CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bucket Lori Tanah Tersangkut Di Jejantas

27-8-2021 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3696| Komen: 27

Description: Sebuah lori tanah tersangkut di jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Taman Penggawa, Sungai Lias di sini pada Khamis.
Sebuah lori tanah tersangkut di jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Taman Penggawa, Sungai Lias di sini pada Khamis.

Kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu berlaku selepas kenderaan berat itu menurunkan tanah di kawasan pembinaan.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kemalangan berlaku akibat kerosakan butang hidraulik pada kenderaan berkenaan.


Kredit foto: BH Online

"Ketika lori meneruskan perjalanan secara tiba-tiba, bahagian 'bucket' tersangkut pada jejantas," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Agus Salim berkata, pemandu beralamat di Kampung Seri Mahkota, Jalan Gambang Kuantan, Pahang itu terselamat dalam kejadian itu dan hanya mengadu sakit di bahagian dada.

"Kenderaan dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian 'bucket' dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.



Kredit foto: Ismaweb

Pada petang Khamis, tular rakaman video dan gambar di laman sosial Facebook apabila lori tanah tersangkut di jejantas.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 27-8-2021 02:11 PM
Nasib pemandu selamat..
Kelakar jgk tgk kepala Lori terjungkit gitu..mesti pemandu tu terkejut n panik tiba2 terangkat ke atas ala2 pesawat nk take off
Quote Jitu 27-8-2021 02:28 PM
fuhhh rare ni dpt tengok lori wheelie
syukur driver selamat
Quote Taniajingga 27-8-2021 02:28 PM
Kalau I dah gelabah acaner nak turun ni
Quote cewekbopot 27-8-2021 02:37 PM
syukurla jejantas tu nda jatuh...serem!
Quote che-cikL 27-8-2021 02:58 PM
Aduuh ... Kalu duk belakang dia, mmg tak sangka tetiba dia berhenti gitu
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 04:09 PM
haaa mesti heol terkejut ingat lori tu tetibe jadik Transformers
sekaliiii
nasib jejantas tu takde apa
Quote Ciktiekus 27-8-2021 04:17 PM
Elok2 atas jalan tibe2 take off
Quote edayildiz 27-8-2021 04:22 PM
mmg rare..sibaik slmt..msti driver tu terkejut mcm ada butterfly dlm perut tu sbb tiber terangkat tinggi
Quote anakmak 27-8-2021 04:50 PM
ok i dah gelak dulu tgok keadaan lori tu
driver harap ok
Quote Artemesiaa 27-8-2021 05:36 PM
Jarang2 jadi sampai macam tu selalu sangkut kat kepalanya je
Quote mijot 27-8-2021 05:47 PM
sebelum tgk gambar, bayang kepala lori yg tersangkut..
dah tgk gambar, mak ai rare gaya lori ni tersangkut...
nasib baik tersangkut sbb bucket rosak bukannya sebab tar jalan ditambak..
Quote TeropongThaico 27-8-2021 06:01 PM
Mak aiii macam dlm cite transformer masa nak berubah jd robot megatron pulak.
Harus driver terperanjat tetiba lorinya terangkat ke atas gitu. Ingatkan udah kenapa...
Syukurlah driver selamat & tak de pemandu or penunggang yg cedera. Memang lejen ahhh
Quote Ayda89 27-8-2021 08:49 PM
Ngeri woi !
Quote Whitepinkrider 27-8-2021 11:49 PM
mujur jejantas tu ok.. kalau tak lagi haru
Quote I.K.A888990 28-8-2021 02:11 AM
bahaya betul
nasib baik xde yg buruk berlaku
Quote glump 28-8-2021 02:52 AM
Nightmare kpd pemilik Lori.
Quote supernaturalee 28-8-2021 05:00 AM
Sakit dada abg bila kepala terangkat mcm tu - abg lori gambang

Quote fatinandreanna 28-8-2021 06:40 AM
Jitu replied at 27-8-2021 02:28 PM
fuhhh rare ni dpt tengok lori wheelie
syukur driver selamat

Bolehla driver tu ckp kt mat rempit, Aku boleh wheelie Lori tanah, kau boleh?
Quote miznora 28-8-2021 07:57 AM
Aku bayangkan kalau takde jejantas.. Memang lori tu terbalik terus la kan? Ke tak

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.367954 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top