CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Benarkanlah Kami Beroperasi" - Pengusaha Pusat Tahfiz

27-8-2021 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2249| Komen: 12

Description: Pengusaha pusat tahfiz merayu Kerajaan Persekutuan atau negeri supaya membenarkan institusi itu beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi memastikan kelangsungan operasi m ...
Pengusaha pusat tahfiz merayu Kerajaan Persekutuan atau negeri supaya membenarkan institusi itu  beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi memastikan kelangsungan operasi mereka.


Rayuan itu dibuat susulan saban hari semakin ramai pelajar yang berhenti atau meninggalkan pembelajaran mereka apabila dilaksanakan secara dalam talian dan bimbang mereka ketinggalan dalam pembelajaran.


Kredit foto: Utusan

Malah, terdapat ibu bapa turut menanti pembukaan semula pusat tahfiz supaya anak mereka dapat kembali fokus kepada pembelajaran seperti biasa kerana kebanyakannya dilihat tidak menunjukkan minat untuk belajar secara dalam talian.


Perkara itu dimaklumkan Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyid di Klang, Selangor, Mohd Khairulnizam Abd Ghani yang memberitahu pembukaan semula pusat tahfiz khususnya berasrama penuh boleh menggunakan konsep gelembung pendidikan.

Beliau berkata, sebelum pelajar dan guru kembali ke pusat tahfiz dengan menggunakan kaedah gelembung pendidikan, mereka perlu menjalani ujian saringan dan mematuhi SOP yang ketat sebelum kembali ke asrama.

“Memang menjadi kebiasaan apabila pelajar yang tinggal di asrama, sememangnya kita tidak benarkan mereka keluar. Mereka tinggal di dalam dan dapat fokus kepada pembelajaran, jadi saya yakin suasana itu selamat untuk mereka.

“Pembukaan semula ini penting kerana ada pusat tahfiz seperti kami yang turut menjaga anak yatim. Apabila pusat tahfiz dibuka, ibu bapa akan kembali membayar yuran seperti biasa dan dapat menampung kos operasi yang mencecah RM30,000 hingga RM35,000 sebulan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.


Gambar hiasan/BH Online

Mohd Khairulnizam menambah, sejak pusat tahfiz tidak dibenarkan beroperasi, daripada 160 pelajar dimilikinya sebelum pandemik kini hanya tinggal 120 orang, namun yang membayar yuran kurang daripada 80 orang sementara 40 lagi tidak dapat dihubungi dan tidak hadir kelas dalam talian.

“Disebabkan hal itu, kita buat macam-macam cara termasuk buat perniagaan jual kurma, minyak wangi, kelas mengaji tambahan dan menulis buku untuk memastikan gaji guru dan kebajikan anak yatim dapat ditunaikan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengetua Darul Tahfiz Ummul Qura, Muhd. Wildan Abd. Rasul memaklumkan turut melakukan hal yang sama bagi memastikan seramai 16 termasuk kakitangan dan guru dapat dikekalkan walaupun pelajar semakin berkurang dan lebih separuh tidak membayar yuran.

“Ketika itu kita menghadapi masalah untuk bayar gaji guru, ibu bapa pula ada yang mula tak bayar yuran dan ia berlanjutan sampai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Bagaimanapun, Alhamdulillah penjualan kurma dapat sambutan dan boleh menampung gaji guru. Mula-mula dapat tampung sewa bangunan sahaja, kemudian kami bersyukur pemilik bangunan mengurangkan separuh bayaran sewa.

“Kemudian ada satu lagi kumpulan terdiri daripada generasi muda yang mahir dalam pengiklanan di Facebook, jadi mereka bantu kami iklankan (sumbangan awam), dapat jugalah menampung lebih 50 peratus yuran yang tak dibayar,” katanya.

Beliau menambah, soal yuran pusat tahfiz tidak boleh mendesak ibu bapa kerana dalam situasi pandemik semua orang terkesan, tetapi dalam masa sama mahu memastikan pusat tahfiz, kebajikan kakitangan dan pelajar dapat dijaga. 


Sumber: UTUSAN ONLINE
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-8-2021 02:18 PM
Harap tak gunakan budak2 tu utk kutip derma
Quote noor2 27-8-2021 02:19 PM
Apa kata PM baru dan barisan kabinet ttg  ni?....
Quote ninja9 27-8-2021 02:23 PM
sop sepatutnya sama dengan sekolah kerana ianya sekolah maka kalau ada sekolah yang buka akan ada yg persoalkan kenapa dan knp yg lain tutup
Quote primarikey 27-8-2021 02:42 PM
Patut bole je bukak sek2 tahfiz ni
Sbb pelajar2 duk asrama dan tak dibenarkan keluar ke mana2
Ibu bapa pn tak diberi kbnrn utk dtg melawat..
Yg penting sblm masuk madrasah, semua para pelajar buat pcr test dulu
Quote epal21 27-8-2021 02:43 PM
Jual kurma dapat tampung gaji dgn separuh sewa bangunan? Wow! So dlm anggaran rm20k kot sebulan sales? Tapi budak2 tahfiz ni memang kena duduk dlm persekitaran terkawal sebab menghafaz ayat suci, kan.
Quote coolpsyrie 27-8-2021 11:09 PM
ada stgh sumber pendapatan mcm swasta skit.. kalau tutup org tak dpt hantar anak.. guru tiada gaji..
Quote manzilla 27-8-2021 11:19 PM
Saya rasa ada orang sedang tersenyum sumbing; mahu membuat undang-undang baharu: mana-mana pusat tahfiz yang rasa mahu dibenarkan buka kembali, syarat nombor satu dan syarat utama ialah para guru dan kakitangan mesti CUCUK 100% lengkap agar boleh MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN.
Quote Whitepinkrider 27-8-2021 11:27 PM
harap jgn la guna anak2 tahfiz g meminta kat stesyen minyak la, dpn bank bagai
Quote gigahertz 28-8-2021 01:14 AM
epal21 replied at 27-8-2021 06:43 AM
Jual kurma dapat tampung gaji dgn separuh sewa bangunan? Wow! So dlm anggaran rm20k kot sebulan sale ...

nak hafal dan jadi tahfiz kena :

a) Jaga Makan. ( tak makan bende merapu bergula )
b) Jaga Mata . ( tak boleh tengok amoi , tenung aweks lama lama )
c) Jaga Tidor ( tak boleh tidor lambat , tido kena cukup masa )
d) Amalan Sunat kena banyak.


Quote epal21 28-8-2021 12:48 PM
gigahertz replied at 27-8-2021 05:14 PM
nak hafal dan jadi tahfiz kena :

a) Jaga Makan. ( tak makan bende merapu bergula )

Betul tu. Kalau dok rumah, agak sukar nak pelihara semua tu.
Quote Artemesiaa 28-8-2021 12:51 PM
Bukak je lah sekolah biasa pun dah nak buka tak lama lagi
Quote gigahertz 28-8-2021 01:48 PM
Artemesiaa replied at 28-8-2021 04:51 AM
Bukak je lah sekolah biasa pun dah nak buka tak lama lagi

kalau ikut kiraan i lah kan kes sekarang dah 23k-25k kan
waktu sekolah tu di buka mungkin akan hit 35k - 40k

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058598 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top