si anak hargai jasanya & moga kejayaan buat so anak
Ramai parents kat luar sana yg rela bekorban segalanya utk tunaikan salah satu amanah Allah ini. Moga Allah permudahkan segalanya & anugerahkan kebaikan pd semua..
Quote TeropongThaico 27-8-2021 05:54 PM
* si anak. So anak pulak jdnya
Quote Surfnsun 27-8-2021 06:02 PM
Semoga anaknya nanti dpt balas budi dan kenang jasa si bapak..
Quote azwanaliori 27-8-2021 06:21 PM
Harap anak lepas dapat tepon jangan bertiktok je pulak
Quote Cassieopeia 27-8-2021 08:38 PM
Moga murah rezeki dia
Quote gideoncross 28-8-2021 12:29 AM
Suhaimi Saad bapak yg pling x brguna.
Quote gigahertz 28-8-2021 01:03 AM
kelapaparut replied at 27-8-2021 08:52 AM
susahnnye jd org miskin kat indonesia, untung jd org miskin kat malaysia, ramai bg bantuan dan perde ...

maid yang clean clean rumah teres i sambil caj RM 50 sehari
i ada cerita dia kata kat indonesia kalau miskin mmg miskin betul
kaya mmg kaya betul. sebab sana tak ada perlembagaan ,
baitumal , Tabung Haji bagai

tapi tak sure pusat zakat sana macam mana.
jarang pulak news pasal pusat zakat Indonesia.
Quote dani-rox 28-8-2021 01:07 AM
gideoncross replied at 28-8-2021 12:29 AM
Suhaimi Saad bapak yg pling x brguna.

tp ai nampak ada jugak org yg tanpa segan silu bekap dia kat bod gosip nun. gitu sekali penangan anti vaxx punya cult
Quote spankee_fili 28-8-2021 07:46 AM
azwanaliori replied at 27-8-2021 06:21 PM
Harap anak lepas dapat tepon jangan bertiktok je pulak

Baru nak komen gini knowing tiktok ni diconquer yindon gelek2
Quote misswa 28-8-2021 08:53 AM
Semoga dipermudahkan urusan. Anak sok, besar2 jangan lupa jasa pengorbanan ayah.
Quote monamogai 28-8-2021 04:32 PM
azwanaliori replied at 27-8-2021 06:21 PM
Harap anak lepas dapat tepon jangan bertiktok je pulak

Ye. Moga si anak dpt tepon, buat belajar, cari info2 utk belajar. Ayah dh ssh pyh, balas balik dgn kjyaan. Bukan dpt tepon pi main tiktok.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055698 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top