CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Parlimen 'Bertinju' Sampai Dikejarkan Ke Hospital

27-8-2021 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2458| Komen: 12

Description: Sidang Parlimen Armenia kecoh kelmarin apabila berlaku pergaduhan antara ahli dewan.
Sidang Parlimen Armenia kecoh kelmarin apabila berlaku pergaduhan antara ahli dewan.

Insiden berlaku negara itu masih berpecah berikutan kekalahan tahun lalu dalam perang dengan Azerbaijan untuk menguasai Nagorno-Karabakh.



Kredit foto: USA Today

Kekecohan terjadi apabila anggota pembangkang mula bertindak agresif dengan melemparkan botol air ke arah Speaker dari Parti Kontrak Sivil, iaitu parti Perdana Menteri Nikol Pashinyan.

Provokasi itu mencetuskan pergaduhan hingga memaksa Speaker menghentikan sesi mesyuarat bagi meleraikan keadaan.

Botol air dan cecair pembasmi kuman turut dibawa keluar dari dewan bagi mengelak kejadian lebih buruk terjadi.

Selepas sesi disambung, insiden pergaduhan lain pula tercetus ketika wakil pembangkang diganggu pihak yang cuba mencelah.

Seorang anggota Parti Kontrak Sivil dilaporkan cuba menendang ahli Parlimen pembangkang hingga mencetuskan pergaduhan besar-besaran di dalam dewan.


Beberapa ahli Parlimen dikeluarkan oleh petugas keselamatan, manakala salah seorang daripadanya dikejarkan ke hospital kerana kecederaan pada mata.



Sehari sebelum itu, seorang wakil pembangkang dikeluarkan dari dewan selepas memanggil parti Kontrak Sivil sebagai penyokong kepada 'menyerah kalah'.

Sementara itu, Pashinyan berdepan kritikan berikutan perjanjian damai dengan Azerbaijan yang menyaksikan Armenia menyerahkan wilayah dikendalikannya selama beberapa dekad.

Armenia terjebak dalam krisis politik sejak kekalahan perang enam minggu berhubung pertikaian Nagorno-Karabakh, pada musim luruh lalu, yang meragut kira-kira 6,500 nyawa.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 27-8-2021 02:20 PM
Menda ni biasa jer kt luar negara, taiwan tu siap baling2 kerusi lg
Quote imransulaiman 27-8-2021 03:07 PM
Kat Malaysia paling ganas pun fakyu dari bung je pernah aku dengar.. Ke ada lain lagi dahsyat?
Quote Adrif 27-8-2021 03:41 PM
imransulaiman replied at 27-8-2021 03:07 PM
Kat Malaysia paling ganas pun fakyu dari bung je pernah aku dengar.. Ke ada lain lagi dahsyat?

the best meme so far  
Quote kelapaparut 27-8-2021 03:45 PM
kat ukraine dulu bgaduh sampai bakar mercun dlm dewan parlimen, kat taiwan baling usus babi, kat white house nancy pelosi koyak kertas depan trump, kat malaysia je setakat fakyu2 manje..
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 04:06 PM
laa iol ingat kat sini
kot2 ada hempukan manja kat kepala menterik2 ni
boleh la otak nya fokus pada kerja

tapi kat obersi memang sampai lunyai kerusi segala dok gaduh dengan menterik2
Quote Reira77 27-8-2021 10:03 PM
Mana-mana negara pun politicians are monkey.
Quote Whitepinkrider 27-8-2021 11:45 PM
mujur la kat sini menumbuk guna bahasa lagi ahahah
Quote supernaturalee 28-8-2021 05:12 AM
nakkomenjugak replied at 27-8-2021 04:06 PM
laa iol ingat kat sini
kot2 ada hempukan manja kat kepala menterik2 ni
boleh la otak nya fokus pad ...

Sini mostly tua2
Mn nk larat nk angkat kerusi kulit deme yg rege tah cecah ribu tu

Perang mulut je la
Quote imanjannah 28-8-2021 09:12 AM
oo jadi parlimen malaysia masih sopan la ye  ye
Quote tripleid 28-8-2021 09:24 AM
Atleast demokrasi negara dorg masih bfungsi,parlimen dibuka...x macam msia,gomen pintu blkg katup parlimen takut hilang kuasa.demokrasi mati
Quote Artemesiaa 28-8-2021 01:14 PM
Wah macam di parlimen Taiwan lakunya
Quote harizs 28-8-2021 01:27 PM
Msia okay lagi.  klu ahli politik di pakistan, dorang masing2 upah org pasang bom, letup masjid, letup pasaraya bila kalah pilihanraya. pengikut2 yg taksub sanggup letup diri sendiri tengah2 pasar yg sibuk

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054091 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top