CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi RM128,498 Kena Scam Sindiket Jual Minyak Hasilkan Vaksin Covid-19

27-8-2021 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1983| Komen: 7

Description: Hajat beberapa syarikat dalam negara untuk menghasilkan sendiri vaksin Covid-19 menggunakan minyak precatoria tidak kesampaian selepas mereka menjadi mangsa penipuan sindiket yang mendakwa menjual bah ...
Hajat beberapa syarikat dalam negara untuk menghasilkan sendiri vaksin Covid-19 menggunakan minyak precatoria tidak kesampaian selepas mereka menjadi mangsa penipuan sindiket yang mendakwa menjual bahan organik tersebut.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima sekurang-kurangnya lima aduan daripada mangsa melibatkan nilai kerugian mencecah RM128,498.



Menurutnya, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menawarkan minyak tersebut sebagai bahan mentah untuk menghasilkan vaksin Covid-19 kepada syarikat yang disasarkan menerusi e-mel.

“Syarikat yang berminat diminta untuk membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan (akaun keldai) bagi tujuan membeli sampel bahan organik itu untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

“Selepas melakukan pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang sampel yang dijanjikan dan sindiket gagal dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.




Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya lebih berwaspada dengan pihak sindiket yang cuba untuk mengaut keuntungan menggunakan isu yang berkaitan dengan wabak Covid-19.

“Kerajaan sentiasa memberi keutamaan dalam sebarang inisiatif menangani Covid-19 dari segi pemberian vaksin mahupun kajian pembangunan vaksin. Mana-mana pihak yang ingin terlibat digesa untuk merujuk kepada agensi kerajaan yang berkaitan,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • trexxxxxi

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote coolpsyrie 27-8-2021 08:39 PM
mudah terpedaya
Quote miss_perfect 27-8-2021 09:21 PM
Aduhh syarikat2 pun boleh kena tipu juga. Takde sop ke syarikat ni sebelum nak buat pembayaran kat pihak tertentu
Quote Belibis 27-8-2021 10:29 PM
Takpela kena tipu,sekurang2 bukan antibeksin.
Quote spicygirl3 28-8-2021 01:13 AM
Senangnya kena terpedaya
Quote R2D2 28-8-2021 06:12 AM
scammer bijak ambik kesempatan
modal isu semasa
kalau dia offer ivermectin harga special price
so lagi ramai mangsa
lepas tu dia blah
tak bagi barang

Quote mijot 28-8-2021 08:42 AM
zaman pendemik, ko jual apa jer pasal ubat yg boleh rawat kobit, ada org yg akan percaya dan beli...org dah terdesak skrg ni..
Quote trexxxxxi 28-8-2021 10:09 AM
Adoiyaiii {:hypnotize

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050832 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top